Search

Cara Atasi Masalah Puting Tenggelam Buat Ibu Menyusu

Sesetengah ibu mengalami kesukaran dalam menyusukan bayi mereka dek kerana masalah puting tenggelam. Bayi akan menghadapi kesukaran menghisap dengan betul, lekapan mulutnya pada puting juga tidak rapat atau kemas elok.

Sememangnya fitrah wanita biarpun mempunyai cukup sifat seperti kebolehan menyusu anak, namun begitu ada setengahnya mempunyai masalah bentuk puting payu dara. Puting yang termasuk ke dalam dan tenggelam dikenali sebagai inverted nipple dan ada yang menggelarkannya sebagai retracted nipple. Jika diperhatikan, puting tersebut berkeadaan rata dengan areola, iaitu kawasan kulit berwarna gelap di sekitar puting. 

Sesetengah wanita memang dilahirkan dengan keadaan puting tenggelam dan terdapat juga yang mengalaminya setelah beberapa tahun. Ada juga wanita yang mengalaminya pada sebelah payudara sahaja.  

Keadaan puting sebegini tidak semestinya menjadikan proses penyusuan menjadi sukar kerana bayi masih boleh menyusu di sekitar areola. Namun ianya bergantung kepada tahap masalah puting tenggelam dan proses penyusuan boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Secara anggaran, seramai 2-10 % wanita mempunyai sekurangnya satu puting yang menghadapi masalah seperti ini. 

Rawatan Puting Tenggelam 

cara atasi masalah puting tenggelam

Dalam kebanyakan kes, ibu yang mengalami masalah puting tenggelam tidak perlu bimbang kerana mereka tidak memerlukan rawatan. Cuma mungkin ibu memilih untuk menjalani rawatan bagi membetulkan puting tenggelam disebabkan keadaan puting yang sering mengganggu proses penyusuan bayi. 

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah putting tenggelam adalah:- 

1. Melalui teknik Hoffman 

Ini merupakan sejenis latihan yang boleh dilakukan di rumah secara manual bagi membetulkan puting. Letakkan ibu jari di setiap sisi puting. Tekan ibu jari secara perlahan-lahan di sekitar bahagian payudara dan jarakkannya. Ini akan menyebabkan puting menghala ke luar. Tempoh masa untuk puting kekal di posisi tersebut bergantung kepada setiap orang. 

Teknik ini banyak dilakukan oleh ibu yang mengalami masalah puting tenggelam. Dan kebanyakannya berjaya mengatasi masalah yang dialami. Bayi mudah menyusu apabila puting tidak terlalu tenggelam ke bawah. 

2. Alat Sedutan 

Ini merupakan satu cara tidak invasif bagi membetulkan puting. Ia akan memberikan tekanan rendah di bahagian puting agar dapat menyedutnya keluar. Biarkan selama beberapa minit agar puting tidak masuk semula. 

Prosesnya mungkin kelihatan seperti sakit tetapi sebenarnya tidak. Dengan melakukan secara konsisten masalah puting tenggelam dapat diatasi. 

3. Urutan 

Bagi orang lama, mengurut dapat membantu mengatasi banyak masalah terutama buat ibu selepas melahirkan anak. Mengurut bukan sahaja dapat memperbanyakkan susu ibu, bahkan membantu ibu yang mengalami masalah puting tenggelam. 

Picit di bahagian areola secara perlahan-lahan. Lakukan setiap hari dalam 1 sehingga 2 minit. Pada masa yang sama gunakan kain bersih yang lembap atau sejuk untuk meningkatkan rangsangan kawasan puting.  

4. Menyusu Anak dengan Kerap 

Meskipun puting tenggelam boleh menyebabkan proses menyusu menjadi lebih mencabar. Namun sebenarnya, bayi masih boleh menyusu di sekitar areola. Di mana puting akan masuk ke dalam mulut bayi. Lekapan kemas dan hisapan boleh membantu mengatasi masalah puting tenggelam. Stimulasi pada puting seperti membiarkan mulut bayi pada puting juga boleh membantu puting kembali pada posisi asal. 

