Menjadi ibu baru memang akan menghadapi banyak kejutan tapi malangnya, tidak semuanya positif. Antaranya seperti masalah kulit bayi mengelupas. Dalam artikel ini, akan dikongsikan cara semula jadi untuk menangani situasi ini.
Selepas sembilan bulan di dalam rahim, kulit bayi anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran luar. Dalam beberapa minggu pertama, kulit bayi mungkin menjadi kering dan mudah mengelupas.
Selain itu, bayi anda juga mempunyai lapisan lilin tebal yang dikenali sebagai vernix caseosa. Cecair ini berfungsi untuk melindungi kulit bayi anda daripada cecair amniotik.
Perubahan kulit bayi boleh berbeza-beza bergantung pada usia kehamilan bayi ketika ia dilahirkan.
Menurut kajian, bayi yang dilahirkan pramatang (sebelum 40 minggu) jarang mengalami pengelupasan kulit berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan
Ini kerana bayi yang genap 40 minggu mempunyai kurang vernix semasa lahir. Oleh itu, kulit mereka lebih terdedah kepada cecair amniotik, menyebabkan kulit mengelupas.
Selain itu, terdapat juga masalah kulit yang menyumbang kepada pengelupasan kulit. Ini termasuklah psoriasis, ichthyosis, dermatitis atopik, ekzema dan lain-lain.
Cara Mengatasi Masalah Kulit Mengelupas Bayi
Biarpun ianya perkara biasa untuk kulit bayi anda mengelupas selama beberapa minggu selepas kelahiran, tidak ada salahnya menjadikan fasa ini cepat berakhir dan memberi keselesaan bukan sahaja untuk bayi bahkan untuk ibu juga.
1. Kurangkan pendedahan kepada udara sejuk
Udara sejuk boleh membuatkan kulit Si Kecil anda kering kerana ia menyebabkan pengelupasan.
Salah satu cara paling mudah untuk melakukan ini ialah mengawal suhu bilik. Selain itu, anda juga boleh memberi bayi anda selimut atau pakaikan dengan pakaian yang boleh memberi rasa hangat bagi mengelakkan rasa sejuk.
Baca juga: Tips Memilih Pelembap & Krim Muka untuk Bayi Kulit Kering
2. Hadkan masa mandi bayi
Masa mandi adakalanya tidak memberi keseronokan kepada bayi. Ini kerana bayi biasanya akan menangis mungkin kerana ketakutan mahupun kesejukan. Ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada kulit bayi.
Sebagai contoh, jika anda membiarkan bayi anda bersentuhan dengan air terlalu lama, kulit mereka boleh kehilangan minyak semulajadi. Ini menjadikan kulit mereka lebih mudah untuk mengelupas.
Sebab itulah sangat disarankan untuk mengehadkan masa mandian kepada 10 minit maksimum.
Selain itu, ia juga penting untuk mengelakkan penggunaan sabun yang tidak sesuai untuk bayi. Alternatif terbaik ialah sabun badan & syampu lembut yang diperbuat khusus untuk kulit sensitif bayi.
3. Gunakan air suam ketika mandi
Selain daripada memantau tempoh masa mandi bayi anda, sebaiknya pastikan anda menggunakan air suam ketika waktu mandian bayi.
Selain merengsakan kulit, air yang terlalu sejuk atau panas juga boleh merosakkan kulit bayi anda.
4. Pastikan bayi terhidrasi
Memandangkan kulit kering adalah salah satu punca utama pengelupasan. Jadi adalah sangat penting untuk kita pastikan kulit bayi sentiasa terhidrasi. Mama boleh memberikan susu ibu atau susu formula yang mencukupi untuk menghidratkan bayi sehingga mereka bersedia untuk minum air masak bila umur cecah enam bulan.
5. Pilih pakaian yang sesuai
Pakaian bayi anda akan sentiasa bersentuhan dengan kulitnya, jadi ianya penting untuk mencari pakaian yang sesuai dengan mereka. Adalah dicadangkan anda menyediakan pakaian yang menggunakan fabrik yang lembut dan longgar untuk Si Manja anda.
