Search

Tips Memilih Pelembap & Krim Muka untuk Bayi Berkulit Kering

Kulit bayi sebenarnya sangat sensitif dan sering mengalami masalah seperti kulit kering. Mama perlu ambil berat tentang keperluan dan kepentingan produk penjagaan untuk kulit istimewa. Jom baca petua bagaimana untuk memilih pelembap dan krim muka bayi yang mempunyai kulit kering di sini!

“Secara umumnya, kanak-kanak mempunyai kulit yang lebih nipis dan halus berbanding orang dewasa. Ini mungkin disebabkan mereka mudah kehilangan lembapan” Akademi Pediatrik Amerika (AAP)

Salah satu cara untuk menangani perkara ini adalah dengan menggunakan krim pelembap muka bayi khas untuk kulit kering. Menurut AAP, krim adalah pilihan yang tepat kerana ia mengandungi banyak minyak yang baik untuk mengunci kelembapan kulit.

Punca Kulit Muka Bayi Kering

Sebelum menggunakan apa-apa jenis krim muka bayi dan pelembap bagi mengatasi masalah kulit kering, anda sebenarnya perlu tahu apa yang menyebabkan masalah pada kulit bayi terlebih dahulu. Merujuk kepada Medical News Today, berikut adalah beberapa keadaan yang menyebabkan kulit muka bayi kering.

1. Baru lahir

Bayi berumur satu atau dua minggu biasanya mempunyai kulit kering dan mengelupas. Ini kerana sebaik sahaja bayi dilahirkan akan berlakunya perubahan pada kulit bayi yang menyebabkan menjadi kering.

2. Pendedahan berlebihan kepada air

Memandikan bayi terlalu lama terutama dengan air panas akan menghilangkan minyak semulajadi dalam kulit bayi. Akibatnya, kulit menjadi kering dan mudah mengelupas. Penggunaan sabun dengan bahan yang tidak mesra bayi juga memberi kesan pengeringan pada kulit.

3. Dehidrasi

Keadaan udara di dalam dan di luar rumah yang kering juga berpotensi untuk mengeringkan kulit. Sekaligus boleh menyebabkan kerosakan dan pengelupasan kulit.

4. Produk beralkohol

Losyen atau krim yang mengandungi alkohol boleh mengeringkan permukaan luar kulit bayi anda. Oleh itu, pastikan Mama tidak menggunakan produk beralkohol ke atas bayi anda, OK? Selain boleh membuat kulit kering, alkohol dengan dos yang berlebihan juga boleh membahayakan tubuh badan.

5. Keadaan perubatan tertentu

Sesetengah kes kulit kering pada bayi memang memerlukan rawatan khas daripada doktor. Contohnya seperti dermatitis atopik (ekzema) atau ichthyosis. Kalau Mama sudah mencuba pelbagai cara dan kulit bayi masih kering, sila rujuk doktor dengan segera, OK?

Tips Memilih Pelembap & Krim Muka untuk Kulit Kering Bayi

Berikut adalah beberapa tips dan petua yang boleh Mama lakukan semasa memilih pelembap dan krim muka yang selamat untuk kulit kering Si Manja.

1. Pilih yang mengandungi bahan semulajadi

Kulit sensitif bayi berpotensi untuk rosak jika terlalu banyak terdedah kepada bahan kimia tiruan. Jadi, pilihlah pelembap muka bayi untuk kulit kering yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan mempunyai kandungan pH yang seimbang.

2. Bahan semulajadi yang mempunyai sifat pelembap

Pastikan juga bahan-bahan semula jadi dalam produk yang digunakan memang mempunyai sifat melembapkan kulit kering. Lebih baik lagi jika ada faedah tambahan seperti menyihatkan kulit dengan khasiat vitamin atau memberi perlindungan terhadap alahan atau alergi.

Terdapat beberapa bahan semulajadi yang bagus untuk menangani kulit kering. Seperti aloe vera, pelembap yang kaya dengan vitamin A dan E, serta magnesium dan zink. Begitu juga sweet almond yang boleh menyihatkan dan melembapkan kulit bayi.

Tumbuhan bunga matahari berkhasiat untuk melindungi kulit daripada alahan, bintik putih (milia) dan jerawat. Selain itu, terdapat juga ceramide iaitu asid lemak yang mempunyai perlindungan semulajadi untuk kulit kering dan sensitif.

