Stretch mark atau tanda regangan terjadi disebabkan oleh kehamilan dan juga boleh dikaitkan dengan kesan obesiti. Bagi wanita hamil, kehadiran stretch mark adalah perkara normal memandangkan berlakunya perubahan fizikal mahupun fisiologi tubuh termasuk hormon dalam badan. Walaubagaimanapun, masih ada segelintir ibu yang masih keliru tentang perbezaan stretch mark yang berwarna merah dan putih. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.
Kulit badan akan meregang terutama bagi wanita yang hamil dan mereka mengalami pertambahan berat badan mendadak. Semakin besar usia kandungan maka semakin besar regangan yang berlaku.
Kebiasaannya stretch mark akan bermula dengan kelihatan warna merah atau jalur-jalur ungu pada kulit. Seterusnya, kesan ini akan merebak ke kawasan sekitar kulit yang lain.
Perbezaan Antara Stretch Mark Merah dan Putih
Pada awalnya, tanda stretch mark adalah berwarna merah. Ianya kelihatan seperti luka baru disebabkan oleh kulit yang sedang meregang. Selain warna merah, di bahagian kulit meregang juga akan mula bertukar menjadi ungu. Tanda stretch mark merah juga dikenali sebagai striae rubra.
Lama kelamaan tanda stretch mark berwarna merah akan menjadi putih atau dikenali sebagai striae alba. Untuk pengetahuan semua, stretch mark berwarna putih lebih sukar untuk dipulihkan (dipudarkan warnanya) berbanding tanda stretch mark berwarna merah.
Warna merah pada stretch mark menunjukkan adanya saluran darah di bawah kulit. Di peringkat ini, rawatan yang dilakukan lebih berkesan. Ini kerana kulit masih mampu bertindak balas.
Sementara itu, tanda stretch mark berwarna putih adalah tanda bahawa saluran darah telah mula sempit. Pada peringkat ini, keberkesanan rawatan untuk menghilangkan stretch mark semakin berkurangan dan memerlukan masa yang lama untuk tempoh pemulihan.
Keadaan yang Menyebabkan Kemunculan Stretch Mark
Stretch mark terjadi kesan daripada perubahan berat badan dalam jangka waktu yang singkat samada meningkat mahupun menurun. Kerana perubahan ini akan memberi tekanan pada kulit yang diregangkan untuk menampung peningkatan jisim badan. Secara amnya, ini terjadi pada situasi:
1. Kehamilan
Kehamilan akan membuatkan anda mengalami kenaikan berat badan. Begitu juga dengan pembesaran perut dengan cepat. Ini terutamanya pada trimester kedua dan ketiga. Keadaan ini menyebabkan kulit menjadi tegang, terutama di kawasan perut, peha dan pinggul. Sekiranya kulit dibiarkan bermasalah seperti kering dan kegatalan, maka tanda stretch mark akan muncul.
Baca juga: Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil yang Ideal Di Setiap Trimester
2. Akil baligh
Golongan remaja juga boleh mengalami stretch mark kerana akil baligh. Ini berlaku kerana terdapat perubahan bentuk badan yang cepat, walaupun bukan kenaikan berat badan. Biasanya stretch mark muncul di pelvis dan payudara remaja perempuan.
3. Pertumbuhan otot
Latihan kecergasan yang bertujuan untuk membina otot boleh menyebabkan kesan stretch mark muncul. Terutamanya jika pertumbuhan otot berlaku dalam masa yang singkat dan besar.
4. Pembesaran payudara
Payudara yang membesar boleh menyebabkan kulit meregang di bahagian dada. Malah, risiko stretch mark juga bergantung pada keanjalan implan kulit dan pembesaran payudara.
Selain daripada 4 keadaan di atas, tanda stretch mark juga boleh disebabkan oleh keturunan, mengambil kortikosteroid, atau keadaan masalah perubatan tertentu seperti sindrom Ehlers-Danlos (gangguan pada kulit, sendi dan saluran darah) dan sindrom Cushing (kortisol berlebihan).
Cara Mencegah dan Menghilangkan Stretch Mark
Bagi anda yang ingin mencegah dan menghilangkan kesan regangan, anda perlu menjaga kelembapan kulit anda dengan memperbanyakkan minum banyak air dan juga mengambil vitamin C dan E. Selain itu, ada juga yang mengesyorkan pemulihan menggunakan bantuan teknologi laser.
Melalui penggunaan laser, tenaga cahaya akan menembusi lapisan epidermis dan bantu mengaktifkan dermis untuk memulih tanda regangan. Namun demikian, rawatan laser ini perlu dilakukan tiga sehingga empat sesi.
Selain itu, penggunaan krim tretinoin juga boleh membantu mengurangkan kesan stretch mark. Krim ini boleh dibeli dari klinik dan farmasi atas pemantauan doktor. Harganya agak mahal namun mampu memudarkan tanda regangan secara efektif.
Begitu juga dengan prosedur menggunakan alatan microdermabrasion yang akan memberi getaran pada kulit sekaligus membantu pertumbuhan sel kulit baru dan ianya boleh dilakukan di rumah sahaja.
Untuk prestasi maksimum, anda juga boleh menggunakan Mama’s Choice Stretch Mark Cream. Krim stretch mark yang mempunyai konsistensi ringan, tidak melekit, dan mudah menyerap ke dalam kulit. Krim ini juga bagus untuk melembapkan dan mengurangkan rasa gatal-gatal.
Lihat video di bawah dan ketahui sebab kenapa Celebrity Mama, Sari Yanti sangat mengesyorkan penggunaan Mama’s Choice Stretch Mark Cream kepada semua wanita hamil atau selepas bersalin.
Diperkaya daripada bahan semula jadi Lypobelle Soyaglicone, Aloe Vera, Shea Butter dan Jojoba Oil. Produk ini juga 100% bebas toksin dan ianya selamat untuk ibu yang menyusui. Ibu yang mempunyai kulit sensitif juga boleh menggunakan Mama’s Choice Stretch Mark Cream.
Cadangan Penggunaan untuk Kesan yang Maksimum
Bagi wanita hamil, disarankan agar anda menggunakan Mama’s Choice Stretch Mark Cream setiap pagi dan malam, dari trimester kehamilan kedua atau seawal mungkin. Sapukan dan urut dalam gerakan bulatan untuk meningkatkan aliran darah sehingga krim diserap sepenuhnya.
Bagi tanda regangan yang bukan disebabkan kehamilan, anda boleh menggunakannya dua kali sehari selama 6-8 bulan dengan menyapunya di bahagian perut, payudara, pinggul, peha dan kaki untuk hasil yang maksima.
Jangan tunggu tanda regangan merah muncul dan bertukar menjadi putih! Mula merawat kulit cantik dengan Mama’s Choice Stretch Mark Cream yang semestinya Selamat, Semulajadi dan Halal. Klik gambar di bawah untuk mendapatkan krim stretch mark kami atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi kami dan Lazada, ya!
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3