Search

Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome

Anda merasakan kepala bayi leper? Jaga-jaga, itu mungkin flat head syndrome! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tentang apa yang menjadi punca, bagaimana kita dapat mengesannya dan apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah flat head syndrome pada bayi.

Ketika anda menjadi ibu buat pertama kali, pastinya ada begitu teruja untuk memeluk bayi sendiri yang kini berada di hadapan mata. Dan pada masa yang sama, mungkin juga terdetik di dalam hati serta kerisauan atas perkara-perkara yang kecil, termasuklah mengharapkan bentuk kepala bayi yang dilahirkan tetap berbentuk bulat. 

Apa Itu Flat Head Syndrome Dan Bagaimana Ia Boleh Terjadi? 

kepala bayi leper, flat head syndrome

Flat Head Syndrome atau dalam kata saintifiknya ialah plagiocephaly merupakan satu kondisi di mana kepala bayi kelihatan leper atau rata di satu bahagian.

Oleh kerana tengkorak bayi masih dalam proses perkembangan dan lembut, bentuk bulat kepalanya mungkin kelihatan kurang sempurna semasa proses kelahiran. Bukan itu sahaja, apabila bayi menghabiskan sebahagian besar waktunya tidur dengan cara terlentang, duduk terlalu lama di rocking chair atau tempat duduk bayi di dalam kereta (baby car seat), ia juga boleh mengakibatkan kepala bayi menjadi leper.

Tetapi, apakah sebenarnya yang menyebabkan flat head syndrome atau plagiocephaly ini terjadi?  

Antara sebab berlakunya sindrom ini adalah kerana:- 

  • Kedudukan semasa tidur 
  • Lahir dengan kembar yang lain 
  • Penggunaan forceps atau vakum semasa bersalin 
  • Kelahiran awal (pra-matang) 

Apakah Simptom Flat Head Syndrome Yang Boleh Dilihat Pada Bayi?

kepala bayi leper, flat head syndrome 

Sekiranya anda seorang ibu kepada bayi yang baru lahir, ini mungkin salah satu perkara yang boleh menyebabkan anda berasa bimbang. Tetapi, jangan risau kerana simptom ini biasanya mudah dilihat, terutama ketika anda memandikan bayi dan kelihatan bentuk kepala bayi lebih menonjol. Jadi, cara yang tepat anda boleh kenal pasti simptom ini adalah melalui cara berikut:- 

  • Mempunyai kawasan rata atau kawasan belakang kepala yang senget ke sisi 
  • Telinga tidak rata 
  • Rambut kurang di satu kawasan 
  • Terdapat ketulan tulang yang menonjol di bahagian tengkorak
  • Hilang bahagian lembut atau juga disebut sebagai fontanel di kepala 

Sekiranya anda menyedari terdapat beberapa simptom ini pada si kecil, ada baiknya anda berjumpa dengan pakar pediatrik anak anda untuk penilaian yang lebih tepat bagi meredakan kebimbangan anda. 

Cara Mencegah Flat Head Syndrome Pada Bayi 

kepala bayi leper, flat head syndrome

Dalam kebanyakan kes, flat head syndrome biasanya akan sembuh dengan sendirinya pada usia 2 tahun. Namun, ada beberapa cara yang ibu boleh lakukan dalam membantu si kecil anda daripada menghidapi masalah kepala leper. 

1. Beri lebih banyak tummy time (meniarap) kepada bayi 

Setiap hari, beri bayi anda tummy time sekurang-kurangnya selama 30 minit. Selain memberi rehat kepada kepala bayi anda, aktiviti ini dapat membantu mengembangkan otot leher dan otot bahu agar menjadi lebih kuat. Ia juga dapat menyokong kemahiran motor bayi anda. 

2. Ubah posisi tidur bayi anda 

Satu penyelidikan mendedahkan bahawa posisi tidur yang paling selamat bagi bayi adalah dengan membiarkan mereka berbaring. Ini kerana, kedudukan ini dapat meminimumkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mendadak (SIDS). Tetapi, di sisi lain, ini juga berkemungkinan meningkatkan bayi anda menghidap flat head syndrome. Apa yang boleh anda lakukan ialah menukar kedudukan kepala bayi anda dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Sekiranya anda lebih suka menggunakan bantal, pilihlah yang direka khas untuk menyokong kepala bayi anda sekaligus mencegah kepala menjadi leper seperti bantal Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow

3. Dukung bayi anda lebih kerap

Kami tahu betapa sibuknya anda, tetapi sangat disarankan untuk menghadkan masa bayi dengan hanya berbaring atau duduk bersandar. Tidak dinafikan bouncy seat dan buaian bayi sangat berguna untuk ibu yang sibuk. Namun, jika ibu dapat pegang bayi dan membawanya berjalan-jalan di sekitar rumah atau taman adalah lebih baik. Bayi anda akan menghargai perkara baru yang ada di sekelilingnya serta ia dapat membantu menguatkan lehernya pada masa yang sama! 

Adakah Saya Perlu Bimbang Tentang Flat Head Syndrome? 

kepala bayi leper, flat head syndrome

Sindrom kepala leper boleh menjadi satu kes yang ringan sehinggalah yang lebih parah di mana kemudiannya mempengaruhi leher, telinga, mata, dan rahang. Namun, menurut jurnal ilmiah yang diterbitkan oleh Carl Cummings dari Canadian Pediatric Society, masalah ini biasanya berlaku pada bayi berusia dari awal 6 minggu sehingga 2 bulan. Ini adalah kerana di usia ini, mereka banyak menghabiskan sebahagian besar dengan waktu tidur dalam satu kedudukan. 

Berita baiknya ialah flat head syndrome pada bayi biasanya sembuh dengan sendirinya! Selain itu, kemungkinan besar anda tidak akan menyedarinya ketika rambut mereka mula tumbuh. 

Menjaga anak kecil sememangnya sesuatu yang menakutkan dan membawa kerisauan, tetapi janganlah anda berasa terlalu bimbang dan stres sehingga lupa untuk menikmati masa berharga bersama si kecil anda.

Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow

kepala bayi leper, flat head syndrome produk

Mencari bantal bayi terbaik untuk si kecil anda? Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow direka khas untuk membantu bayi anda tidur dengan selesa dan memastikan bentuk kepala bayi anda sentiasa berkeadaan bulat. 

Bantal kami dilengkapi dengan kontur cekung yang dapat membentuk keadaan kepala dengan baik, memastikan keselesaan yang maksimum dan melegakan tekanan di kepala serta leher bayi anda. Lebih menarik lagi, ianya sesuai untuk semua jenis kulit (hypoallergenic) dan terdapat dalam tiga warna menarik yang boleh dipilih. Selain daripada laman web rasmi kami, anda juga boleh mendapatkannya di Shopee & Lazada.

Adakah anda bersedia untuk mencuba bantal bayi Mama’s Choice buat si manja. Klik gambar di bawah untuk mendapatkannya sekarang ya! 

kepala bayi leper, flat head syndrome CTA

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now