Search

Cara Menghilangkan Stretch Mark Semasa Hamil

Stretch mark semasa kehamilan adalah perkara normal. Sering terjadi terutamanya pada mereka yang kulitnya kurang mengandungi kolagen. Walaubagaimanapun, jangan khuatir mama! Kami tahu cara untuk menghilangkan stretch mark semasa hamil.

Untuk hilangkan stretch mark sebenarnya tidak mudah ya! Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu tahu menguruskan diri sendiri dan memilih produk yang tepat untuk membantu mengatasi masalah stretch mark.

Apa itu stretch mark?

Stretch mark berlaku apabila kolagen di kulit anda pecah. Kolagen memainkan peranan penting dalam keanjalan kulit anda. Disebabkan itu, kekurangan kolagen boleh menyebabkan kulit anda menjadi rosak ketika regangan kulit berlaku sehinggalah mengakibatkan kemunculan stretch mark. Untuk pengetahuan semua, stretch mark boleh muncul di pelbagai bahagian badan. Antaranya seperti di bahagian perut, peha, pinggul, payudara, bahagian atas lengan, dan bawah pinggul. Stretch mark bukan hanya akan dihadapi oleh wanita hamil sahaja. Bahkan wanita dan lelaki biasa juga boleh mengalaminya.

Jenis stretch mark

Sebelum beralih kepada cara menghilangkan stretch mark, kita haruslah ketahui jenis-jenis stretch mark terdahulu. Sebelum kesan stretch mark muncul, kulit biasanya akan kelihatan nipis atau merah jambu. Tanda regangan pada mulanya mungkin kelihatan seperti kedutan, tetapi perlahan-lahan berubah warna dan kelihatan berbeza dari bahagian kulit yang lain.

Terdapat 2 jenis stretch mark utama:

  • Striae Rubrae: Stretch mark yang berwarna merah jambu atau merah.
  • Striae Albae: Stretch mark yang berwarna putih.

Jenis stretch mark lain termasuk:

  • Stretch mark yang berlaku akibat kehamilan, lebih dikenali sebagai Striae Gravidarum
  • Stretch mark yang berwarna kelabu atau hitam yang biasanya terjadi pada orang yang mempunyai kulit lebih gelap dikenali sebagai Striae Nigrae
  • Stretch mark yang berwarna biru tua atau keunguan juga dikenali sebagai Striae Caerulea
  • Stretch mark yang berlaku kerana kulit menipis. Ini boleh terjadi pada mereka yang menghidapi sindrom Cushing (gejala ini timbul kerana tahap kortisol yang tinggi di dalam badan). Stretch mark jenis ini juga sering disebut sebagai Striae Atrophicans

Punca dan risiko stretch mark

Stretch mark biasanya disebabkan oleh:

  1. Kehamilan: 50-90% ibu akan mengalami stretch mark semasa mengandung atau selepas kelahiran.
  2. Akil baligh: Pertumbuhan badan yang mendadak yang biasa terjadi pada golongan remaja.
  3. Perubahan berat badan yang drastik: Peningkatan atau penurunan berat badan yang mendadak boleh menyebabkan stretch mark.
  4. Perubatan: Kondisi disebabkan perubatan seperti sindrom Marfan dan sindrom Cushing
  5. Penggunaan Kortikosteroid: Penggunaan losyen dan krim yang kerap yang mengandungi kortikosteroid akan mengurangkan kadar kolagen pada kulit. Kolagen berfungsi untuk menguatkan dan menyokong kulit selain dari dapat mengurangkan risiko munculnya stretch mark.

Stretch mark boleh berlaku pada sesiapa sahaja, terutamanya wanita hamil. Tidak mudah untuk dielakkan tetapi mungkin dapat diatasi melalui penjagaan kulit yang betul. Berikut adalah 6 perkara penting yang perlu anda ketahui untuk membantu mengatasi stretch mark!

1. Tidak semua ibu mengalami stretch mark

cara menghilangkan stretch mark semasa hamil, ketika mengandung

Semasa mengandung, kulit di perut anda semakin meregang. Itulah sebabnya penting untuk melembapkan kulit anda! Kolagen juga dapat membantu menebalkan kulit anda, mengurangkan risiko stretch mark dan membantu memperbaiki kulit yang rosak.

Peningkatan berat badan juga merupakan penyebab besar terjadinya stretch mark. Bahagian-bahagian badan yang paling sering menyebabkan regangan adalah perut, pinggul, peha dan punggung.

Sebilangan besar wanita hamil – sekitar 50% hingga 90% – akan mengalami stretch mark. Walaupun kemungkinan untuk mengelakkan tanda regangan tipis, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko mereka muncul!

2. Gen boleh mempengaruhi keanjalan semula jadi kulit

cara menghilangkan stretch mark semasa hamil, ketika mengandung

Bagi sesetengah orang, hampir mustahil untuk mengelakkan kesan stretch mark semasa kehamilan.