Ini kerana pakaian yang ketat dan fabrik yang kasar boleh merengsakan kulit bayi anda dan akhirnya menyebabkan bayi tidak selesa.
6. Melembapkan kulit bayi
Parents sangat digalakkan untuk menggunakan pelembap atau losyen di dalam rutin penjagaan kulit bayi anda bagi menangani masalah pengelupasan kulit.
Sudah tentu, memilih yang sesuai untuk kulit sensitif mereka adalah sangat penting. Apabila Mama ragu-ragu, pilihlah yang diperbuat dengan bahan semulajadi dan disahkan selamat iaitu hipoalergenik dan diuji oleh pakar dermatologi.
Baca juga: Punca & Cara Atasi Bintik Putih (Milia) Pada Muka Bayi
7. Elakkan bahan kimia
Memandangkan kulit bayi yang baru lahir mudah terdedah, Mama perlu berhati-hati dengan produk yang mereka gunakan untuk anak kecil.
Walaupun Mama mungkin lebih suka memilih produk yang menawarkan harga paling berpatutan atau popular, adalah dicadangkan agar Mama juga memberi tumpuan pada ramuan digunakan dalam krim pelembap tersebut.
Krim Lampin dan Krim Muka yang Tepat untuk Masalah Kulit Mengelupas Bayi
JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Baby Daily Face Cream | RM46.90 RM36.90
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan krim yang sesuai untuk bayi anda kerana mereka mempunyai kulit yang 40% – 60% lebih nipis dari orang dewasa dan pemilihan skincare buat mereka tidak boleh sembarangan. Adakalanya informasi pada produk boleh mengelirukan. Jadi, untuk mengatasi masalah ini kami telah menghasilkan krim yang terbaik dan sesuai untuk kulit sensitif bayi.
Jangan confused! Walaupun kedua-dua produk ini kelihatan hampir sama fungsinya, Mama perlu ambil tahu bahawa Face Cream kami boleh merawat masalah kulit mengelupas dan ruam pada muka bayi manakala Diaper Cream kami sesuai untuk merawat kulit mengelupas dan ruam pada seluruh badan bayi.
Mama’s Choice Baby Daily Face Cream ini dirumus dengan 9 bahan semulajadi aktif yang berkesan merawat masalah kulit kering pada bayi. Lihat sahaja jenis bahan dan fungsinya yang meyakinkan ini!
- Bunga Matahari: Tinggi dengan Omega-6 yang baik untuk melindungi kulit bagi mengurangkan keradangan, alahan dan kemerahan
- Aloe Vera Organik: Melegakan & melembapkan kulit bayi yang kering akibat kerengsaan
- Calendula, Sweet Almond & Madu: Mengatasi ekzema, bintik putih (milia) & jerawat pada kulit bayi
- Yogurt: Mencerahkan kulit & menanggalkan sel kulit mati
- Ceramide: Memulihkan barrier kulit yang rosak, memberikan perlindungan lembut pada kulit, membantu kulit mengekalkan kelembapannya
- Shea Butter & Avokado: Mempunyai sifat penghidratan & pelembap yang mendalam
Masih tidak yakin? Face Cream kami juga diuji berkesan dalam membantu merawat kulit kering, alahan dan ruam muka pada 9 daripada 10 bayi – Mama’s Choice Efficacy Test, 2022
Si Manja anda mempunyai kulit yang sangat sensitif? Mama’s Choice Baby Daily Face Cream tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya seperti paraben, alkohol dan ianya hipoalergenik dan sudah diuji secara dermatologi di makmal Singapura! Jadi, Parents tidak perlu risau kerana ianya selamat untuk semua jenis kulit. 💗
Tambahan pula, krim muka ini menggunakan formula khas yang mampu mencerahkan kulti bayi secara semulajadi dan bersifat antibakteria dan antikulat. Jadi, bukan kulit Mama sahaja yang glowing, kulit Si Manja anda juga ikut glowing sama!
9 daripada 10 Mama bersetuju bahawa Mama’s Choice Baby Daily Face Cream ini berkesan dalam melembapkan dan melembutkan kulit muka bayi.
Anda boleh KLIK DISINI untuk membeli atau anda juga boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada. Selamat mencuba!
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3