Search

Cara Menghilangkan Perut Buncit Wanita, Kenali 5 Jenis Perut Buncit Dahulu!

Perut buncit? Arghhh!! Memang stress. Apatah lagi kerap kali ditegur “Eh, mengandung ke?”. Hakikatnya memang bukan hamil tetapi kerana perut kelihatan buncit seperti sedang hamil. Sebenarnya masalah perut buncit yang sering terjadi dalam kalangan ibu merupakan sesuatu perkara yang normal. Ini kerana semua ibu pasti mengalaminya. Terdapat 5 jenis perut buncit yang selalu dialami oleh wanita dan jangan risau, mama! Kami juga tahu cara menghilangkan perut buncit wanita ini. Jadi, teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!

Perubahan hormon sememangnya berlaku sebaik sahaja bayi dilahirkan. Di mana rahim akan mengecut dan kembali kepada asalnya. Namun begitu proses pengecutan ini berlaku sangat perlahan, sehingga mengambil masa 6-8 minggu lamanya untuk menghilangkan perut buncit dan menggeleber selepas bersalin.

5 Jenis Perut Buncit Yang Dialami Oleh Wanita

cara menghilangkan perut buncit wanita

Sebenarnya, tidak semua ibu mengalami jenis perut buncit yang sama. Ianya berbeza dan mengikut individu itu sendiri. Antara jenis perut buncit yang sering dialami wanita yang perlu ibu tahu adalah seperti:-

1. Perut pir (Pear tummy)

Bagi mereka yang berpinggang ramping tetapi pada bahagian perutnya lebih besar dan ada lebihan lemak-lemak di pinggul biasanya buncit ini dikategorikan sebagai perut pir. Perut kelihatan seperti bentuk buah pir, disebabkan oleh lemak di bahagian peha yang sukar untuk dihilangkan

Wanita yang mengalami perut pir ini adalah disebabkan faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon.

Seperti yang kita maklum, estrogen bertanggungjawab untuk mencipta potongan tubuh feminin pada wanita apabila sudah baligh. Kita juga dapat lihat perbezaan dari segi bahagian punggung dan peha yang membentuk lebih bulat. Serta kehadiran lemak di badan sewaku hamil.

Jadi, untuk mengatasi masalah perut pir ini, anda perlu menghindari makanan tinggi lemak yang berkait rapat dengan peningkatan estrogen.

2. Perut ibu (Mummy tummy)

Biasanya perut jenis ini akan dialami oleh ibu setelah melahirkan anak. Di mana perut masih lagi kelihatan seperti hamil, biarpun setelah 3 bulan melahirkan bayi. Perut jenis ini kelihatan kendur, tiada bentuk dan menggeleber.

Faktor ini disebabkan oleh pembesaran bayi dalam kandungan sepanjang tempoh kehamilan. Selepas bersalin, otot-otot perut akan kembali bersatu secara semula jadi dan ini akan mengambil masa 5 hingga 7 bulan untuk kembalikan perut yang kempis.

3. Perut tiroid (Thyriod tummy)

Kejadian perut tiroid berlaku disebabkan oleh kelenjar berbentuk ‘kupu-kupu’ di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh dalam memproses kalori dalam makanan. Kelenjar itu bukan sahaja menyebabkan perut buncit malah ia akan membuatkan bahagian badan yang lain kelihatan membengkak.

Jika ibu-ibu mengalami masalah ini, ibu selalunya akan berasa seperti mudah sangat rasa penat, kaki sejuk dan metabolisma lambat. Ini juga mungkin petanda ibu menghadapi masalah buncit perut tiriod. Sila berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat dengan segera,

4. Perut stress (Stress tummy

Stress juga antara salah satu sebab kenapa perut menjadi buncit! Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut.

Biasanya apabila kita stress dan tidak melakukan apa-apa aktiviti fizikal, semua energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadinya, ia akan disimpan kembali sebagai lemak!

Cara mengatasi masalah perut stress ini, apa yang perlu dilakukan adalah kita perlu mengawal tahap stress dan pastikan cukup tidur. Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap juga boleh membantu untuk mengatasi masalah ini.

5. Perut kembung (Bloated tummy)

Ya! Bukan bayi sahaja yang akan mengalami perut kembung. Orang dewasa juga aboleh mengalami perut kembung yang sama. Jenis buncit ini adalah apabila perut kelihatan kempis pada awal pagi dan mula ‘mengembang’ selepas makan. Walaupun perut sudah membesar, yang menariknya berat badan akan kekal sama.

