Search

Beg Lampin Bayi: Ini 10 Benda Yang Anda Wajib Bawa

Apakah barang yang perlu ada di dalam beg lampin bayi anda? Daripada pakaian ganti serta selimut kepada makanan ringan dan kain lap, sememangnya beg lampin adalah satu perkara yang sangat diperlukan oleh Mama ketika keluar dari rumah (ini terutamanya apabila keluar bersama anak kecil anda).

Beg lampin bayi sebenarnya bukanlah seperti beg yang biasa kita bawa. Di dalamnya, ia memuatkan segala barangan yang Mama perlukan ketika keluar berjalan samada jauh mahupun dekat. Ini bagi memastikan perjalanan bersama anak kecil menjadi lancar dan teratur. 

Samada anda seorang ibu yang baru atau berpengalaman, menyediakan beg lampin bayi boleh menjadi satu cabaran. Bagi sesetangah ibu, mereka lebih suka memastikan semua keperluan yang diperlukan adalah di dalam beg. Manakala ada setengah ibu pula, hanya meletakkan apa yang diperlukan sahaja (paling minimum). Ini bagi memastikan beg lampin mereka ringan. 

Jika anda tidak pasti apa yang perlu ada di dalam beg lampin bayi anda, Mama’s Choice sedia membantu! Rujuk panduan beg lampin kami di bawah untuk mengetahui barang-barang yang kami rasa setiap Mama harus bawa!

Checklist Keperluan Beg Lampin Bayi

baranag wajib ada dalam beg lampin bayi

Berikut adalah senarai barangan yang perlu ada :- 

1. Lampin 

Jika si manja anda masih memakai lampin, ini adalah barangan yang paling penting sekali. Lebih ideal jika anda sediakan satu lampin untuk setiap dua jam tempoh masa anda berada di luar rumah. 

2. Pakaian tambahan 

Samada bayi yang baru lahir mahupun yang sudah mula merangkak, menyentuh dan pelbagai lagi, mereka perlukan baju tambahan! Ini kerana baju yang digunakan mungkin akan kotor. Oleh itu, sentiasa sediakan set pakaian tambahan. Adalah lebih baik disediakan juga pakaian tidur sekiranya anda keluar sehingga waktu malam. 

3. Penghalau serangga 

Gigitan pepijat memang tidak menyeronokkan. Sekiranya anda pergi ke kawasan luar rumah seperti zoo atau taman permainan, perlu disediakan penghalau serangga.  Adalah lebih baik untuk mendapatkan penghalau serangga dalam pembungkusan yang lebih kecil. Ini menjadikan lebih mudah untuk anda menyimpannya di dalam poket beg lampin anda. 

4. Beg plastik khas untuk meletakkan lampin kotor 

Ini keperluan yang sangat penting terutama bagi anak yang masih memakai lampin. Pada hari ini terdapat beg plastik yang diletakkan di dalam dispenser yang boleh dibawa ke mana sahaja dengan mudah. Dengan cara ini, anda boleh membuang lampin kotor dalam beg plastik yang telah dikhaskan. 

5. First aid kit 

Jika bayi anda mula berjalan, kemalangan kecil pasti sahaja boleh berlaku. Sebaiknya sediakan peti pertolongan kecemasan asas di dalam beg lampin anda. Ini termasuklah ubat demam, alahan, ruam atau selsema. 

6. Tisu basah dan sanitiser tangan 

beg lampin bayi

Tanya pada mana-mana Mama apa yang ada di dalam beg lampin mereka, tisu basah (wet wipes) dan sanitiser tangan wajib ada di dalam senarai. Sekiranya tangan anak melekit atau terkena kotoran ternyata tisu basah memang menjadi keperluan untuk anak pada sebarang umur. Jika terdapat ruang yang mencukupi dalam beg anda, anda juga boleh membawa pembasmi kuman, pastikan anda mendapatkan yang bebas alkohol yang ternyata lebih selamat dan semulajadi dalam membasmi kuman pada tangan dan permukaan.

7. Makanan ringan atau susu 

Jika anda memberi susu formula, pastikan anda mempunyai cukup susu dan air suam ketika keluar berjalan. Dan jika bayi anda sudah mula makan, perlu disediakan snek sihat yang boleh disimpan dalam bekas dan bekalan ini juga bagus untuk perjalanan jauh. Jika anda menyusu badan, adalah baik juga untuk meletakkan susu ibu anda di dalam botol yang mana boleh disimpan di dalam beg penyejuk bertebat atau poket susu ibu yang terbina dalam beg lampin bayi anda.

