Search

Hantar Anak Ke Taska: 6 Tips Persediaan Penting Parents Wajib Ikut

Sebagai ibu bapa kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Pada masa yang sama, kita mahu menjaga emosi mereka agar sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan tidak terganggu dan pada usia yang sedang membesar sebelum memasuki alam persekolahan sebenar, kita sudah boleh perlahan-lahan memulakan dengan taska. Teruskan membaca untuk ketahui tips penting sebelum anda hantar anak ke taska di sini!

Apakah kebaikan jika anak dihantar ke taska? Salah satunya adalah kerana apabila anak dihantar ke taska secara tidak langsung mereka akan menerima input pembelajaran lebih sistematik. Bahkan anak-anak akan belajar, berehat dan bermain mengikut jadual yang telah ditetapkan. 

Di taska juga anak akan mula belajar bergaul, berinteraksi dan berkomunikasi sesama rakan sebaya. Ini dapat mengurangkan rasa takut atau meningkatkan rasa keyakinan diri anak anda. Selain itu, dengan ketiadaan ibu bapa untuk seketika ianya dapat membantu anak untuk menjadi lebih berdikari.

Taska selalunya menyediakan permainan yang sesuai untuk anak bukan sahaja mengikut tahap umur tetapi juga membantu dalam perkembangan mental dan emosi. Secara tidak langsung ianya membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani anak anda. 

6 Tips Persediaan Penting Sebelum Hantar Anak Ke Taska

anak menangis kerana hantar ke taska

Memasuki alam pra-persekolahan seperti taska merupakan dunia baru buat kanak-kanak. Apatah lagi mereka perlu membiasakan diri tidak lagi bersama dengan orang yang sentiasa bersama di waktu siang setiap hari seperti pembantu rumah, adik-beradik dan mungkin dengan ibu bapanya sendiri. Ini 6 tips yang anda boleh praktikkan sebelum menghantar anak anda ke taska atau pengasuh:

1. Perkenalkan anak dengan taska 

Salah satu cara yang ibu bapa perlu lakukan adalah membawa anak-anak melawat taska yang bakal mereka belajar. Kenalkan dengan bangunan, pintu masuk, taman permainan (jika ada), tempat rak kasut dan beg, dan sebagainya. 

Kebiasaannya, taska mempunyai warna dinding yang agak ceria dan ini dapat menarik perhatian anak-anak untuk belajar di situ. Tidak hairanlah kebanyakan taska memang akan menggunakan warna terang pada bahagian dinding sekolah mereka. Selain daripada menarik ianya juga dapat membantu anak-anak untuk menjadi lebih focus, memberi tumpuan dan perhatian. Sekaligus kanak-kanak menjadi lebih bijak, menjadikan perkembangan peribadi dan mentalnya lebih baik. 

Oh ya! Pilih taska yang berdaftar. Ini penting bagi memastikan taska yang dipilih benar-benar selamat, mempunyai penyusunan silibus yang terbaik seperti yang disyorkan dan mendapat rekomendasi daripada pihak kerajaan. Boleh semak status taska di sini MOE – Semakan Tadika Swasta.  

Ibu bapa juga boleh mendapatkan pendapat dari ibu bapa atau penjaga yang pernah menghantar anak ke taska yang dipilih. Apatah lagi sekarang ini kita berada dalam era moden di mana maklumat boleh dicapai di hujung jari. Langkah pertama untuk mencari tadika pilihan ialah dengan mencari di google atau media sosial.  

2. Terangkan pada anak kenapa perlu ke taska 

ayah terangkan kenapa perlu ke taska

Anak pastinya akan memberontak apabila dihantar ke tempat baru. Di sini betapa pentingnya peranan ibu bapa untuk menerangkan dengan jelas apakah tujuan anak ini dihantar ke taska. Mungkin anda boleh terangkan tentang manfaat apabila dapat belajar bersama guru dan juga rakan-rakan baru. 

Di samping itu, anda juga boleh terangkan keperluan anda untuk keluar bekerja bagi mencari rezeki untuk keluarga. Anak-anak jika diberi penerangan dengan jelas pasti memahami keadaan yang dilalui oleh ibu bapa mereka.  

