Search

Panduan Komprehensif Untuk Masalah Sakit Belakang Semasa Kehamilan

Tahukah anda bahawa kebanyakan kajian menganggarkan 50% wanita hamil menderita sakit belakang? Penting untuk diingatkan bahawa sakit belakang semasa mengandung adalah sementara. Baca lebih lanjut untuk ketahui cara-cara untuk atasi sakit belakang ketika hamil.

Selamat datang! Kami telah menyediakan panduan untuk hampir semua perkara yang berkaitan dengan masalah sakit belakang semasa hamil. Kami telah membahagikan panduan kami kepada:

Punca sakit belakang mengikut trimester anda
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah sakit belakang semasa hamil
Statistik dan fakta menarik mengenai sakit belakang semasa hamil
Bilakah anda perlu bimbang tentang sakit belakang?
Adakah sakit belakang membahayakan bayi di dalam rahim?
Adakah sakit belakang akan hilang setelah melahirkan?
Cara mengatasi sakit belakang semasa hamil

Langkau ke bahagian mana sahaja yang anda rasa paling menarik kerana artikel ini agak panjang!

Mengapa wanita hamil mengalami sakit belakang?

Sekiranya anda berminat untuk memahami mengapa anda mungkin mengalami sakit belakang semasa kehamilan, sila baca bahagian ini!

Mengapa wanita hamil mengalami sakit belakang pada trimester pertama

Sekiranya anda mengalami sakit belakang pada trimester pertama ianya mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.

Ovari menghasilkan banyak progesteron yang boleh melemahkan otot dan sendi sekaligus menyebabkan ligamen (tisu) anda lebih lentur. Kesannya, pinggang anda mungkin akan terasa sakit kerana secara perlahan anda mula merasa beban menanggung berat badan bayi.

Mengapa wanita hamil mengalami sakit belakang pada trimester kedua

Pada kehamilan bulan ke-4 hingga ke-6, rasa sakit belakang disebabkan oleh otot anda terpaksa menjadi lebih kuat untuk menyokong perut anda yang membesar.

Sendi sacroiliac yang menghubungkan pinggul (pelvis) dengan tulang belakang menjadi lebih longgar. Ini menyebabkan ibu hamil mengalami kesakitan di bahagian belakang, pinggul dan pinggang.

Mengapa wanita hamil mengalami sakit belakang pada trimester ketiga

Trimester ketiga memang berbeza!

Sakit belakang semasa trimester ketiga biasanya disebabkan oleh ukuran bayi anda yang semakin membesar. Akibatnya, saluran darah di sekitar pinggul dan punggung anda boleh menjadi mampat sekaligus memberi tekanan pada saraf anda yang menjadi punca kesakitan.

Pembesaran rahim juga memisahkan otot antara tulang rusuk dan tulang di kemaluan. Ini boleh menyebabkan ketegangan tambahan dan mengakibatkan sakit belakang.

Adakah saya akan mengalami sakit belakang?

Anda tidak semestinya akan mengalami tiga fasa kesakitan seperti di atas. Anda mungkin hanya mengalami sakit belakang pada awal atau lewat kehamilan.

Ini bergantung pada keadaan diri anda samada mempunyai sejarah sakit belakang ataupun disebabkan oleh kehamilan. Kesakitannya boleh menjadi berbeza samada dari ringan sehingga agak menyakitkan.

Sangat disyorkan untuk anda agar kerap melakukan senaman atau anda hendaklah sentiasa memastikan tidak terlalu lama dalam keadaan tidak bergerak (pegun)!

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mencegah sakit belakang semasa hamil

Tip pertama untuk mencegah sakit belakang ialah perhatikan bagaimana cara anda membongkok, duduk, mengangkat dan menurunkan barang. Membongkok dengan cara yang betul untuk mengambil barang adalah langkah penting untuk mencegah sakit belakang semasa hamil.

Agak susah untuk kami menerangkan cara berjongkok (squat)  yang betul dengan hanya menggunakan gambar dan teks sahaja, jadi kami telah menemui satu video di YouTube untuk membantu anda. Berjongkok dengan cara yang betul sewaktu mengangkat barang merupakan salah satu langkah penting untuk mencegah sakit belakang semasa hamil!

Jangan putus asa jika anda masih mengalami sakit belakang walaupun telah mengikuti langkah-langkah ini. Sebilangan besar wanita hamil mengalami sakit belakang dan langkah-langkah ini pasti dapat membantu meringankan kesakitan yang mungkin anda alami.

