Search

5 Manfaat Sheet Mask Yang Perlu Anda Ketahui

Adakah anda obses dengan sheet mask seperti kami? Di artikel ini, kami akan kongsikan 5 manfaat sheet mask dan pastinya apabila anda mengetahuinya, pemakaian sheet mask akan menjadi salah satu rutin penjagaan kulit sepanjang tempoh kehamilan anda! 

Bukan sahaja K-drama atau K-pop yang semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi K-beauty juga turut menjadi bualan dan ikutan ramai. Kita mungkin mempunyai pelakon K-drama kegemaran yang menggunakan sheet mask didalam salah satu episod K-Drama. Tidak hairanlah mengapa sheet mask merupakan salah satu produk yang murah tetapi ikonik serta cukup popular di Korea Selatan. 

Apa itu sheet mask? Pada dasarnya, sheet mask didatangkan dalam bentuk lembaran dan biasanya diperbuat daripada bahan fiber, kapas, buluh, atau selainnya. Sisa serum yang menempel di wajah dibiarkan meresap tanpa perlu mencuci muka. Ia turut dilengkapi dengan lubang untuk bahagian mata, mulut dan di bahagian hidung kerana ia direka sesuai untuk bentuk wajah anda dan bertindak sebagai rawatan facial’ yang cepat, mudah dan praktikal. Produk penjagaan kulit ajaib ini didatangkan dalam pelbagai jenis campuran bahan. Daripada mencerahkan dan menenangkan hingga meremajakan dan menghidratkan kulit, ada sheet mask untuk hampir semua masalah kulit wajah.

Dalam artikel yang diterbitkan mengenai Kesihatan Wanita, pakar dermatologi yang berpangkalan di New York, Dendy Engelman, MD, menjelaskan bahawa “sheet mask mempunyai konsentrasi aktif yang lebih tinggi daripada produk topikal, dan bergantung pada material yang digunakan, ia mampu membuat produk meresap ke dalam kulit secara mendalam.” 

Sekiranya anda baru mengenali K-beauty terutama tentang produk dan cara penggunannya. Di sini, kami kongsikan beberapa faedah serta manfaat dari penggunaan sheet mask. 

5 Manfaat Sheet Mask 

5-manfaat-sheet-mask-#2

1. Mereka menyasarkan pelbagai jenis dan masalah kulit 

Apa sahaja masalah penjagaan kulit, anda boleh menggunakan sheet mask yang direka khas buat masalah kulit tersebut. Beberapa sheet mask dicipta khas untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, dan terdapat beberapa sheet mask yang diformulasi dengan bahan pencerahan kulit wajah. Tetapi, tidak kira apa masalah kulit yang dialami, kulit anda akan menjadi lebih lembut dan gebu setelah sekali penggunaan.

2. Ditawarkan pada harga yang berpatutan

Berbeza dengan berjumpa pakar penjagaan wajah kegemaran anda yang harganya sangatlah mahal, sheet mask adalah cara lain untuk merawat kulit anda tanpa mengeringkan dompet anda. Sekiranya anda masih baru dengan penggunaan sheet mask dan hanya ingin mencuba terdahulu, anda boleh memilih untuk membelinya satu kotak sekaligus atau hanya dengan satu paket sahaja. Adalah disyorkan untuk mencuba satu paket terdahulu jika anda ingin mencuba beberapa jenis atau pilihan sheet mask terlebih dahulu.

Ini juga adalah salah satu cara untuk mencuba keseluruhan rangkaian sheet mask yang ada di pasaran tanpa perlu risau tentang kosnya. Walaupun harga sheet mask yang ditawarkan adalah murah tetapi ia masih memberi manfaat yang sangat baik. 

3. Mudah dan senang digunakan 

Sekiranya anda hamil atau sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu diuruskan, jangan risau! Ini adalah kerana sheet mask diperkenalkan khas bagi mereka yang begitu sibuk. Apatah lagi sheet mask ini sememangnya sangat mudah digunakan. Setelah mencuci muka, buka bungkusan, letakkan pada muka, tunggu selama 15-20 minit, sapukan serum lebihan pada wajah anda, dan anda sudah selesai!. 

4. Ianya sangat santai dan terapeutik 

Sheet mask dapat memberi kebaikan serta manfaat pada keseluruhan kulit anda. Hanya meluangkan masa seketika dengan duduk diam dan berehat walaupun hanya selama 20 minit adalah cara yang luar biasa untuk anda tenangkan fikiran dan membantu menaikkan semangat anda. Lebih baik jika anda menggunakan sheet mask yang ada disertakan sekali dengan minyak pati aromatik (essential oils)! 

5. Ia mampu meningkatkan penampilan kulit dengan cepat

Kebanyakan sheet mask mampu memastikan bahawa semua bahan berkhasiat dapat menembusi kulit dengan lebih mendalam. Sekaligus dapat menghidrat kulit anda dengan lebih pantas sekaligus menjadikan kulit wajah anda kelihatan lebih sihat dan berseri-seri. 