Bagi sesetengah wanita, puting tenggelam akan kembali kepada posisi betul secara semulajadi apabila mereka hamil dan memulakan proses penyusuan. Ibu boleh berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai masalah untuk menyusu. Doktor akan mengajar ibu cara memegang bayi yang betul semasa menyusu bsekaligus dapat memperbaiki proses penyusuan. 

Bantuan Dari Alatan Yang Sesuai Untuk Puting Tenggelam

cara atasi masalah puting tenggelam

Ibu juga boleh mengatasi masalah puting tenggelam melalui penggunaan alatan yang sesuai. Alatan ini sememangnya tidak akan menyakitkan dan selamat digunakan. Ini juga sebagai alternatif terbaik bagi mengatasi masalah yang dialami oleh ibu. 

1. Pam Payudara  

Ibu boleh menggunakan pam payudara sejurus sebelum sesi penyusuan untuk membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah. Penggunaan pam ini juga dapat membantu lekatan bawah kulit dipecahkan dengan menolak puting keluar secara sekata daripada bahagian tengah. 

2. Nipple Puller 

Sejenis alatan yang boleh membantu menarik puting yang tenggelam kepada bentuk normal. Ianya tidak menyakitkan dan boleh diamalkan penggunaan alatan ini setiap hari sebelum penyusuan. 

3. Breast Shell 

Breast shell adalah produk penyusuan praktikal yang direka untuk wanita menyusu tetapi mempunyai masalah puting tenggelam, merekah atau pengeluaran susu yang terlalu banyak sehingga meleleh. Ianya adalah silikon atau plastik yang dipakai di atas payudara.  

Penggunaan Breast Shell dapat memberikan tekanan lembut di pangkal puting ibu. Ianya tidak akan menyakitkan. Boleh digunakan dari trimester ketiga saat hamil dan sekiranya sudah menyusukan boleh digunakan 30 minit sebelum penyusuan dilakukan. 

4. Nipple Shield 

Nipple Shield adalah sejenis plastik yang dilekapkan pada payudara. Pilih jenis yang lembut daripada jenama yang ada di pasaran. Caranya ialah anda menjadikan Nipple Shield ini sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu.

Adalah disarankan untuk anda mengalihkannya sebaik sahaja bayi dapat melekap pada payudara anda untuk mengelak mereka daripada terbiasa menyusu dengan Nipple Shield. Ini kerana bayi yang baru belajar menyusu mungkin akan berasa bingung sekiranya mereka dibiasakan menggunakan alat ini.

5. Nipplette/Supple cups 

Alat ini boleh membantu mengeluarkan puting dengan menyedutnya secara sekata. Ianya juga dapat memberikan pemulihan kekal untuk mengalami masalah puting tenggelam. Lebih menarik lagi, alatan ini boleh digunakan sejak hamil lagi. 

Cara Merawat Puting Kering, Luka & Melecet 

cara atasi masalah puting tenggelam
JIMAT 17% untuk Mama’s Choice Intensive Nipple Cream | HANYA RM28.90 RM23.90

Adakalanya disebabkan kesilapan merawat masalah puting tenggelam menyebabkan bahagian aerola di payudara luka. Jadi, jika ibu menghadapi masalah ini segeralah merawatnya dengan menggunakan Mama’s Choice Intensive Nipple Cream.  

Mama’s Choice Intensive Nipple Cream ini adalah produk yang halal dan diformulasi daripada bahan gred makanan seperti ekstrak kurma, shea butter dan minyak kelapa, menjadikannya selamat digunakan terutama kepada bayi. Sekiranya bayi kita secara tidak sengaja termakan krim ini semasa penyusuan ianya tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan. Keberkesanan dan keselamatan formulasi di dalam Nipple Cream kami ini telah diuji secara klinikal dan tidak akan mendatangkan kesan iritasi, alahan atau kerengsaan pada kulit sensitif. Krim ini juga sangat mudah dibersihkan. 

Tekstur krimnya sangat lembut dan ringan sekaligus memberi rasa selesa setiap kali sapuan dilakukan. Selain itu krim ini juga tidak mempunyai rasa dan aroma menjadikan bayi yang sedang menyusu lebih tenang tanpa gangguan. 

Jadi, apa tunggu lagi? Klik gambar di bawah untuk mendapatkannya atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi kami dan juga Lazada. 😊

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now