3. Bebas daripada paraben dan alkohol

Pewarna dan bahan kimia boleh merengsakan kulit bayi dan berpotensi menyebabkan gangguan pernafasan. Begitu juga dengan paraben dalam dos yang tinggi. Bahan-bahan ini mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada pembiakan hormon. Sebaiknya, elakkan bahan ini dalam krim muka terutama untuk Si Manja.

Di samping itu, anda juga harus mengelakkan menggunakan bahan yang mempunyai kandungan alkohol. Untuk pengetahuan Mama, alkohol yang disenaraikan sebagai etanol adalah bahan biasa yang ditemui di dalam kebanyakan produk penjagaan kulit dewasa. Jadi, sebaiknya dielakkan apabila melibatkan kanak-kanak kecil kerana kesan pengeringannya.

4. Lakukan ujian sapuan pada lengan (patch test)

Jika anda bercadang untuk menggunakan krim pada muka Si Manja, sebaiknya lakukan ujian sapuan pada lengan atau kaki mereka terlebih dahulu dan tunggu selama 24 jam untuk memantau jika mempunyai sebarang tindak balas. Jika terdapat sebarang tindak balas dikesan, pastikan anda berhenti menggunakan produk tersebut dengan serta-merta.

5. Gunakan produk hipoalergenik

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang tindak balas alahan, produk hipoalergenik adalah pilihan terbaik untuk Si Manja anda. Pilih krim muka khusus untuk kulit sensitif, bebas pewangi dan paling tidak menyebabkan reaksi alahan yang teruk.

Solusi Selamat untuk Atasi Kulit Muka Bayi yang Kering

JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Baby Daily Face Cream | RM46.90 RM36.90

Memilih penjagaan kulit untuk bayi tentunya tidak boleh sembarangan. Ini kerana bayi mempunyai kulit yang 40% – 60% lebih nipis dari orang dewasa. Tetapi anda tidak perlu risau sebab Mama’s Choice Baby Daily Face Cream adalah pilihan yang terbaik. Krim muka bayi ini mengandungi 9 bahan semulajadi yang berkesan untuk atasi kulit kering pada bayi. Apakah fungsi kesemua bahan itu, Mama tanya? 

  • Bunga Matahari: Tinggi dengan Omega-6 yang baik untuk melindungi kulit bagi mengurangkan keradangan, alahan dan kemerahan
  • Aloe Vera Organik: Melegakan & melembapkan kulit bayi yang kering akibat kerengsaan
  • Calendula, Sweet Almond & Madu: Mengatasi ekzema, bintik putih (milia) & jerawat pada kulit bayi
  • Yogurt: Mencerahkan kulit & menanggalkan sel kulit mati
  • Ceramide: Memulihkan barrier kulit yang rosak, memberikan perlindungan lembut pada kulit, membantu kulit mengekalkan kelembapannya
  • Shea Butter & Avokado: Mempunyai sifat penghidratan & pelembap yang mendalam

Khuatir akan keselamatan krim muka ini? Jangan risau, Ma! Mama’s Choice Baby Daily Face Cream ini tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya seperti paraben, alkohol dan ianya hipoalergenik menjadikannya selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif untuk bayi berumur 0 hingga 3 tahun! 🥰

9 daripada 10 Mama bersetuju bahawa Mama’s Choice Baby Daily Face Cream ini berkesan dalam melembapkan dan melembutkan kulit muka bayi.

Cara penggunaannya pula, anda boleh sapukan krim muka ini sebanyak 2 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan kulit bayi dan melindungi kulit mereka daripada sebarang alahan atau iritasi.

Krim muka kami ini dirumus khas untuk mengandungi pencerahan kulit semulajadi, dan bersifat antibakteria dan antikulat – ini membezakan kami daripada produk lain di pasaran! 💗

Diuji berkesan dalam membantu merawat kulit kering, alahan dan ruam muka pada 9 daripada 10 bayi – Mama’s Choice Efficacy Test, 2022

Anda boleh KLIK DISINI untuk membeli atau anda juga boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada.


Itulah beberapa petua memilih pelembap dan krim muka untuk kulit kering bayi. Semoga kulit Si Manja anda terjaga dengan baik ya, Mama. 💗

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now