Search

Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil yang Ideal Di Setiap Trimester

Ibu hamil pasti menjadi runsing apabila berlakunya kenaikan berat badan yang berlebihan. Adakah mama sudah tahu, berapakah kenaikan berat badan yang ideal untuk ibu hamil di setiap trimester? Untuk keterangan lanjut boleh baca penulisan seterusnya dibawah. 

Sumber dari NCBI, ibu hamil dengan berat badan berlebihan & obesity sebenarnya berisiko mengalami komplikasi sepanjang kehamilan seperti diabetes dan hipertensi. 

Berat Badan Ideal Semasa Hamil

Kenaikan berat badan yang berlaku pada ibu hamil merupakan perkara normal. Namun demikian, ibu hamil perlu mengawalnya daripada berlakunya kenaikan berat badan yang terlalu tinggi ataupun penurunan berat badan yang terlalu rendah. Kedua-duanya boleh menyebabkan risiko yang boleh merbahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

Kenaikan berat badan yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi sepanjang tempoh kehamilan dan juga ketika proses melahirkan. Di antaranya adalah risiko hipertensi kehamilan, diabetes kehamilan, obesiti serta mengalami kesulitan ketika melahirkan anak secara normal sekaligus menyebabkan pembedahan Caesar perlu dilakukan. 

Berat badan yang terlalu rendah pula boleh menyebabkan risiko seperti bayi lahir pra-matang dan berat badan bayi yang lahir terlalu rendah. Maka, adalah sangat penting bagi ibu hamil untuk mengetahui apakah kenaikan berat badan yang normal melalui pengiraan Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) sebelum kehamilan. 

Pengiraan Penambahan Berat Badan Normal Bagi Ibu Hamil 

Sebelum mengetahui mengenai kenaikan berat badan yang normal, langkah pertama yang perlu ibu lakukan adalah mengira Body Mass Index (BMI) peribadi sebelum kehamilan. Cara mendapatkan BMI adalah melalui pembahagian dari berat dengan ketinggian badan. Berikut merupakan jadual menunjukkan kenaikan berat badan ibu hamil berdasarkan pembacaan BMI. Simpannya di dalam telefon bimbit anda untuk rujukan masa depan. 😊

jadual kenaikan berat badan ibu hamil tiap trimester

Hasil pengiraan BMI terdiri terdapat 4 kategori, iaitu underweight (berat badan rendah), normal weight  (berat badan normal), overweight  (berat badan berlebihan), dan obesiti . Keempat kategori ini memiliki jumlah kenaikan berat badan yang berbeza selama tempoh kehamilan: 

  • Underweight (<18,5 kg/m²): berat badan bertambah 12,5-18 kg sepanjang kehamilan 
  • Normal weight (18,5-24,9 kg/m²): penambahan berat badan 11,5-16kg sepanjang kehamilan 
  • Overweight (25-29,9 kg/m²): berat badan bertambah 7-11,5 kg sepanjang kehamilan 
  • Obesiti (≥30 kg/m²): penambahan berat badan 5-9 kg sepanjang kehamilan 

Setelah mengetahui BMI, mama boleh memantau kenaikan berat badan yang ideal di setiap trimester kehamilan. Ibu juga digalakkan berjumpa dengan doktor untuk konsultasi dengan merujuk BMI dan bandingkan dengan kenaikan berat badan yang mama perlukan. 

Kenaikan Berat Badan Di Setiap Trimester 

Untuk proses kehamilan yang normal, sihat dan sempurna akan mengambil masa selama sekitar 40 minggu iaitu bersamaan dengan 9 bulan. Ia kemudiannya akan dibahagikan pula kepada tiga peringkat trimester. Pada masa yang sama akan berlaku pelbagai perubahan menarik pada tubuh badan si ibu  

Setiap ibu hamil memiliki kenaikan berat badan yang berbeza. Penambahan berat badan di setiap trimester sangat penting. Ini kerana ianya berkait dengan pertumbuhan janin terutama dari segi keperluan nutrisi dan kalori yang mencukupi di dalam kandungan. 

Berikut merupakan berat badan ideal untuk ibu hamil di setiap trimester dengan merujuk kepada kategori BMI yang normal. 

kenaikan berat badan ibu hamil tiap trimester

1. Trimester pertama

Trimester pertama berlaku untuk tempoh tiga bulan yang pertama apabila proses kehamilan itu mula terjadi. Untuk info trimester pertama melibatkan minggu 1 hingga minggu 12 kehamilan. Pada trimester ini, janin masih lagi sangat kecil. Di mana janin akan mula terbentuk dan perkara pertama yang dihasilkan adalah bahagian tubuh badan penting iaitu otak, organ dan saraf tunjang. Ketika trimester pertama kehamilan ini juga, jantung janin akan mula berdegup menandakan sudah bernyawa dalam kandungan ibu. 

Berat badan ibu akan bertambah sehingga 1-2 kg. Pada fasa ini ibu mungkin akan mengalami beberapa simptom kehamilan trimester pertama termasuklah mengidam, loya serta mual, muntah-muntah, badan terasa lemah, pening atau sakit kepala, sakit di bahagian payudara, emosi tidak menentu dan berat badan semakin bertambah.  

Jangan bimbang sekiranya ibu mengalami morning sickness, ini kerana ianya tidak akan menyebabkan ibu mengalami masalah kenaikan atau penurunan badan secara mendadak. 

Apabila berat badan menurun, ibu sebenarnya akan menambah berat badan selama 6 bulan di fasa kehamilan akan datang. Namun begiitu, sekiranya ibu mengalami peningkatan berat badan di trimester pertama, maka ibu perlu mengawal berat badan pada 2 trimester berikutnya. 

