Search

Jom Tingkatkan 2 Hormon Penyusuan Ini, Ma! Pasti Susu Ibu Lebih Meriah

Mempunyai susu ibu yang banyak adalah impian setiap Mama. Untuk pengetahuan Mama, pengeluaran susu ibu sangat dipengaruhi oleh dua hormon penyusuan iaitu prolaktin dan oksitosin. Penerangan lebih jelas boleh teruskan pembacaan ya, Mama!

World Health Organization (WHO) mengesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama bayi dan penyusuan susu ibu disertai dengan makanan pelengkap sehingga 2 tahun atau lebih. Namun, didapati hanya kira-kira 44% bayi berumur 0-6 bulan di seluruh dunia diberi susu ibu secara eksklusif.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), salah satu sebab mengapa ramai Mama berhenti menyusu adalah kerana mereka merasakan mereka tidak mendapat susu yang mencukupi. Hormon penyusuan mempunyai peranan penting dalam menentukan berapa banyak atau sedikit susu ibu yang dihasilkan. Dua hormon penyusuan tersebut adalah prolaktin dan oksitosin.

Jadi, rahsia untuk mendapatkan susu ibu yang banyak adalah dengan meningkatkan kedua-dua hormon penyusuan ini.

Hormon Prolaktin

Hormon Penyusuan Prolaktin untuk Banyakkan Susu Ibu

Prolaktin berfungsi untuk menghasilkan dan mengeluarkan susu. Apabila menyusu, paras prolaktin dalam darah akan meningkat dan merangsang pengeluaran susu. Semakin kerap anda menyusu, semakin tinggi tahap prolaktin dalam badan anda. Ini sekaligus boleh meningkatkan pengeluaran susu badan anda.

Baca juga: 9 Cara Banyakkan Susu Badan Secara Semulajadi

Dalam garis panduan yang diterbitkan oleh WHO, dijelaskan bahawa prolaktin dihasilkan lebih banyak pada waktu malam. Oleh itu, penyusuan susu badan pada waktu malam dapat membantu Mama untuk mengekalkan bekalan susu pada tahap yang terbaik. Prolaktin juga boleh membuatkan Mama mengantuk, jadi ia boleh membantu Mama berehat pada waktu malam.

Hormon Oksitosin

Oksitosin ialah hormon yang boleh mencetuskan sel-sel di sekeliling alveoli (kantung penghasil susu) untuk berkontraksi. Ini supaya susu boleh mengalir keluar daripada payudara. Refleks ini juga dikenali sebagai let down reflex (LDR).

Hormon ini muncul apabila Mama berasa tenang dan gembira. Sebagai contoh, apabila Mama menyentuh bayi atau hanya memikirkannya. Namun apabila Mama sedih atau kecewa, pengeluaran oksitosin disekat dan susu mungkin berhenti mengalir.

4 Tips untuk Tingkatkan Hormon Penyusuan

Jika Mama ingin mempunyai susu yang banyak, maka penyelesaiannya adalah dengan meningkatkan hormon penyusuan. Berikut adalah beberapa cara yang boleh Mama lakukan untuk menyokong peningkatan hormon penyusuan.

1. Kerap menyusukan bayi

Kerap Susukan Bayi untuk Meningkatkan Hormon Penyusuan Susu Ibu

Jika Mama kerap menyusukan bayi ianya dapat merangsang payudara untuk mengeluarkan susu, maka hormon prolaktin juga akan meningkat. Justeru, pengeluaran susu Mama semakin melimpah ruah.

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics, Gynecologic & Neonatal Nursing (JOGNN), Mama dinasihatkan untuk menyusu atau mengepam susu 8-12 kali sehari untuk mengekalkan pengeluaran susu.

2. Luangkan lebih banyak masa dengan bayi

Sentuhan skin-to-skin secara terus dengan si kecil, atau hanya melihat senyuman bayi dan tingkah laku comel mereka boleh meningkatkan hormon oksitosin. Ini boleh berlaku kerana interaksi dengan bayi mampu membuatkan Mama berasa gembira dan santai. Jadi, berkemungkinan hormon oksitosin ibu turut akan meningkat.

3. Jauhi tekanan

Jauhi Tekanan untuk Meningkatkan Hormon Penyusuan Susu Ibu

Stress sebenarnya boleh merencatkan hormon penyusuan sehingga pengeluaran susu berkurangan. Oleh itu, elakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang sedih atau membaca berita buruk. Apa yang perlu dilakukan adalah Mama ialah anda perlu melakukan segala perkara yang boleh membuat anda berasa lebih baik dan tenang. Contohnya, Mama boleh luangkan lebih masa semasa waktu mandi dengan menggunakan air panas, menonton filem komedi atau memasang aromaterapi di dalam bilik untuk memberikan mood yang lebih baik.

4. Pengambilan makanan tertentu

Berita baik untuk Mama! Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu meningkatkan kedua-dua hormon penyusuan ini. Contohnya, daun katuk dan kurma. Mama mesti sudah familiar dengan kedua makanan ini kan? 

Menurut Dr. Ameetha Drupadi, seorang kaunselor laktasi, daun katuk mengandungi steroid dan polifenol yang boleh meningkatkan tahap prolaktin. Manakala kajian dari Iranian Journal of Nursing and Midwifery memaklumkan bahawa buah kurma mempunyai manfaat yang dapat meningkatkan oksitosin.

Baca juga: 10 Makanan yang Dapat Menambahkan Pengeluaran Susu Badan Ibu

Milk Booster untuk Meningkatkan Hormon Penyusuan

Kurma dan daun katuk adalah makanan yang sangat baik untuk diambil bagi meningkatkan hormon penyusuan. Sangat disyorkan untuk mengambil kedua-dua bahan ini bersama makanan lain yang boleh meningkatkan kualiti susu ibu seperti badam, soya dan halba.

Untuk memudahkan Mama, kini anda boleh menikmati Mama’s Choice Almond Milk Booster iaitu merupakan penggalak susu ibu dalam bentuk susu tepung badam yang mengandungi bahan semulajadi seperti halba, DHA, badam, kurma dan daun katuk.

Tahukah Mama, ianya juga merupakan milk booster pertama dengan gabungan halba dan DHA yang boleh menyokong perkembangan otak si manja. Selain itu, milk booster kami ini juga bebas daripada perisa, pewarna dan pengawet tiruan. Ianya diperbuat daripada 27.5% badam menjadikannya sesuai untuk Mama yang mempunyai alahan terhadap laktosa (lactose intolerant).

Milk Booster untuk Meningkatkan Hormon Penyusuan Susu Ibu
JIMAT 20% untuk Mama’s Choice Almond Milk Booster! | HANYA RM49.90 RM39.90

Mama’s Choice Almond Milk Booster ini dihasilkan dalam 2 perisa yang enak iaitu cokelat dan Matcha. Wah! Selepas ini, Mama boleh la feeling macam berada di Jepun! 😍

Oh! Mama juga tidak perlu risau tentang kandungannya kerana ia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan diiktiraf halal. Jadi, ianya terbukti selamat untuk diminum oleh ibu menyusu.

Apa tunggu lagi, Ma! Klik di sini untuk dapatkan Mama’s Choice Almond Milk Booster atau anda juga boleh dapatkannya di Shopee dan juga Lazada.

Mama's Choice Almond Milk Booster - cara tingkatkan hormon penyusuan susu ibu

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now