8. Pelapik tukar lampin mudah alih 

Bagi bayi yang masih kecil, menukar lampin di tempat awam adalah satu cabaran. Ini adalah kerana kuman boleh berada di mana sahaja di atas permukaan. Sentiasa bawa pelapik yang boleh dilipat dalam beg lampin. Jadi, anda boleh gunakannya ketika hendak menukarkan lampin anak pada bila-bila masa dan di mana jua. 

9. Selimut 

Kita tidak akan tahu jika kita akan berada dalam keadaan panas ataupun sejuk. Jadi sebaiknya sediakan selimut yang nipis di dalam beg lampin untuk perubahan cuaca yang tidak dijangka. 

10. Alat permainan 

Bawa mainan, buku, puting atau teether kegemaran si manja anda untuk mengelakkan mereka daripada berasa bosan atau meragam. Biarpun hanya beberapa minit bayi anda memberi tumpuan kepada mainan mereka, namun tempoh ini adalah cukup berharga bagi mana-mana ibu yang sibuk. 

Apa Yang Perlu Diperhatikan Dalam Memlilih Beg Lampin Bayi

beg lampin bayi

Memandangkan ibu semua telah mengetahui barangan penting yang perlu dibawa di dalam beg lampin bayi. Anda mungkin tertanya-tanya sama ada kesemua barang ini masih boleh muat atau tidak untuk dimasukkan di dalam beg lampin. Jadi, ibu semua perlulah mencari beg lampin yang bukan sahaja luas tetapi juga dilengkapi dengan ciri-ciri yang baik dan praktikal.

Apabila memilih beg lampin bayi, pertimbangkan perkara seperti berikut. 

  • Gaya. Adakah anda mahu beg lampin yang boleh digalas, tote ataupun messenger style?
  • Ia sepatutnya mudah dibersihkan. Beg lampin boleh menjadi kotor kerana anda akan membawanya marata-rata dan meletakkannya di mana sahaja pada pelbagai permukaan. Jadi, pastikan beg lampin yang digunakan mudah dibersihkan dan boleh dibasuh.
  • Pasangan anda juga boleh menggunakannya. Kebiasaannya, bukan sahaja ibu yang akan membawa beg lampin. Jadi, perlu dipertimbangkan beg lampin yang akan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
  • Banyak poket. Bagi ibu, pengurusan masa adalah sangat penting. Oleh itu, sebaiknya pilih beg lampin yang mempunyai banyak poket. Ini memudahkan anda mengeluarkan barang-barang kecil seperti gel tangan atau tisu basah tanpa perlu mencari-cari di dalam bahagian yang diletakkan dengan lampin dan selimut.
  • Ciri khas. Beg lampin bayi hari ini kebanyakannya didatangkan dengan pelbagai ciri yang baik. Daripada poket bertebat untuk menyimpan susu hinggalah pelapik tukar lampin ‘built-in.’ Oleh itu, fikirkan tentang ciri-ciri yang bagus ini semasa memilih beg lampin yang terbaik dan sesuai untuk anda.

Sememangnya, beg lampin adalah barangan bayi yang sangat diperlukan bukan sahaja untuk Mama tetapi juga untuk seisi keluarga. Pastikan beg lampin yang anda pilih sesuai dengan gaya hidup dan bajet anda juga! Teruskan membaca untuk beg lampin yang anda harus pertimbangkan.

Memperkenalkan Mama’s Choice Multifunction Diaper Bag  

beg lampin bayi produk
JIMAT 23% untuk Mama’s Choice Multifunction Diaper Bag | HANYA RM129.90 RM99.90

Adalah penting untuk memilih beg lampin bayi dengan pelbagai fungsi dan ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan. Itulah sebabnya Mama’s Choice Multifunction Diaper Bag adalah pilihan yang terbaik kerana ia menawarkan pelbagai ciri hebat pada harga yang mesra poket pengguna. 

Beg lampin pelbagai fungsi ini mempunyai bukaan yang luas dengan 15 poket untuk tempat menyimpan samada barangan diri sendiri atau si manja anda. Direka bentuk untuk Mama (dan juga ayah) moden, di mana anda masih boleh kekal bergaya dengan beg yang tahan lasak dan mudah dibersihkan ini.  

Ia juga mempunyai ruang menyimpan botol susu di bahagian hadapan yang dilengkapi dengan aluminium foil untuk kawalan suhu. Disediakan juga akses di bahagian bawah di belakang beg. Ini bagi memastikan anda boleh mengambil barang di bahagian bawah beg tanpa sebarang masalah. 

Best kan beg lampin bayi Mama’s Choice ini? Mama boleh klik di sini untuk mendapatkannya sekarang atau anda juga boleh mendapatkannya di Shopee dan Lazada kami! 😍

beg lampin bayi CTA

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now