Setiap ibu pastinya mempunyai impian untuk berikan penyusuan eksklusif kepada bayinya. Tempoh menyusukan bayi yang disyorkan adalah sehingga 6 bulan. Namun adalah lebih baik jika kita dapat menyusukan bayi sehingga mereka berusia 2 tahun. Disebabkan itulah ibu menyusu memerlukan makanan yang membantu pengeluaran susu badan mereka dan meningkatkan kualitinya. Teruskan membaca untuk ketahui 10 makanan untuk menambahkan susu ibu di sini!
Namun tidak semua ibu berpeluang untuk menyusukan anak mereka secara esklusif. Ini kerana ada sesetengah ibu mengalami masalah kurang susu badan.
Antara persoalan yang sering diutarakan oleh ibu apabila mengalami masalah kurang susu badan,
Kenapa susu badan saya semakin kurang? Adakah pengambilan makanan yang boleh memanaskan badan seperti kunyit boleh mengurangkan susu badan?
Sebenarnya selain pengambilan ubat hormon dan juga mengurut, ibu juga sangat disyorkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan khasiat. Ini terutama makanan yang mengandungi manfaat yang dapat membantu untuk menambahkan susu ibu. Ini terutama makanan yang kaya dengan protein, zat besi dan juga kalsium
10 Makanan untuk Menambahkan Susu Ibu
Antara 10 makanan yang disyorkan untuk ibu-ibu ambil bagi membantu mengatasi masalah kekurangan susu badan adalah seperti:-
1. Buah Kurma
Kandungan zat besi, kalsium dan nutrien tryptophan yang terdapat di dalam buah kurma menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti. Nutrien tryptophan sangat diperlukan dalam badan untuk membina protein. Khasiat buat kurma mempunyai hormon serotonin dapat membantu merangsang hormon dalam badan sekaligus mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
Di samping itu, pengambilan buah kurma juga dapat membantu mama yang sedang menyusu memulihkan tenaga mereka setelah proses bersalin, mengurangi keletihan, serta melancarkan pencernaan.
2. Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan sawi adalah amat baik untuk kesihatan menyeluruh terutama buat mama yang sedang menyusukan bayi. Ini kerana sayuran berdaun hijau diperkaya dengan vitamin A, C dan juga zat besi.
Ia juga membantu mama untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin kerana kandungan kalorinya yang rendah. Di samping itu, sayuran hijau juga merupakan alternatif terbaik menggantikan produk tenusu kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Pengambilan sayuran dalam diet mama yang sedang menyusukan bayi dapat menambahkan kandungan lemak baik dalam susu badan serta mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
3. Bijirin Oat
Bijirin oat memang sangat digalakkan diambil untuk mama yang sedang berpantang dan juga menyusu badan. Sangat disarankan untuk diambil ketika waktu sarapan pagi bagi membekalkan tenaga secara mencukupi untuk anda.
Selain itu, bijirin oat kaya dengan asid folik yang sangat penting untuk tumbesaran bayi agar mereka sentiasa sihat. Jadi, ini adalah satu kebaikan untuk bayi yang menyusu badan!
Ianya juga membekalkan zat besi, serat dan vitamin penting untuk kesihatan mama dan bayi. Kandungan serat juga dapat membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama dan sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan selepas kelahiran anak.
4. Kekacang
Ada yang berpendapat pengambilan kekacang akan menyebabkan badan mama yang sedang berpantang mudah masuk ‘angin’. Ada juga yang menyarankan agar ibu mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Ini kerana komponen alergenik yang ada dalam kacang mampu dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu. Biasanya, ibu yang mengambil kacang, bayinya akan mudah untuk mendapat ruam, bintik-bintik merah atau bengkak.
Tetapi sebenarnya dari sudut kesihatan, kekacang seperti badam, gajus dan kacang kuda amat baik untuk dijadikan snek berkhasiat dalam diet ibu berpantang. Ini kerana ia adalah salah satu makanan untuk menambahkan susu ibu dan merupakan sumber protein yang baik dengan kandungan lemak semulajadinya yang bagus untuk kesihatan.
5. Bawang Putih
Bawang putih ini amat disarankan dalam diet mama semasa dalam tempoh berpantang. Ia bukan sahaja berfungsi untuk memulihkan luka dalam dan membuang angin dalam badan, ia juga mempunyai khasiat dalam menambahkan penghasilan susu badan ibu.
Bawang putih boleh diletakkan dalam makanan, atau disagat dan dicampurkan dengan susu dan sedikit madu atau gula.
6. Ikan Salmon
Ikan salmon sangat baik untuk pemakanan ibu berpantang kerana kandungan DHA iaitu lemak omega 3 semulajadi sihat yang amat tinggi. Lemak omega-3 bermanfaat untuk perkembangan otak si manja dan juga bagus untuk kesihatan mama. Satu hidangan salmon mengandungi 1.2 hingga 1.9 gram asid lemak omega-3, mineral, vitamin B1, vitamin B3, vitamin B6, vitamin B12, protein dan selenium.