Ini disebabkan dalam proses ketika makanan dihancurkan dan menuju ke usus, bakteria yang memakan makanan tersebut akan menghasilkan gas. Dan gas itulah yang menyebabkan berlakunya ‘angin’ dalam perut.

Sekiranya bakteria usus mengalami kesukaran untuk menghancurkan makanan tertentu, ia akan melakukan fermentasi dengan menghasilkan lebih banyak gas sekaligus akak menyebabkan dinding perut menonjol ke hadapan. Disinilah berlakunya buncit akibat perut kembung.

Untuk mengatasi masalah ini, adalah tidak digalakkan untuk menikmati makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuklah hidangan pedas dan makanan yang menggunakan pemanis buatan.

6 Cara Menghilangkan Perut Buncit

Jadi ibu-ibu sekalian, anda boleh menilai sendiri jenis buncit yang dialami. Sekarang, mari kita lihat bagaimana pula cara untuk menghilangkan perut buncit ini!

1. Bersenam

cara menghilangkan perut buncit wanita

Luangkan masa dengan melakukan riadah dan bersenam. Untuk pengetahuan semua, lemak viseral berada di sekitar organ dalam yang menjadi penyebab utama untuk perut buncit. Antara cara-cara untuk menghilangkan perut buncit adalah membuat senaman untuk mengencangkan otot-otot perut seperti “sit-up” dan “plank”. Senaman ini harus dilakukan bersama strategi diet kurang karbohidrat dan lemak. Cara ini boleh mengurangkan berat badan dan kadar lemak di dalam tubuh.

2. Baiki corak pengambilan makanan

Memperbaiki corak pengambilan makanan dapat membantu untuk atasi masalah perut buncit. Ini terutama dalam mengawal pengambilan kalori setiap hari. Cuba elakkan pengambilan hidangan yang mempunyai tinggi gula dan karbohidrat. Bahkan perbanyakkan daging, susu rendah lemak dan mengandungi kalsium yang tinggi.

3. Lebihkan serat & air masak

cara menghilangkan perut buncit wanita

Pilih makanan yang sihat dan kaya dengan serat. Antaranya seperti sayur-sayuran hijau, roti gandum dan sumber-sumber serat lain. Anda juga digalakkan minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari.

4. Beri tumpuan pada kadar kalori

Memberi tumpuan kepada keseimbangan kalori secara keseluruhan harus diberikan. Ini mungkin melibatkan pengurangan pengambilan kalori dalam makanan atau membakar lebih banyak kalori melalui senaman. Indeks glikemik (GI) makanan adalah sama penting kerana makanan yang mempunyai GI rendah tidak akan menyebabkan kenaikan penggunaan insulin secara mendadak yang boleh menggalakkan pengumpulan lemak.

5. Makanan yang mempunyai herba pencernaan

Mengambil makanan yang mempunyai herba pencernaan semula jadi seperti halia boleh digunakan untuk melegakan perut yang tidak selesa. Herba-herba ini bertindak sebagai diuretik yang membantu mengurangkan cecair tambahan di dalam badan, membantu perut membebaskan kandungannya dan melonggarkan otot dalam saluran pencernaan. Pengambilan herba pencernaan semula jadi turut digunakan dalam rawatan untuk masalah sembelit.

6. Memakai Korset

cara menghilangkan perut buncit wanita corset

Melalui pemakaian korset, ianya boleh jadi salah satu cara menghilangkan perut buncit dengan lebih pantas. Apatah lagi jika ianya dilakukan secara konsisten, setiap hari tanpa culas nescaya kita akan dapat mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. Antara korset yang disyorkan adalah Mama’s Choice Body Shaper Breathable Corset. Material yang digunakan sangat ringan sesuai untuk kegunaan harian dan juga aktiviti di luar rumah.

Jom ibu, kita atasi masalah buncit yang dialami. Ayuh! Kita mulakan cara hidup hidup untuk lebih sihat dan bergaya. Boleh klik gambar di bawah untuk dapatkan Mama’s Choice Body Shaper Breathable Corset atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi kami dan Lazada ya, mama!

cara menghilangkan perut buncit wanita CTA

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now