Walau bagaimanapun, kita juga boleh mengurangkan kemungkinan munculnya stretch mark dengan mengambil tindakan semasa awal kehamilan. Menggunakan krim stretch mark atau produk berasaskan kolagen juga dapat membantu menghilangkan stretch mark jika ia muncul!

3. Kegatalan kulit boleh menyebabkan stretch mark

Kulit yang tegang biasanya akan menjadi gatal. Sekiranya anda merasakan kegatalan kulit di bahagian perut atau peha, anda harus mengambil berat tentangnya! Ini mungkin tanda bahawa stretch mark akan muncul. Daripada menggaru, cubalah melegakan kulit gatal anda dengan pelembap yang selamat seperti lidah buaya.

(Psst….Krim Stretch Mark Mama’s Choice kami diformulasikan untuk melembapkan kulit anda dan melegakan gatal. Ianya juga berkesan untuk menghilangkan stretch mark semasa hamil! Ketahui lebih lanjut di bawah.)

4. Stretch mark tidak membahayakan janin anda

cara menghilangkan stretch mark semasa hamil, ketika mengandung

Stretch mark boleh dilihat sememangnya sangat menjengkelkan. Namun begitu, ianya sama sekali tidak membahayakan janin anda!

Walaupun begitu, kebanyakan kita tentu lebih suka mengelakkan berlakunya stretch mark. Baca di bawah untuk mengetahui bagaimana anda dapat mencegahnya!

5. Cara menghilangkan stretch mark semasa hamil

cara menghilangkan stretch mark semasa hamil, ketika mengandung
JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Stretch Mark Cream | HANYA RM41.90 RM32.90

Walaupun kesan stretch mark tidak mudah untuk dihilangkan namun ianya tidaklah mustahil dengan produk yang betul! Akan tetapi, adalah lagi bagus jika anda mengambil langkah berjaga-jaga daripada kemunculan stretch mark pada awal kehamilan anda hinggalah selepas bersalin. Ikuti 3 langkah ini untuk menghilangkan atau mengelakkan stretch mark daripada muncul:

  • Melembapkan kulit anda secara konsisten, terutamanya pada kawasan seperti perut, pinggul dan peha.
  • Elakkan menggaru kulit kerana ianya boleh merosakkan kulit anda dan memburukkan lagi stretch mark
  • Gunakan produk kolagen untuk memperbaiki kulit anda. Sekaligus mengurangkan kemungkinan stretch mark daripada muncul atau menghilangkan stretch mark yang sudah sedia ada.

Kenalkan produk Mama’s Choice Stretch Mark Cream yang direka khas untuk membantu anda dengan tiga langkah! Ini kerana krim stretch mark ini mempunyai formulasi seperti:

  • Aloe Vera, yang bertindak sebagai pelembap semula jadi yang sempurna untuk kulit anda. Ia juga dapat melegakan rasa gatal!
  • Shea butter yang dapat membantu melindungi kulit anda daripada kering dan merekah.
  • Lipobelle™ Soyaglycone, ramuan hero kami! Lipobelle™ Soyaglycone berasal daripada kacang soya. Bahan ini secara semulajadi dapat meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit anda, meningkatkan ketebalan kulit hingga 12%. Dengan meningkatkan pengeluaran kolagen, Lipobelle™ Soyaglycone secara intensif dapat melindungi kulit anda dan memudarkan kesan stretch mark yang sedia ada.

Ibu hamil sememangnya perlu mengawasi bahan yang mengandungi toksin. Dan terbukti secara klinikal krim stretch mark kami adalah produk yang bebas paraben, bebas alkohol dan diuji secara dermatologi di Singapura! Lebih baik lagi, ianya diyakini halal tau, jadi anda tidak perlu risau lagi! 😊

6. Sari Yanti Juga Sukakan Mama’s Choice Stretch Mark Cream!

Celebrity Mama dan pelakon terkenal tanah air, Sari Yanti juga turut mengamalkan penggunaan Mama’s Choice Stretch Mark Cream kami! Tonton video di bawah untuk ketahui sebab kenapa Sari Yanti suka sangat dengan krim stretch mark kami.😊

7. Cara menggunakan krim stretch mark

Anda harus menggunakan krim stretch mark pilihan anda setiap pagi dan malam. Intervensi awal memang sangat membantu, sebab itulah anda harus mula menggunakan krim stretch mark secara konsisten selepas trimester pertama!

Tanda stretch mark baru selalunya akan kelihatan berwarna merah jambu atau keunguan. Umumnya, stretch mark yang berwarna ini lebih mudah pudar daripada warna yang sudah lama iaitu berwarna putih.

Sekiranya anda menggunakan Mama’s Choice Stretch Mark Cream, anda harus menggunakannya setiap kali kulit anda terasa kering atau gatal! Krim stretch mark ini direka khas untuk membantu anda menghilangkan rasa gatal dan membina kolagen yang anda perlukan untuk mengelakkan kesan stretch mark serta memudarkan kesan yang sedia ada.

Inilah dia penyelesaian untuk masalah stretch mark yang anda alami! Boleh dapatkan Mama’s Choice Stretch Mark Cream di Shopee dan Lazada!

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now