Search

7 Kebaikan Memakai Korset Selepas Bersalin

Apabila kita hamil, memang akan berlaku perubahan pada bentuk badan. Ini terutamanya di bahagian perut yang pasti akan semakin mengembang. Justeru selepas melahirkan di bahagian perut masih akan kelihatan juga buncit dan kehadiran selulit memburukkan keadaan. Baca lebih lanjut untuk ketahui kebaikan memakai korset selepas bersalin.

Selain daripada mengawal pemakanan dalam diet seharian dan bersenam, memakai korset juga antara alternatif yang boleh dilakukan. Memakai korset sebenarnya telah menjadi amalan sejak dahulu lagi. Namun ketika itu, korset lebih dikenali sebagai bengkung tradisional. Di zaman sekarang kebanyakan ibu lebih gemar untuk menggunakan bengkung moden atau lebih dikenali sebagai korset.

Bilakah Ibu yang Baru Melahirkan Boleh Mula Memakai Korset?

Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, sebenarnya sudah boleh memakai korset selepas satu hari proses kelahiran. Manakala untuk ibu yang melahirkan anak menggunakan pembedahan caesar atau C-section, boleh mula menggunakan korset setelah jahitan betul-betul sembuh dan kering.

7 Kebaikan Memakai Korset Selepas Bersalin

kebaikan memakasi korset

1. Membantu untuk kembali langsing

Memakai korset sebenarnya dapat membantu membentuk postur badan menjadi lebih baik. Ini kerana semasa kehamilan tubuh terbiasa membengkok kerana menyokong keadaan perut yang berat.

2. Mengurangkan rasa kesakitan

Dikatakan memakai korset mengikut cara yang betul juga dapat membantu menghilangkan masalah sakit belakang dan bahagian pelvis selepas bersalin. Ianya dapat menstabilkan dasar pelvis supaya aktiviti bergerak menjadi lebih selesa dan selamat. Bahkan, pemakaian korset juga memberikan mampatan ringan untuk membantu mengecutkan uterus.

Jika ibu bersalin secara pembedahan caesarean, bengkung boleh menyerap tekanan dari pembedahan tersebut semasa tempoh penyembuhan.

3. Mengelakkan masalah perut buncit

Pemakaian korset juga dapat membantu menegangkan kulit di bahagian perut, pinggang dan kawasan sekitarnya agar tidak kendur. Selain itu, ianya juga dapat membantu menyembuhkan diastis recti, masalah yang sering dialami oleh wanita setelah melahirkan anak.

Diastasis recti adalah keadaan di mana otot-otot pada perut terpisah kerana berlakunya tekanan di dalamnya.

Baca juga: Jenis-Jenis Perut Buncit Wanita dan Cara Mengatasinya

4. Menguatkan kembali kedudukan asal tulang belakang

kebaikan memakai korset tulang belakang

Kebiasaannya, korset yang digunakan selepas bersalin mempunyai tali pinggang khas elastik. Fungsinya adalah untuk mengurangkan tekanan pada otot belakang.

5. Membakar lemak dan selulit

Penggunaan korset juga boleh membantu kulit-kulit yang longgar selepas bersalin agar mengecut semula. Kebiasaannya, wanita selepas melahirkan anak akan memakai korset bersama dengan krim panas yang dapat mengeluarkan angin didalam badan. Antara krim yang biasanya menjadi pilihan adalam krim berasaskan halia. Dengan kombinasi korset dan krim ini dapat membakar lemak sekaligus mengatasi masalah selulit.

6. Mengurangkan rasa lapar

Antara kebaikan memakai korset yang lain adalah ia dapat menghalang perut ibu daripada mengembang dan ini dapat membantu mengawal pemakanan yang diambil ibu setiap hari.

Seperti yang kita maklum, ibu yang selepas melahirkan anak memilih untuk memakai korset selalunya bertujuan untuk menurunkan berat badan. Dengan memakai korset juga sebenarnya dapat mengawal selera makan. Ini disebabkan korset akan mengetatkan bahagian perut dan juga pinggang.