7 Tips Memakai Sheet Mask dan Mendapat Manfaat Terbaik 

5-manfaat-sheet-mask-#3

Menggunakan sheet mask memang cukup mudah. Terdapat beberapa tips yang dapat membantu anda memaksimumkan keberkesanan produk K-beauty kegemaran anda ini.

1. Sebelum menggunakan sheet mask, pastikan anda mencuci muka dengan betul. Anda juga boleh ‘exfoliate’ wajah anda terlebih dahulu. Ini kerana anda dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati yang telah menghalang kulit anda menyerap vitamin dan nutrien dari sheet mask yang anda.

2. Urut pek sheet mask anda sebelum membukanya. Dengan cara ini, semua intipati didalamnya akan diserap oleh sheet mask tersebut.

3. Pastikan kulit anda lembap sebelum memakai sheet mask. Sekiranya anda memasukkan penggunaan sheet mask didalam rutin penjagaan kulit anda, anda boleh menggunakannya sebelum memakai krim mata atau pelembap wajah.

4. Pastikan anda meratakan sheet mask di wajah anda. Dengan cara ini, setiap inci kulit anda akan dapat menyerap nutrien dan manfaat dari sheet mask tersebut.

5. Jangan biarkan sheet mask kering di wajah anda. Didapati setengah pengguna suka membiarkan sheet mask di muka pada tempoh yang lama. Sebaliknya, ikuti tempoh yang ditetapkan seperti didalam arahan cara penggunaan. Adalah disarankan untuk membiarkannya selama 15-20 minit. Pastikan kulit wajah anda berada didalam keadaan lembap semasa anda mengeluarkannya.

6. Jangan terus cuci muka sebaik sahaja menggunakan sheet mask. Biarkan kulit anda menyerap baki serum yang tinggal. Adalah lebih baik lagi, urut serum berlebihan pada wajah anda. Dengan menggunakan hujung jari anda, urut baki serum didalam pek atau diatas sheet mask pada wajah anda untuk penyerapan yang lebih baik. Bagi medapatkan urutan wajah yang terbaik, boleh gunakan alat pengurut wajah.

7. Periksa dan kaji ramuan yang terdapat didalam sheet mask. Sekiranya anda hamil, pastikan anda semak bahan-bahannya. Ini kerana ditakuti mengandungi bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan, seperti retinol dan asid salisilik. Sebaiknya, dapatkan sheet mask yang bebas alkohol dan yang sesuai untuk kulit sensitif.

Memperkenalkan Mama’s Choice Revitalizing & Soothing Protective Sheet Masks

5-manfaat-sheet-mask-#4
JIMAT 22% untuk Mama’s Choice Revitalizing Sheet Masks 3pcs | HANYA RM22.90 RM17.90

5-manfaat-sheet-mask-CTA

Bagi ibu yang suka memakai sheet mask sebagai salah satu rutin penjagaan muka mereka dan masih mencari sheet mask yang selamat digunakan semasa hamil dan menyusu, Mama’s Choice Sheet Masks adalah jawapannya! Berbeza dengan sheet mask yang biasa di pasaran, sheet mask kami adalah 100% bebas daripada alkohol, paraben dan wangian tiruan. Jadi, ianya tidak akan merengsakan kulit sensitif – ianya juga diuji secara dermatologi tau, ibu! 🥰

Dihasilkan dengan 2 variasi yang anda boleh pilih mengikut jenis masalah kulit wajah anda. Mama’s Choice Revitalizing Sheet Mask yang dirumus khas dengan Madu dan Centella Asiatica yang mampu melembapkan kulit yang kering, kusam dan menyingkirkan garis halus. Variasi kedua ialah Mama’s Choice Soothing Protective Sheet Mask yang diformulasi khas oleh Tea Tree dan timun yang mampu mengurangkan minyak berlebihan dan mencegah bakteria penyebab kenaikan jerawat. Paling menarik sekali, kedua-duanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat dan diyakini halal.

Penggunaan sheet mask secara konsisten dapat membantu memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan, menenangkan jerawat dan kemerahan. Hasilnya, wajah akan kelihatan lebih segar, anjal dan glowing!

Lebih baik lagi, sheet mask kami adalah produk penjagaan kulit yang mesra alam diaman ianya bersifat biodegradable iaitu mudah terurai. Jadi, sambil anda menjaga kulit, anda juga turut menjaga alam sekitar!

Jom ibu! Lengkapkan rutin skincare anda dengan Mama’s Choice Gentle Face Wash dan Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer hari ini! Anda boleh JIMAT 33% jika anda dapatkan set Mama’s Beauty Kit kami yang dilengkapi dengan pencuci muka, pelembap muka dan 3 pek sheet masks. 😍 Boleh dapatkannya juga di laman web Mama’s Choice dan Lazada, ya!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now