Pernahkah anda mendengar mengenai ubat gigi kayu sugi sebelum ini?
Sebenarnya sejak zaman kerajaan Babylon, manusia telah menggunakan tongkat miswak (pokok kayu sugi) untuk membersihkan gigi mereka selama ribuan tahun! Ia bukanlah bahan biasa terdapat dalam ubat gigi biasa, tetapi ubat gigi yang mengandungi formulasi kayu sugi memang sangat bagus.
Malah, bahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengesyorkan kayu sugi untuk kebersihan mulut.
Kelebihan Kayu Sugi
Batang kayu sugi kaya dengan bahan semula jadi seperti trimethylamide, vitamin C dan flavodine. Bahan ini bertindak sebagai ubat gigi semula jadi untuk meningkatkan kesihatan mulut anda.
1. Membersihkan gigi
Kayu sugi mengandungi silika, yang merupakan bahan membersih yang sangat lembut. Ianya membantu membersihkan sisa makanan dari gigi dan gusi anda!
2. Mencegah radang gusi (Gingivitis)
Di dalam ubat gigi miswak terdapatnya asid tanik dan trimetilamida untuk mencegah radang gusi. Gingivitis yang dirujuk kepada radang gusi biasanya terjadi kerana jangkitan bakteria. Untuk pengetahuan semua, gingivitis adalah penyakit gusi tahap awal yang biasa dialami di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggar bahawa 1 dalam 4 orang dewasa mengalami suatu bentuk jangkitan bakteria ini, dan 15 hingga 20 peratus antaranya mengalami jangkitan teruk.
3. Antibakteria
Kebanyakan bakteria menyebabkan jangkitan pada gusi. Dengan adanya ubat gigi miswak ianya dapat membantu! Miswak mengandungi alkaloid dan sulfur semulajadi dalam jumlah yang selamat dan ianya memang berkesan untuk membunuh bakteria.
4. Mencegah kaviti
Kayu sugi mengandungi bahan resin yang selamat. Resin ini melindungi enamel gigi, menguatkan lagi gigi dan mencegah kaviti. Kerosakan gigi berlaku apabila enamel (penutup putih berkilat pada gigi anda) hancur.
Bagaimana enamel boleh hancur?
Sebenarnya di mulut kita ada menyimpan beratus-ratus jenis bakteria yang berbeza—ada yang baik, ada yang buruk. Bakteria ini menggunakan pati dan gula yang terdapat di dalam makanan untuk menghasilkan asid yang boleh menghancurkan enamel, sehingga membawa proses pembusukan yang akhirnya menyebabkan berlakunya karies gigi.
Walaupun kebanyakan ubat gigi komersial menggunakan fluorida sebagai kaedah untuk mengatasi kerosakan ini. Tetapi, terdapat satu lagi penyelesaian berkesan iaitu melalui air liur anda. Sebenarnya, air liur boleh membantu melawan kerosakan gigi dengan mencegah penumpukan asid. Kayu sugi telah diketahui dapat meningkatkan pembentukan air liur di mulut tanpa memerlukan penambah komersial dan ini secara semula jadi melawan kerosakan gigi.
5. Mencegah tartar
Selain itu, kandungan klorida dalam miswak atau kayu sugi dapat menghalang pembentukan tartar di mulut anda. Bahkan, ianya dapat membantu melindungi gigi anda dari masalah ini.
Walaupun memberus gigi dengan kerap dapat menghilangkan plak tetapi penumpukannya membawa kepada pembentukan ‘tartar’. Oh ya! Tartar warnanya kuning yang kelihatan menempel pada gigi. Ianya juga boleh menyebabkan masalah kesihatan gigi.
Cara mudah untuk mencegah penumpukan tartar adalah melalui menggosok gigi secara berkala mengikut cara yang betul. kayu sugi sangat membantu dengan berperanan sebagai agen anti bakteria sekaligus mencegah bakteria terkumpul pada gigi dan gusi.
