Search

Halitosis: Punca & Cara Menghilangkan Masalah Mulut Berbau Semasa Hamil

Ibu hamil pastinya pernah mengalami situasi di mana mereka berasa tidak selesa dengan bau mulut mereka sendiri. Pernafasan yang berbau sebenarnya bukan sahaja ibu hamil sahaja yang mengalami bahkan semua orang tidak terkecuali. Baca lebih lanjut untuk ketahui punca dan cara menghilangkan masalah mulut berbau semasa hamil. 

Jika tahap tidak serius orang yang berdekatan tidak akan dapat mengesan bau pernafasan. Namun begitu, jika terlalu kronik ianya dapat memberi gangguan pada orang yang berdekatan dengan bau mulut yang kurang menyenangkan. Penyakit mulut berbau atau dalam perubatan dikenali sebagai halitosis adalah daripada perkataan Greek yang bermakna nafas busuk (halit) dan penyakit (osis)

Apa Itu Halitosis

Untuk pengetahuan semua halitosis adalah masalah mulut berbau yang kronik. Pernafasan berbau ini bukanlah nafas 5 minit pertama yang berbau disebabkan oleh samada makanan berempah berat mahupun nafas di waktu pagi (terutama sewaktu lepas bangun tidur).

Penyebab Utama Kepada Masalah Mulut Berbau (Halitosis)

Ada dua sebab boleh berlakunya masalah mulut berbau atau halitosis ini:

1. Masalah daripada mulut

Dari satu penyelidikan dilakukan, didapati 80% penyebab halitosis adalah disebabkan dari mulut kita sendiri. Ini adalah kerana;

Kebersihan mulut yang kurang memuaskan

Seperti mana yang disyorkan oleh pakar pergigian di seluruh dunia, kita perlu memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Menggosok gigi juga perlu ada cara yang betul. Ini terutama di bahagian yang biasanya terkumpulnya sisa makanan dan boleh membentuk kaviti. Ini juga berkait dengan kebersihan mulut yang tidak sempurna setiap kali ibu hamil mengalami masalah muntah-muntah.

Masalah kaviti

punca-cara-hilangkan-masalah-mulut-berbau

Terjadinya kaviti atau kerosakan gigi apabila zarah gula dari makanan yang kita nikmati menjadi bakteria dalam plak seterusnya menghasilkan asid dan menyerang enamel gigi. Biasanya, kita tidak akan berasa apa-apa jika mempunyai kaviti biasa.

Namun begitu, apabila berlakunya kerosakan atau lubang pada gigi menjadi semakin besar ianya boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti sakit gigi, ngilu dan pelbagai lagi. Untuk ibu hamil, terjadi kaviti juga boleh disebabkan keadaan mereka yang sentiasa berasa mual. Apabila mereka muntah-muntah, kebarangkalian sisa yang tertinggal di dalam mulut tidak dibersihkan dengan sempurna.

Ibu hamil tidak digalakkan mengambil makanan manis terlalu kerap. Biarpun adakalanya berkait dengan situasi “mengidam’ namun ianya perlu dielakkan. Apatah lagi pengambilan gula bukan sahaja boleh menyebabkan kaviti, bahkan mendatangkan kesan buruk terhadap kehamilan seperti obesiti, penyakit kencing manis dan memberi komplikasi kepada janin.

Mulut kering

Pengaruh hormon yang terjadi pada ibu hamil boleh menyebabkan pengurangan air liur. Ini menyebabkan rongga mulut ibu yang hamil mudah terasa kering. Jika dibiarkan berlarutan, rongga mulut yang kering boleh menyebabkan pelbagai masalah pada gigi. Salah satu cara untuk mengatasinya adalah ibu hamil perlu mengambil air putih dengan kuantiti yang banyak setiap hari.

2. Keinginan terhadap makanan yang tidak boleh dikawal

Sindrom ibu hamil biasanya mereka mempunyai nafsu makan yang agak besar dan sentiasa berselera tidak kira masa. Ini terutama ketika ibu hamil mula memasuki trimester yang ketiga. Antara punca penyumbang terhadap masalah halitosis dikalangan ibu hamil adalah seperti berikut:-

  • Diet yang berprotein tingggi atau rendah dengan karbohidrat
  • Makanan berasid
  • Pengambilan bawang merah dan bawang putih yang tinggi
  • Minum kopi yang kerap
  • Mengambil gula-gula yang kerap bagi tujuan mengelakkan rasa loya

Cara Menghilangkan Masalah Mulut Berbau

punca-cara-hilangkan-masalah-mulut-berbau

Ada beberapa cara dan langkah yang boleh dilakukan oleh ibu hamil bagi mengatasi masalah mulut berbau.