Paling terbaik jika dapat usahakan membentuk pinggang ibu kembali ramping dengan melakukan senaman dan mengambil diet yang sihat bagi menampakkan hasil yang luar biasa pada masa yang singkat.

7. Menggalakkan postur badan yang lebih baik

kebaikan memakai korset bantu postur

Postur badan akan menjadi lebih langsing sekaligus dapat mengurangkan lemak di bahagian perut dan sekitarnya. Jika pemakaian dilakukan secara konsisten, kita akan dapat lihat efeknya di mana perut akan kelihatan lebih rata dan tidak kembung dan menjadi lebih kempis.

Oh ya! Jika dilihat pada tujuan utama bengkung adalah untuk menyokong dan menyelaraskan abdomen sehingga membolehkan organ dan otot-otot di abdomen dapat berfungsi secara normal semula.

Sememangnya selepas berlakunya perubahan bentuk badan disebabkan kehamilan dan ibu-ibu akan berusaha untuk kembali kepada potongan badan asal. Ini kerana memiliki potongan badan asal mampu meningkatkan keyakinan diri. Ia juga berfungsi sebagai motivasi untuk kekal sihat dan cantik selepas melahirkan anak.

Walaubagaimanapun, keselesaan ketika memakai korset merupakan kunci utama untuk ibu agar terus konsisten menggunakannya. Ini kerana setelah kelahiran bayi, ibu perlu melalui proses penyusuan, berpantang, penjagaan bayi dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian, pemilihan korset yang tepat dan selesa memang sangat penting.

Tips Memilih Korset yang Selesa

kebaikan memakai korset
JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset | HANYA RM74.90 RM59.90

Kebanyakan ibu tidak peka tentang manfaat yang bakal diperolehi sekiranya mereka memilih korset yang dapat memberi keselesaan. Antara tip yang boleh digunakan oleh ibu dalam memilih korset yang selesa adalah seperti berikut:-

  • Pilih korset yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan tidak panas. Antara material yang boleh digunakan aladah seperti poliester dan mikrofiber. Jenama yang boleh disyorkan adalah Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset. Material yang digunakan sangat ringan dan sesuai untuk kegunaan harian dan juga aktiviti di luar rumah.
  • Pilih korset yang sesuai dengan bentuk saiz badan ibu. Jangan terlalu kecil yang boleh menyebabkan ibu berasa tidak selesa sepajang hari. Korset dari Mama’s Choice bukan sahaja hadir dalam dua warna pilihan yang menarik iaitu hitam dan juga nude. Bahkan, untuk saiz pula ditawarkan 3 saiz yang berbeza iaitu Regular, Lightweight dan XXL. Jadi jangan risau bagi mereka yang berbadan besar masih juga boleh menggunakan Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset.
  • Pastikan kulit di bahagian perut bebas dari gatal-gatal dan ruam. Menggunakan korset dalam keadaan kulit ini sebenarnya boleh merosakkan kulit malah juga boleh menyebabkan kecederaan. Cara atasinya gunalah Mama’s Choice Stretch Mark Cream untuk menyelesaikan masalah ini dengan hasil yang hebat dan pantas.
  • Pakai korset hanya untuk tempoh 5 jam sehari. Jangan sesekali pakai lebih dari 8 jam atau 24 jam. Ini bagi mengelakkan Penyakit Chlorosis (greensickness). Penyakit ini adalah apabila keadaan kulit seseorang menjadi putih kehijauan yang disebabkan berlakunya gangguan pada hempedu akibat pemakaian korset.

Banyak tip yang menarik telah dikongsikan. Moga bermanfaat!

Jom sihat dan cantik bersama Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset. Untuk pembelian, anda boleh klik gambar di bawah atau anda juga boleh dapatkannya di laman web rasmi kami dan juga Lazada.

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now