2. Trimester kedua

Trimester kedua bermula pada bulan keempat sehingga bulan keenam kehamilan. Pada trimester ini, bayi anda akan terbentuk dengan lebih jelas. Paling mengujakan sekali, pada peringkat fasa ini bayi juga akan sudah mula bergerak dan mempunyai kemampuan untuk mendengar. 

Untuk ibu hamil pula, terdapat beberapa perubahan yang agak ketara pada tubuh badan anda. Ini kerana pertumbuhan dan perkembangan bayi terjadi agak ketara pada trimester kedua. Kenaikan berat badan yang normal di trimester ini adalah diantara 5,4 – 6,3 kg. 

Perut ibu sebenarnya semakin membesar disebabkan perkembangan bayi di dalam kandungan. Selain daripada perut, payudara juga akan turut mengalami pembesaran saiz daripada biasa. Sesetengah ibu hamil ketika fasa ini akan kerap mengalami kekejangan kaki dan juga mengalami perubahan kulit wajah disebabkan oleh peningkatan kadar melanin pada kulit. 

Pada minggu ke-20 kehamilan, sebenarnya ibu sudah berada separuh dalam perjalanan untuk melahirkan bayi. 

kenaikan berat badan ibu hamil tiap trimester

3. Trimester ketiga 

Ketika berada di trimester ini, bayi di dalam kandungan dianggarkan mempunyai kepanjangan sehingga 43cm daripada kepala ke tumit manakala berat sekitar 1.8kg. Untuk minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran ini, berbilion saraf mula berkembang di dalam otak bayi yang membantunya mempelajari persekitaran in-utero (dalam rahim). 

Pada fasa ini, paru-paru bayi anda hampir matang sepenuhnya. Lemak akan berterusan bertambah pada badan bayi untuk perlindungan dan kehangatan. Bayi di dalam kandungan juga akan semakin bertambah berat badan pada minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran. 

Memandangkan bayi di dalam kandungan mengisi lebih banyak ruang dalam abdomen, akan berlakunya pelbagai perubahan. Berat ibu semakin bertambah. Dan kadang-kadang ibu merasakan diri tidak stabil terutamanya dalam mencari posisi yang mudah untuk duduk atau tidur yang benar-benar dapat memberi keselesaan. Ibu juga mungkin berasa sakit atau kebas pada jari, pergelangan tangan dan kaki. 

Berat badan bayi akan meningkat pada trimester ini, namun kenaikan berat badan ibu akan berkurang daripada trimester sebelumnya, iaitu antara 3,5 – 4,5kg. Ada sebahagian ibu hamil memiliki berat badan yang normal dan yang lainnya mengalami penurunan berat badan. 

Pada trimester ini juga bayi akan mengambil ruang yang agak besar di ruang perut ibu. Hal ini menyebabkan ruang perut untuk makanan adalah lebih kecil. Sekaligus menyebabkan berat badan ibu menurun. Tentunya penurunan berat badan ini tidaklah pelik dan ianya berlaku untuk kehamilan di trimester ketiga. 

Perawatan Kulit Ketika Mengalami Kenaikan Berat Badan 

Kenaikan berat badan selama kehamilan tentunya boleh mengakibatkan masalah stretch mark pada bahagian tubuh mama. Perkara ini adalah normal dan ibu tidak perlu rasa bimbang. 

Ya! Jangan risau kerana kenaikan berat badan ibu semasa hamil akan ditemani oleh Mama’s Choice Stretch Mark Cream. Dengan formulasi bahan alami (Lipobelle soyaglicone, aloe vera, dan olive oil) Mama’s Choice Stretch Mark Cream sememangnya membantu melembapkan, mengurangkan rasa gatal, dan menjaga keanjalan kulit ibu secara intensif. 

kenaikan berat badan ibu hamil tiap trimester stretch mark cream
JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Stretch Mark Cream | HANYA RM41.90 RM32.90

Krim stretch mark kami diyakini halal dan ramuannya adalah 100% bebas daripada sebarang unsur alkohol, paraben, SLS dan bahan berbahaya yang lain. Produk yang telah diuji di makmal Singapura ini merupakan antara jenama yang mendapat permintaan yang tinggi di Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Malaysia. 

Apa yang menarik lagi, produk ini diformulasi daripada inovasi biokimia Lipobelle Soyaglycone sebagai bahan utama dan ekstrak tumbuhan semulajadi lidah buaya (aloe vera) dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan rasa kegatalan. Di samping itu, formulasi daripada kedua bahan ini juga dapat menjadikan kulit lebih lembut, elastik dan mampu menebalkan kulit anda sekaligus memberi keselesaan semasa regangan di kulit perut yang sedang berlaku. 

Selain itu, Mama’s Choice Stretch Mark Cream ini kaya dengan shea butter dan minyak zaitun yang merupakan sumber antioksida yang dapat membantu memberi kelembutan serta melembapkan kulit. Begitu juga dengan minyak jojoba yang sarat dengan vitamin E dan kolagen dapat mengawal kerosakan kulit serta mengekalkan kelembapan agar kulit sentiasa lembut selama 48 jam berterusan. 

Jadi para ibu hamil, jangan bimbang sekiranya berlaku peningkatan berat badan. Ini sebenarnya ibu yang hamil telah mencapai berat badan yang normal. Apabila ibu masih ragu atau mengalami masalah kenaikan berat badan selama kehamilan, ibu boleh mendapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah.

Oh ya! Ibu boleh dapatkan Mama’s Choice Stretch Mark Cream ini daripada laman web rasmi kami, Shopee dan Lazada! 

kenaikan berat badan ibu hamil tiap trimester stretch mark cream

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now