1. Mendapat rawatan gigi

Adalah sangat penting untuk ibu hamil mendapat rawatan gigi secara berkala semasa tempoh kehamilan. Doktor gigi akan membuat pemeriksaan gigi dan sekiranya adalah masalah seperti gigi berlubang, kaviti dan sebagainya, doktor akan segera membuat rawatan. Melalui perundingan dan rawatan gigi dapat mengatasi masalah bau mulut yang kronik.

2. Pengambilan kalsium yang mencukupi

Ibu hamil memang perlu mendapatkan kalsium yang mencukupi sepanjang kehamilan. Bukan sahaja untuk tumbesaran dan perkembangan janin. Bahkan untuk kebaikan ibu hamil itu sendiri. Ini adalah kerana ibu hamil biasanya akan mengalami masalah ‘cramp’ apabila tidak cukup kalsium didalam badan.

Selain itu, kalsium yang kurang juga menyebabkan gigi menjadi lebih rapuh. Kerosakan gigi seperti gigi berlubang dan sebagainya boleh menyebabkan mulut berbau.

Antara sumber kalsium dari makanan yang boleh dinikmati ibu hamil seperti daripada produk ternusu susu, keju dan yogurt. Manakalan dari sumber sayuran seperti kacang soya dan tempe. Begitu juga sayuran hijau juga mempunyai nutrisi kalsium yang baik untuk tubuh. Antaranya seperti brokoli dan bayam.

3. Menjaga kebersihan gigi dengan konsisten

Ibu hamil juga perlu menggambil berat tentang penjagaan kebersihan gigi dengan menggosok gigi sekurangnya dua kali sehari. Menggosok gigi setiap kali bangun daripada tidur dan juga sebelum tidur di waktu malam. Tukar berus gigi jika perlu.

punca-cara-hilangkan-masalah-mulut-berbau-mouthwash
JIMAT 20% untuk Mama’s Choice Natural Mouthwash | HANYA RM14.90 RM11.90

Disarankan juga ibu yang hamil menggunakan Mama’s Choice Natural Mouthwash. Produk penjagaan kebersihan mulut yang bukan sahaja dapat mengatasi masalah mulut berbau bahkan ianya dapat menjaga gigi dan mengurangkan gejala rasa mual terutama di waktu pagi.

Antara bahan semulajadi utama yang digunakan di dalam Mama’s Choice Natural Mouthwash adalah seperti berikut:-

  • Pudina: Mengurangkan gejala mual dan memberi nafas segar
  • Klorofil: Membunuh bakteria yang membawa kepada pembentukan plak
  • Allantoin: Membantu menjaga gusi agar lebih sihat, mencegah radang gusi dan radang mulut

Mama’s Choice Natural Mouthwash juga adalah produk penjagaan mulut yang halal dan bebas bahan berbahaya seperti alkohol, SLS, paraben, florida dan triclosan. Selain itu, ianya tiada pewarna serta perasa tiruan!

Mengapa produk Mama’s Choice Natural Mouthwash sentiasa menjadi pilihan?

  • Memberi kesegaran nafas untuk tempoh yang agak lama.
  • Dengan rasa pudina semula jadi dapat membantu melegakan rasa mual terutama di waktu pagi.
  • Kombinasi bahan semula jadi di dalam formulasi dapat mencegah bakteria yang menjadi penyebab plak serta mengurangkan risiko keradangan.
  • Pencuci mulut bebas alkohol dan bebas fluorida yang diformulasikan dengan bahan semula jadi seperti klorofil, allantoin, dan ekstrak pudina.
  • Formulasi lembut sesuai untuk gigi sensitif, ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak.
  • Ditawarkan juga di dalam botol bersaiz kecil dan sangat praktikal serta sesuai untuk ibu bekerja yang selalu dalam perjalanan (on the go).

Cara Penggunaan Mama’s Choice Natural Mouthwash

punca-cara-hilangkan-masalah-mulut-berbau

  1. Bilas mulut dengan Mama’s Choice Natural Mouthwash setiap pagi dan petang, atau setiap kali anda mengalami masalah bau mulut.
  2. Berkumur selama 30 saat sebelum meludah.
  3. Untuk hasil terbaik, mulailah menggunakan ubat kumur Mama’s Choice Natural Mouthwash dari trimester pertama sebagai sebahagian daripada rutin kebersihan mulut harian anda dan terus menggunakannya sekurang-kurangnya 6 bulan selepas kehamilan.

Klik gambar di bawah untuk mendapatkannya sekarang atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi dan Lazada juga, ya!

Venessa

A mama of one hyperactive toddler, Michelle is adventurous, passionate about fitness, healthy eating and loves to garden in her free time.

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now