Search

Kekurangan Kalsium Sewaktu Kehamilan: Simptom & Cara Mencegahnya

Kalsium adalah sejenis mineral yang dapat membantu penjagaan gigi dan tulang. Bagi wanita hamil, kalsium berperanan besar dalam perkembangan janin serta penjagaan kesihatan umum semasa kehamilan. Menerusi artikel ini, ibu-ibu perlu tahu mengapa kekurangan kalsium sewaktu hamil harus dielakkan.

Khasiat kalsium untuk wanita hamil

Manfaat kalsium untuk wanita hamil antaranya adalah:

1. Pembentukan organ janin bermula dari sistem saraf, tulang, otot dan gigi.

Pada minggu 4 kehamilan pembentukan struktur organ akan bermula seperti otak, jantung, tulang belakang dan sebagainya. Uri atau plasenta akan berperanan menyalurkan nutrisi seperti kalsium ke janin juga akan mulai terbentuk pada minggu ini.

Kalsium sememangnya sangat bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang hamil. Ini kerana kalsium dapat menguatkan tulang dan gigi janin yang tumbuh dan berkembang di dalam rahim.

Di samping itu, kalsium membantu membina jantung, saraf dan otot yang sihat untuk janin. Bukan itu sahaja. Manfaat kalsium lain adalah untuk membantu pembentukan denyut jantung yang normal, serta kemampuan pembekuan darah janin.

2. Pembentukan sel yang mengatur kestabilan jantung dan sistem perdaran darah di badan bayi.

calcium

Sistem peredaran darah manusia atau nama lainnya sistem kardiovaskular. Sistem ini mengalirkan darah yang membawa oksigen, nutrien, hormon dan pelbagai komponen penting ke seluruh tubuh bayi.

Dan kalsium diperlukan bagi menyokong sistem peredaran tersebut dengan pembentukan sel sekaligus mengatur kestabilan jantung dan sistem kardiovaskular.

3. Mengekalkan kecergasan dan kesihatan wanita hamil.

Wanita hamil perlu mengekalkan kecergasan dengan beraktiviti dan juga membuat senaman ringan. Semasa hamil, pengambilan makanan yang penuh nutrisi dan mencukupi masih perlu diteruskan disamping mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, tinggi garam dan tinggi lemak.

4. Memberi perlindungan tulang dan pembekuan darah untuk wanita hamil.

Kalsium merupakan mineral terbanyak yang terdapat di tubuh manusia (Lebih kurang 99% kalsium yang dimiliki tubuh disimpan di dalam gigi dan tulang). Sememangnya kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan dan pengekalan kekuatan tulang. Ianya juga berfungsi untuk pembekuan darah, penghantaran impuls saraf dan kontraksi otot. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu mengalami kekejangan di muka, tangan dan kaki serta tekanan darah dan rentak jantungnya menjadi tidak teratur.

5. Untuk kecergasan IQ bayi.

Nutrisi penting untuk perkembangan otak bayi adalah kalsium. Nutrisi ini merupakan zat mineral yang diperlukan tubuh dan menghubungkan sel-sel di dalam otak. Beberapa sumber makanan yang kaya dengan kalsium adalah seperti susu, salmon, keju, sayuran hijau dan soya. Dan disebabkan bayi masih kecil, maka ibunya perlu mengambil makanan yang kaya dengan kalsium ini untuk disalurkan nutriennya ke badan seterusnya ke otak bayi.

Mengapa kalsium penting untuk wanita hamil

Kalsium diserap secara langsung melalui plasenta oleh janin untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Oleh itu, wanita hamil disyorkan untuk mengambil kalsium yang lebih tinggi.

Janin sangat bergantung pada kalsium untuk pembesarannya. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah kesihatan tulang bagi bayi dan ibu pada masa akan datang.

Untuk tempoh 6 bulan, sel dalam janin bertambah. Ini adalah ketika janin mula memerlukan lebih banyak kalsium. Pengambilan kalsium wanita hamil mempengaruhi perkembangan otak dan kecerdasan anak semasa dilahirkan.

Berapa pengambilan kalsium yang sesuai sewaktu hamil?