Statistik dan fakta menarik mengenai sakit belakang semasa hamil

Kami telah kumpulkan beberapa statistik mengenai masalah sakit belakang dalam format ringkas di bawah. Anda boleh simpan sebagai rujukan peribadi jika berminat!

Terdapat juga kes di mana sakit belakang yang dialami semasa kehamilan akan berterusan yang melibatkan kesihatan jangka panjang. Tidak semua orang akan pulih daripada kesakitan yang dialami. Oleh yang demikian, sangat penting untuk tetap kekal sihat sepanjang kehamilan anda.

Bilakah saya perlu bimbang tentang sakit belakang?

Mengalami sakit belakang merupakan tanda perubahan tubuh anda semasa kehamilan. Namun begitu, anda perlu risau sekiranya kesakitan yang dialami disertai dengan pendarahan faraj, demam atau terasa sakit ketika membuang air kecil.

Keadaan ini menunjukkan bahawa anda mempunyai jangkitan saluran kencing yang boleh mengakibatkan kelahiran pra-matang. Adalah disyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dengan kadar yang segera.

Adakah sakit belakang semasa kehamilan membahayakan bayi di dalam rahim?

Tidak, sakit belakang tidak membahayakan bayi anda. Biasanya ini hanyalah simptom perubahan yang berlaku pada tubuh anda. Namun, apa yang pasti ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang dalam hidup anda.

Peratusan wanita hamil akan terus menghadapi sakit belakang selepas kehamilan mereka (Boleh rujuk pada infografik di atas).

Cara menghilangkan rasa sakit belakang selepas bersalin

Selepas melahirkan, sakit belakang ketika hamil yang dihadapi mungkin akan hilang. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan ianya boleh digantikan dengan rasa sakit belakang selepas bersalin (postpartum back pain). Kajian menunjukkan bahawa 75% wanita hamil akan mengalami sakit belakang sebaik sahaja selepas proses kelahiran bayi.

Adalah disarankan untuk anda mengikuti langkah-langkah yang telah disenaraikan bagi mengurangkan kesakitan. Amalan yang perlu diamalkan: Terus bersenam, perhatikan cara mengangkat dan membongkok, pastikan anda tidak berkeadaan statik terlalu lama serta jangan memakai kasut bertumit tinggi.

Terdapat beberapa petua tambahan yang boleh diamalkan terutamanya selepas bersalin!

  1. Mencuba senaman yang dapat membantu meluruskan bahagian pelvik.
  2. Pastikan tulang belakang anda lurus ketika berjalan dan ketika membongkok untuk mengambil bayi anda.
  3. Tip profesional: Anda boleh mula berjalan setelah bersalin normal atau bersalin secara caesar. Bunyinya seperti tidak membantu mengurangkan rasa kesakitan dibahagian belakang anda, tetapi ianya adalah sebaliknya. Pergerakan badan sebenarnya boleh melegakan tekanan di punggung bawah anda. Tahukah anda bahawa duduk adalah postur badan yang paling berbahaya untuk tulang belakang?

Cara atasi sakit belakang ketika hamil

Ada kemungkinan biarpun anda mengikuti semua langkah yang dikongsikan tetapi anda masih mengalami sakit belakang. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan kesakitan anda:

  • Cuba tidur menghadap ke kiri bagi tujuan melancarkan peredaran darah.
  • Elakkan tekanan (stress) kerana ianya boleh meningkatkan tekanan otot dan memburukkan lagi rasa sakit belakang yang dialami.
  • Gunakan kasut yang selesa ketika berjalan.
  • Kurangkan duduk. Ini kerana ianya salah satu postur yang paling berbahaya untuk bahagian bawah punggung.
  • Elakkan membawa beban yang berat. Mintalah bantuan daripada sesiapa.
  • Melakukan aktiviti pranatal. Antaranya seperti yoga, gimnastik, dan berenang.
  • Mandi air suam untuk melegakan sakit otot.
  • Dapatkan urutan pranatal. Jangan takut untuk meminta pertolongan pasangan anda! Minyak urut pranatal yang baik dapat membantu anda berehat serta meredakan kesakitan anda.
  • Kompres bahagian belakang dan pinggul dengan air suam dan air sejuk dengan kerap. Adakah anda tahu bahawa cryotherapy (terapi sejuk) digunakan di mana-mana sahaja? Atlet menggunakannya untuk memulihkan masalah ligamen dan otot. Salah satu teknik mudah yang boleh anda cuba ialah menukar antara kompres panas dan sejuk. Anda boleh mencuba meletakkan ais di punggung selama 15 minit, diikuti dengan tuala hangat selama 15 minit berikutnya.
Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now