3. Mulakan di rumah dengan jadual seperti di taska 

Jika sebelum ini anak-anak tidak biasa dengan jadual, jadinya ibu bapa boleh memulakan kehidupan di rumah dengan membuat jadual seperti di sekolah. Tetapkan waktu belajar untuk subjek tertentu, waktu bermain, waktu tidur dan waktu makan. 

Ini membolehkan anak anda berasa tidak janggal apabila perlu melalui kehidupan hariannya mengikut sepertimana jadual yang telah ditetapkan. Ianya juga salah satu latihan disiplin yang perlu dipupuk dalam jiwa anak-anak. 

Ini turut disokong oleh seorang professor di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, Julie Nelson yang ada mengatakan bahawa, “Jika kanak-kanak tidak mempunya jadual yang konsisten di rumah, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri di tadika.”

Anak-anak akan memahami apa itu tanggungjawab dan mereka akan patuh kepada jadual serta arahan dan ini sangat penting dalam membantu pembinaan karakter peribadi mereka. 

4. Berbincang dan kenali guru 

ibu berbincang dengan guru di taska

Ibu bapa perlu ada perbincangan dan juga komunikasi dua hala bersama guru. Kenali guru dan jelaskan tentang personaliti anak-anak agar mereka lebih mengenali dan mudah memahami karektor anak. 

Jika perlu, anda juga boleh terangkan kepada guru tentang cara bagaimana mendekati anak. Ini kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dan sangat mengenali anaknya. Guru yang hebat pastinya akan menjaga dan mendidik anak anda dengan cara yang terbaik. 

Sebenarnya sangat penting untuk kita sendiri lihat personaliti guru sewaktu berbincang dan interaksi bersama mereka. Tidak perlu membuat penyelidikan secara terperinci tetapi cukup sekadar temubual ringkas terutama dari segi latar belakang Pendidikan dan kelayakan serta pengalaman mereka bersama kanak-kanak.

Walau apapun hasil dapatan yang dapat dikaji tentang guru tersebut, pastikan kita juga bersedia untuk memberikan kepercayaan kepada guru untuk mengajar dan mendidik anak kita.  

5. Kenalkan guru kepada anak 

Kenalkan anak anda dengan guru di taska tersebut terutamanya guru kelas mereka. Didik anak untuk tidak malu berkomunikasi dengan guru ketika berada di taska. Contohnya, jika mereka perlu ke tandas, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada guru.  

Begitu juga jika anak anda diganggu oleh rakan sebaya, terasa lapar atau meminta bantuan. Ada baiknya untuk mendidik mereka untuk berani bertanyakan kepada guru mereka. Paling penting, didik mereka untuk bertanya atau mendapatkan sesuatu dengan cara yang sopan. 

6. Berikan kata-kata motivasi kepada anak 

ibu bapa memberi motivasi sebelum ke taska

Tanamkan kata-kata motivasi pada anak untuk menjadi orang yang berjaya. Mungkin boleh mulakan dengan pertanyaan, “apakah cita-cita awak apabila sudah dewasa nanti?” Boleh juga menaikkan semangat anak anda dengan menunjukkan pakaian seragam taskanya. “Cantik baju ini, nanti pergi taska boleh pakai baju sekolah.” 

Anak-anak secara fitrahnya suka berkawan, boleh juga memotivasikan mereka betapa terujanya jika kita dapat mengenali kawan baru mereka. Dapat bermain serta belajar bersama-sama dan sebagainya. 


Itu sahaja tips yang kami boleh kongsikan dengan parents dalam persediaan anak yang bakal ke taska. Moga dengan tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda. Percayalah! Taska yang mempunyai suasana kondusif dan penyusunan silibus terbaik dapat membantu pembesaran anak yang sihat dan hebat.😊

Parents jangan risau ya kerana Mama’s Choice akan senstiasa menemani anda di sepanjang perjalanan keibubapaan dan tumbesaran serta perkembangan si manja anda dengan produk yang selamat, semulajadi dan halal!

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang produk kami dengan harga istimewa yang ditawarkan!

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now