Keperluan kalsium wanita hamil dan menyusu adalah 200 mg lebih banyak daripada orang biasa. Menurut Kadar Kecukupan Nutrisi 2013, dos yang harus diterima oleh wanita hamil adalah seperti berikut:

  • Bagi wanita hamil yang berumur kurang dari 30 tahun, pengambilannya mestilah tidak kurang dari 1300 mg / hari.
  • Bagi wanita hamil yang berumur lebih dari 30 tahun, pengambilannya mestilah tidak kurang dari 1200 mg / hari.

Mengapa ia berbeza? Semakin muda wanita hamil, semakin banyak kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang. Ingat bahawa semasa mengandung, pengambilan kalsium anda dibahagikan antara anda dan bayi anda.

Cara memenuhi keperluan kalsium anda

Terdapat dua cara mudah untuk memenuhi keperluan kalsium harian anda. Yang pertama ialah makan makanan yang kaya dengan kalsium dan yang kedua adalah mengambil makanan tambahan kalsium.

Berikut adalah beberapa makanan yang kaya dengan kalsium:

  • Susu
  • Yogurt
  • Keju
  • Roti putih
  • Ais krim
  • Brokoli
  • Ikan
  • Bayam
  • Tauhu
  • Kacang
  • Avokado

Sekiranya anda tidak dapat mengambil makanan berkalsium tinggi dalam jumlah besar, pertimbangkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium. Rujuk doktor mengenai dos harian yang sesuai.

Kesan kekurangan kalsium sewaktu hamil

Semasa mengandung, anda perlu memastikan pengambilan kalsium anda diserap dengan berkesan. Beberapa faktor yang dapat menghalang penyerapan termasuk pengambilan kafein yang berlebihan, kurang bersenam, atau adanya bahan berbahaya di dalam badan.

Kekurangan kalsium semasa mengandung boleh menyebabkan masalah kesihatan berikut:

1. Hipertensi

Hipertensi yang berlaku semasa kehamilan dikelaskan sebagai hipertensi kronik. Keadaan ini boleh dilihat pada tekanan darah pada atau di atas 140/90 mm Hg, dan ini boleh menyebabkan keletihan, sakit kepala yang teruk, keguguran, dan kelahiran pramatang.

2. Preeklampsia

Preeklamsia juga dikenali sebagai keracunan kehamilan. Penyakit ini adalah gangguan tekanan darah yang menghalang organ seperti hati atau ginjal berfungsi secara normal.

Beberapa simpton terjadi termasuklah protein dalam air kencing, sakit tulang, sesak nafas dan tekanan darah tinggi. Preeklampsia boleh menyebabkan keguguran dan pertumbuhan janin yang tidak normal kerana aliran darah yang lemah ke janin.

3. Sakit tulang

90% kalsium dalam tubuh manusia terletak di tulang dan gigi. Sekiranya kekurangan kalsium, wanita hamil akan mengalami kekejangan, otot dan sendi menjadi tegang dan sakit di kawasan seperti pinggang serta pelvis. Wanita hamil juga akan mendapat sakit belakang dengan lebih mudah. Dengan meningkatkan pengambilan kalsium, ia dapat menguatkan lagi tulang dan akan membantu mencegah osteoporosis pada masa akan datang.

4. Sakit gigi dan gusi berdarah

Sakit gigi dan gusi berdarah adalah salah satu symptom yang menunjukkan kekurangan kalsium semasa kehamilan.

Wanita hamil sering mengalami masalah sakit gigi, dan gusi berdarah. Untuk mengelakkan penyakit ini, Ibu harus menjaga kekuatan gigi dan kesihatan gusi dengan memenuhi pengambilan kalsium yang mencukupi.

Ibu juga boleh menggunakan ubat gigi dengan perlindungan kalsium yang lengkap. Pastikan ubat gigi bebas daripada bahan berbahaya yang tidak mengganggu penyerapan kalsium.

Sekiranya anda mencari ubat gigi yang baik, pertimbangkan untuk mencuba Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste yang boleh dipatkan di Shopee dan Lazada. Ianya dirumus khas untuk wanita hamil dan menyusu. Ubat gigi yang dihasilkan dari bahan semula jadi ini halal dan diperkaya dengan kalsium, ekstrak miswak, pudina, allantoin dan klorofil.

 

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now