6. Menyembuhkan luka di mulut
Anda disarankan menggunakan ubat gigi miswak sekiranya mengalami luka atau bisul di mulut. Ini kerana kayu sugi mengandungi Vitamin C yang dapat memperbaiki tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan bisul anda dengan cepat.
7. Mencegah mulut berbau
Nafas berbau yang secara perubatan dikenali sebagai halitosis adalah petunjuk banyak masalah pergigian. Bermula dengan penyakit gusi, gigi berlubang dan akhirnya menyebabkan mulut berbau.
Baca juga: Punca & Cara Menghilangkan Masalah Mulut Berbau Semasa Hamil
Kayu sugi juga mengandungi minyak yang menghasilkan aroma khas bertindak menghilangkan bau mulut. Minyak pati semula jadi ini juga dapat memberi keseimbangan pada pH mulut anda.
Sekiranya anda sedang hamil dan mencari cara untuk mengatasi bau mulut, ubat gigi yang mengandungi ekstrak kayu sugi dapat membantu anda.
8. Kayu sugi juga mengandungi bahan kimia baik yang terdapat dalam ubat gigi biasa!
Sebatang miswak mengandungi banyak bahan kimia baik seperti mana yang terdapat dalam ubat gigi biasa. Antaranya seperti:
- Natrium bikarbonat yang dapat menghilangkan sisa makanan dan mencegah pembentukan plak.
- Kalsium yang dapat menguatkan enamel gigi anda.
- Sterol yang membantu menurunkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Sememangnya miswak mempunyai banyak manfaat dalam penjagaan kesihatan mulut anda. Bukan sahaja kaya dengan bahan semula jadi, ia juga mengandungi banyak bahan kimia hebat yang dapat membantu memelihara dan melindungi gigi dan gusi anda. Kajian juga membuktikan ubat gigi kayu sugi adalah lebih berkesan daripada ubat gigi biasa.
Itulah sebabnya kami mengambil keputusan untuk menjadikan miswak sebagai salah satu formulasi di dalam ubat gigi Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste!
Ubat Gigi Kayu Sugi yang Sesuai Untuk Anda
Kenapa anda perlu pertimbangkan Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste
Ianya bagus kerana kami menggunakan bahan semula jadi seperti miswak, allantoin dan pudina!
Dengan gabungan ramuan ini, ia menjadikan ubat gigi yang dapat membersihkan gigi anda dengan baik dan bersih.
Melalui pelbagai kajian dan ujian makmal yang telah dijalankan di Singapura, kami juga telah dapat menghasilkan ubat gigi yang menawarkan bau nafas yang segar sekaligus membolehkan anda memulakan hari dengan penuh indah dan ceria.
Selain itu, kami telah memberi perhatian khusus untuk memastikan ubat gigi Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste ini selamat untuk mama yang hamil dan juga menyusu. Dengan menggantikan fluorida kimia kepada kayu sugi, bayi anda akan dilindungi daripada kesan keracunan fluorida.
Ubat gigi kami dihasilkan khas untuk ibu mengandung (sebenarnya semua orang boleh menggunakannya!). Ini bermakna ubat gigi kami berada pada tahap keselamatan dan kualiti ramuan yang tertinggi. Sekaligus membuktikan ianya selamat digunakan.
Akhir sekali, kami tidak menggunakan sebarang perasa atau pewarna tiruan. Ubat gigi Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste berwarna hijau bersempena dengan warna semula jadi klorofil yang merupakan salah satu ramuan utama dalam ubat gigi ini. Dan yang paling ‘best’ sekali, ubat gigi kayu sugi kami disahkan 100% halal tau, mama! 🥰
Gunakan ubat gigi Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste sebagai ubat gigi yang selamat, halal dan semula jadi semasa menjalani proses kehamilan atau menyusu badan.
Klik gambar di bawah untuk dapatkan ubat gigi kayu sugi kami hari ini atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi kami atau Lazada! 🙂
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3