Pengambilan hidangan salmon boleh membantu merangsangkan perkembangan saraf bayi. Sekaligus menjadikan susu badan turut mempunyai kandungan DHA yang tinggi. DHA dalam salmon juga didapati dapat mengawal emosi ibu berpantang daripada terkena ‘pospartum depression’ atau lebih dikenali sebagai meroyan.
Antara jenis ikan lain yang berkhasiat tinggi yang boleh diambil oleh ibu semasa berpantang antaranya seperti ikan tuna dan tenggiri.
7. Buah Avocado
Masalah yang sering dihadapi oleh mama yang menyusukan anak adalah mereka mengadu sering mudah rasa lapar. Ini mungkin disebabkan ibu yang menyusu badan perlu fokus sepanjang hari dalam penjagaan anak, waktu tidur dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan adakalanya mama memang kekurangan masa untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk diri sendiri.
Buah Avokado ialah antara makanan terbaik bagi ibu menyusu yang sibuk kerana ia mengandungi 80% lemak berkhasiat yang dapat membuatkan seseorang rasa kenyang pada jangka masa yang lebih lama. Ia juga kaya dengan pelbagai vitamin penting untuk kesihatan seperti vitamin B,C, E dan folat. Ianya juga mempunyai asid folik yang bagus untuk bayi dan juga ibu.
8. Sayuran Berwarna Merah dan Jingga
Selain sayur-sayuran hijau, sayuran berwarna jingga dan merah seperti lobak merah, ubi bit (beetroot) dan labu juga sangat baik dijadikan makanan ibu menyusu dan ketika berpantang. Ini kerana sayuran jenis ini mempunyai kandungan phytoestrogen yang tinggi. Kandungan phytoestrogen ini dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu. Sayuran berwarna merah dan jingga sering dijadikan menu hidangan makanan ibu menyusu dan berpantang dalam masyarakat Cina. Jadi, ibu tidak hanya perlu mengambil sayuran hijau sahaja, sekali-sekala kita nikmati sayuran berwarna jingga dan merah juga, ya! 😊
9. Halba (fenugreek)
Halba atau perkataan saintifiknya fenugreek telah lama dipercayai sebagai ubat herba untuk mengatasi masalah kekurangan susu badan. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa suplemen yang mengandungi halba dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu. Jadi, jika anda rasa pengeluaran susu anda kurang, anda boleh cuba memakan hidangan yang mengandungi halba.
Antara manfaat halba ialah dapat meningkatkan pengeluaran susu yang dikatakan berpunca daripada keupayaannya untuk merangsang kelenjar peluh. Kelenjar susu itu sendiri adalah daripada kelenjar peluh, jadi dengan mengambil halba ianya boleh dirangsang.
10. Sumber Protein
Ada yang menganggap bahawa makanan seperti ikan dan telur ‘tidak sesuai untuk ibu yang masih berpantang. Difahamkan ianya membuatkan mama rasa bisa-bisa dan mungkin mengalami kegatalan. Namun daripada aspek kesihatan, pengambilan protein adalah antara yang terpenting dalam diet ibu berpantang.
Sumber protein seperti daging, telur, kerang serta soya mampu membekalkan zat besi mencukupi untuk penghasilan susu, mengurangkan risiko kekurangan tenaga dan mengelakkan ibu menghidapi masalah anemia iaitu kandungan sel darah merah rendah. Protein juga dapat membantu memulihkan luka bersalin dengan memperbaiki tisu-tisu di dalam badan. Di samping itu, pengambilan protein yang mencukupi dapat memberikan ibu lebih tenaga.
Atasi Puting Luka dengan Mama’s Choice Intensive Nipple Cream
Bila susu badan sentiasa ada dan banyak, pasti memberi kelegaan kepada mama. Bayi juga tidak akan kerap meragam kerana mereka akan kenyang setelah puas menikmati susu badan. Mama jangan risau jika bayi terlalu kerap menyusu yang dikatakan boleh menyebabkan kawasan puting di payudara berasa sakit, kering atau gatal.
Itulah sebabnya kami mencipta Mama’s Choice Intensive Nipple Cream. Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak kurma, minyak kelapa dan shea butter yang selamat untuk anda dan juga bayi tersayang. Ianya selamat digunakan setiap hari kerana formulasinya adalah daripada gred makanan dan selamat jika ditelan secara tidak sengaja oleh bayi.
Tekstur krim puting kami mudah diserap ke dalam kulit dan mampu memberikan kesan kelembapan yang cepat, jadi anda tidak perlu bilas selepas digunakan.
Selain itu krim ini juga sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai kulit sensitif. Ini disebabkan ianya tidak mengandungi wangian tiruan dan alkohol. Diperakui 100% halal dan selamat daripada bahan berbahaya seperti Paraben dan Phthalates.
Ya! Semua produk daripada Mama’s Choice telah lulus ujian klinikal dermatologi yang terbukti hipoalergenik dan tidak menyebabkan kerengsaan.
Klik gambar di bawah untuk dapatkannya sekarang atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi Mama’s Choice, Shopee dan juga Lazada!
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3