Search

4 Cara Mengatasi Kulit Muka Kering Ketika Hamil

Kulit muka kering semasa hamil adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh para ibu. Kulit terasa tegang dan perit, warna kulit kelihatan kusam, kering, bahkan terdapat di beberapa bahagian kulit kelihatan bersisik. Ianya memang menakutkan!

Kebiasaannya ketika sedang hamil, memang kita akan berhadapan dengan keadaan turun naik hormon yang akan mempengaruhi keadaan mood. Pada masa yang sama, kita perlu menghadapi masalah kulit kering. 

Adakah Normal Apabila Kulit Muka Menjadi Kering Ketika Hamil? 

mama kulit muka kering

Mama boleh berasa tenang sedikit kerana ya, ianya adalah perkara yang biasa dan bukan kita sahaja yang mengalaminya bahkan ramai lagi ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama. Menurut jurnal Obstetrics & Gynecology yang diterbitkan di momjunction.com, ia menyatakan bahawa perubahan pada kulit berlaku pada kira-kira 90% wanita hamil. Biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, vaskular (pembedahan), metabolisme dan keadaan imuniti semasa kehamilan. 

Secara amnya, berikut adalah beberapa punca kulit muka kering semasa hamil: 

  1. Badan mama memerlukan lebih banyak cecair semasa hamil. Fungsinya adalah untuk meningkatkan isipadu darah dan mengeluarkan oksigen. Jadi, adalah sesuatu yang semulajadi untuk ibu hamil memerlukan lebih banyak air minuman daripada biasa. Ini juga bagi mengelakkan ibu mengalami dehidrasi semasa hamil.
  2. Perubahan suhu dan cuaca. Biasanya berlaku semasa musim panas. Untuk golongan dewasa, sebanyak 8 gelas minuman perlu diambil setiap hari. Namun, ketika musim panas adalah digalakkan mengambil air minuman sehingga 2L. Ini bagi mengelakkan ibu berasa lesu dan sakit badan.
  3. Hormon yang turun naik. Ia boleh melemahkan atau merosakkan hidrolipidik yang melindungi permukaan kulit. Akibatnya, air akan menyejat dari badan dan boleh menyebabkan kulit mama menjadi kering.
  4. Membersihkan diri dengan cara berlebihan juga antara faktor kulit menjadi kering. Contoh skrub badan yang dikatakan dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati. Mama boleh skrub badan tetapi tidak boleh terlalu kerap. Begitu juga jika mandi terlalu lama. Jadi adalah disarankan tempoh mandi mama kekal di antara 5 hingga 10 minit.
  5. Kekurangan vitamin A semasa hamil boleh menyebabkan kulit kering dan menggelupas. Doktor memang sangat menyarankan kepada wanita hamil untuk mengambil makanan yang berkhasiat tinggi. Contohnya seperti buah-buahan dan juga sayuran.
  6. Kekerapan menggunakan penghawa dingin. Samada di rumah mahupun di pejabat. Udara daripada penghawa dingin sebenarnya boleh menyebabkan kulit menjadi cepat kering. Sangat disyorkan bagi ibu hamil yang selalu terdedah dengan udara penghawa dingin untuk sentiasa memakai losyen atau pelembap badan yang bersesuaian supaya kulit akan sentiasa dalam keadaan lembap.

Daripada senarai perkara di atas, poin yang pertama merupakan punca utama kulit kering semasa hamil. Ini kerana ketika hamil, mama sebenarnya akan kerap lebih rasa dahaga yang berlebihan daripada biasa. Adakalanya anda akan tidak perasan atau terlupa kerana mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti harian. Anda akan mula menyedarinya apabila melihat wajah di cermin, di mana wajah dilihat kelihatan kusam, kering dan menggelupas. 

Penyelesaian Semulajadi untuk Atasi Masalah Kulit Muka Kering Semasa Hamil 

cara mengatasi kulit muka kering ketika hamil

1. Perlu disiplin minum air setiap hari. Wanita hamil adalah dinasihatkan untuk minum 2.5 liter air sehari.

2. Mama juga perlu pastikan kulit sentiasa terhidrat bukan sahaja daripada dalam tetapi juga daripada luar. Tidak boleh tertumpu hanya pada kulit badan. Kulit muka juga patut diberi perhatian. Terutama bagi ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap kelembapan yang rendah.

produk penjagaan muka untuk kulit muka kering
JIMAT 33% untuk Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle | HANYA RM74.90 RM49.90

Untuk itu, adalah sangat disarankan untuk mama menggunakan Mama’s Choice Gentle Face Wash dan Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer. Kedua-dua formulasi produk ini direka khas untuk wanita hamil dan menyusu. Ianya tidak mengandungi paraben dan hydroquinone yang boleh merbahayakan kandungan anda.

Mama’s Choice Gentle Face Wash mengandungi ekstrak beras yang berfungsi untuk menjadikan kulit mama lebih lembap dan kelihatan berseri-seri. Selain itu, terdapat juga Hydrolyzed Collagen Extract yang berfungsi sebagai suplemen yang menyihatkan serta menjadikan kulit wajah lebih anjal. 

Baca juga: Pencuci Muka yang Selamat Digunakan untuk Ibu Mengandung

Manakala Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer pula mempunyai Hyaluronic Acid yang fungsinya mengunci kelembapan kulit daripada dalam dan mencegah tanda-tanda awal penuaan. Jadi, mama bukan sahaja dapat atasi masalah kulit muka kering bahkan mama boleh kelihatan lebih awet muda! 😉

3. Sentiasa pakai sunscreen!

Sekiranya mama membuat aktiviti di luar rumah, jangan lupa untuk pakai pelindung matahari terlebih dahulu. Untuk pengetahuan mama, Daily Protection Face Moisturizer ini sebenarnya juga boleh digunakan sebagai pelindung matahari. Ini kerana ianya mengandungi SPF 20 PA++ yang dapat melindungi kulit muka daripada sinaran matahari serta mempunyai perlindungan terhadap UVA/UVB yang menjadikan kulit wajah anda kelihatan kusam. 

Lebih menarik, Daily Protection Face Moisturizer kami tidak menggunakan sunscreen kimia dan juga tidak mengandungi Oxybenzone serta Avobenzone. Jadi, ianya sangat selamat untuk kegunaan ibu hamil dan sedang menyusu. Selain itu, ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit bermula daripada kulit kering dan berminyak hinggalah kulit kombinasi dan sensitif. 

4. Pengambilan makanan berkhasiat

makanan untuk atasi kulit muka kering

Jangan lupa untuk mengambil makanan berkhasiat untuk mendapatkan zat-zat yang diperlukan oleh badan. Pakar ada mengesyorkan untuk mengambil lemak sihat yang kita boleh dapati daripada buah aprikot, kekacang, minyak zaitun, telur, ikan, keju dan biji chia. 

Jadi, sekian sahaja perkongsian tentang cara atasi masalah kulit kering daripada kami! Harap ianya dapat membantu mama kelihatan lebih glowing dan sihat sepanjang proses kehamilan ini.

Jika mama ingin mendapatkan Face Care Series kami, anda boleh klik gambar di bawah atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi Mama’s Choice, Shopee dan juga Lazada!

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now