Search

Pakaian Ibu Hamil Terbaik: 5 Perkara Yang Perlu Diambil Kira

Anda sebenarnya tidak semestinya perlu melalui perjalanan kehamilan anda dengan seluar dan baju besar serta longgar. Di sini kami kongsikan beberapa panduan ringkas dalam memilih pakaian ibu hamil terbaik!

Berhias cantik akan sentiasa memberi kegembiraan kepada mana-mana wanita, tidak kira berapa usia mereka. Sama ada anda meminati fesyen atau tidak, bersolek adalah sesuatu yang menggembirakan ibu. Ini kerana anda boleh mempamerkan bukan sahaja diri anda yang kelihatan berseri-seri bahkan keadaan diri yang sedang berbadan dua dengan perut yang semakin membesar. 

Selain itu, pasti kita mahu melihat kembali foto ketika hamil dan berasa kagum dengan penampilan diri yang anggun dan cantik, bukan? Kini, tidak ada masalah untuk dapatkan dress ketika hamil di Malaysia. Sememangnya banyak pilihan pakaian hamil di luar sana dan ini sangat menggembirakan ibu. Adalah penting untuk ibu mendapatkan pakaian hamil pada harga yang sangat berpatutan. 

Walau bagaimanapun, dengan begitu banyak pilihan di luar sana, ia boleh membuatkan mama berasa sedikit runsing kerana tidak tahu mahu pilih yang mana. Lagipun, proses kehamilan ini bukanlah sesuatu yang murah dengan banyak lagi kelengkapan yang lebih penting menjadikan beberbelanja untuk dress hamil yang belum tentu boleh memenuhi keperluan anda sebagai seorang ibu bukanlah idea yang bagus.

Kenapa pakaian hamil penting kepada ibu hamil? 

  • Ia dapat memastikan anda berasa selamat dan selesa 
  • Ia memudahkan untuk anda bergerak  
  • Ia dapat memberi anda lebih keyakinan 

Pakaian hamil mungkin tidak terlalu penting semasa trimester pertama. Namun, menjelang trimester kedua, sudah tiba masanya untuk anda melabur sedikit wang untuk pakaian hamil yang mampu menyokong anda sehingga akhir kehamilan anda.

5 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Ketika Memilih Pakaian Hamil 

pakaian-ibu-hamil-terbaik-baju-hamil

1. Longgar dan bebas bergerak

Walaupun pakaian ketat bukanlah pakaian yang tidak boleh dipakai oleh ibu hamil, namun bagi pakaian yang terlalu ketat kadangkala boleh menyebabkan ketidakselesaan. Pusat Perubatan Pasifik California menyatakan bahawa pakaian yang ketat boleh menyebabkan pedih ulu hati, terutamanya jika terlalu ketat di bahagian pinggang. 

Persatuan Kehamilan Amerika juga mengesyorkan agar mengelakkan memakai pakaian yang ketat kerana ia boleh meningkatkan risiko jangkitan yis di faraj. Dengan semua bahaya ini, lebih baik menggunakan pakaian yang longgar sekaligus membolehkan anda bergerak dengan bebas. 

2. Menggunakan fabrik yang mempunyai pengudaraan bagus

Sentiasa rasa lebih panas daripada waktu sebelum kehamilan adalah perkara biasa dalam kalangan ibu hamil. Oleh itu, adalah lebih baik untuk memastikan diri anda sentiasa rasa sejuk dengan memakai dress hamil yang diperbuat daripada kain yang bagus dari segi pengudaraannya. Bahan terbaik untuk pakaian wanita hamil adalah kapas, modal, dan buluh. Cuba elakkan fabrik sintetik yang boleh membuatkan anda mudah berasa panas. 

3. Elakkan pewarna dan fabrik yang berbahaya 

Terdapat banyak pilihan pakaian yang cantik, tetapi tidak semuanya selamat. Sebagai contoh, lebih baik anda tidak terlalu mengimpikan pakaian hamil yang tahan kedut. Walaupun ia memastikan pakaian anda kelihatan kemas tetapi sebenarnya ianya tidak sesuai. Kenapa? Ini kerana fabrik pakaian ini biasanya dicampurkan bersama formaldehid, bahan yang bahaya untuk ibu hamil dan juga bayi! Ia juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit seperti dermatitis. 

4. Pilih pakaian yang boleh dipakai pada bila-bila masa, di mana sahaja 

Apabila membeli pakaian hamil, anda perlu fikir ke hadapan, pilih gaya, warna dan rekaan yang boleh bertahan tanpa mengira masa. Siapa tahu? Anda mungkin memerlukannya lagi pada kehamilan seterusnya. 

Apakah jenis pakaian terbaik yang boleh bertahan rekaannya tanpa mengikut zaman? Dress A-line, potongan dengan butang ke bawah adalah salah satu daripada banyak pilihan yang cantik. Pilihlah rekaan yang lebih ringkas dan mudah untuk dipakai untuk apa jua acara.

5. Harga berpatutan 

Kelihatan cantik dan anggun tidak semestinya memerlukan kos yang besar. Terdapat pelbagai jenis pakaian dan jenama yang menawarkan pakaian yang cantik dengan harga yang sangat berpatutan. Perkara utama di sini ialah anda perlu lakukan penyelidikan dan sentiasa membandingkan harga sebelum anda membuat pembelian!

Pakaian Ibu Hamil Terbaik Yang Sesuai Untuk Cuaca Di Malaysia

pakaian-ibu-hamil-terbaik-baju-hamil-produk
JIMAT 20% untuk Mama’s Choice Maternity Casual Button Dress | HANYA RM74.90 RM59.90

Nasib baik, anda tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan pakaian hamil kasual yang cantik dan boleh digayakan di tempat-tempat tertentu. Mama’s Choice Casual Maternity Button Dress mempunyai apa yang anda perlukan sebagai pakaian hamil terbaik. 

Kasual dan selesa dengan cara gaya yang betul, Mama’s Choice Casual Maternity Button Dress adalah pakaian yang mesti dimiliki oleh semua mama yang sedang hamil. Anda boleh memakainya untuk ke kedai runcit, ataupun untuk janji temu bersama pasangan anda. 

Tidak perlu risau ketika menggayakannya kerana ia bebas daripada pewarna berbahaya dan diperbuat daripada fabrik yang menyokong pengudaraan menjadikan ia sangat sesuai untuk cuaca panas di Malaysia ini! Didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik, apa yang perlu yang dilakukan hanyalah pilih warna yang menjadi kegemaran anda!

Sudahkah anda bersedia untuk memulakan pencarian pakaian hamil terbaik di Malaysia? Klik gambar di bawah untuk mendapatkan Mama’s Choice Casual Maternity Button Dress atau anda juga boleh dapatkannya di laman web rasmi kami dan Lazada.

pakaian-ibu-hamil-terbaik-baju-hamil-CTA

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now