Search

Penjagaan Rambut Untuk Ibu Berhijab

Ibu semua pernah atau tidak mengalami rasa rambut tidak selesa kerana seharian berhijab? Rambut berbau kepam serta hapak, rasa kegatalan dan menyebabkan rasa tidak selesa. Sebab itulah penjagaan rambut adalah sangat penting untuk wanita berhijab.

Bertambah lagi ketika ini ibu pula sedang hamil. Pastinya keadaan ini membuat rasa sedikit terganggu dalam penampilan diri setiap hari. Masalah rambut semakin meruncing apabila mula mengalami keguguran rambut dan bercabang.

Kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Oh ya! Masalah keguguran rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat menjadi lebih kerap selepas bayi dilahirkan dan bukan semasa mengandung.

Punca Keguguran Rambut Pada Ibu Berhijab

Antara faktor yang menjadi punca kepada keguguran rambut adalah seperti berikut:-

1. Memakai anak tudung yang tidak menyerap peluh

Peluh yang dihasilkan di sekitar kulit kepala tidak dapat diserap dengan baik. Sekiranya ini berlaku terlalu lama, rambut ibu akan menjadi kusam, rapuh dan akhirnya mudah gugur.

2. Memakai tudung ketika rambut masih basah

Ketika rambut masih basah, keadaan di sekitar rambut akan berkeadaan lembap dan ini menyebabkan kulit kepala dan rambut tidak diberi peluang untuk “bernafas” dan kering secara semula jadi. Ini juga boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

3. Kurang minum air putih

Air menjadi petua di mana sahaja penyelesaian untuk masalah kesihatan. Jika ibu kurang minum air putih boleh juga menjadi asbab untuk rambut mudah gugur. Sangat digalakkan untuk minum air 4 hingga 8 gelas sehari kerana ianya dapat menyalurkan kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut tumbuh sihat. Ini adalah petua yang baik cara atasi rambut gugur terutamanya bagi wanita bertudung.

Penyelesaian Penjagaan Rambut Bagi Wanita Berhijab

Bagi ibu-ibu yang memakai hijab, ini adalah beberapa cadangan yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah rambut yang dihadapi selain daripada penjagaan rambut yang terbaik.

1. Pilih material tudung yang selesa

Memilih material tudung yang selesa boleh membantu mengurangkan masalah keguguran rambut ibu semua. Terutama jika ibu memakai tudung sepanjang hari di luar rumah. Contohnya, pergi ke pejabat, membeli barang dapur dan sebagainya. Pilih hijab yang serap peluh dan mempunyai pengudaraan seperti chiffon, cotton dan cotton voile.

Berpeluh sebenarnya bagus untuik kesihatan. Ini kerana berpeluh juga salah satu cara efisien untuk mendetoks badan dengan membuang bahan berkolesterol dan garam. Tetapi, berpeluh terlalu kerap ketika berhijab boleh menjadi punca masalah keguguran rambut. Satu kajian telah dijalankan dan mendapati bakteria akan muncul dari kulit kepala yang berpeluh. Seterusnya, akan terkumpul di permukaan kulit kepala. Ini boleh menyebabkan jangkitan kulat yang menyumbat liang seterusnya menjadi punca keguguran rambut.

2. Elakkan mengguna pengering rambut dengan suhu panas terlalu tinggi

Adakalanya ibu mahu segerakan proses mengeringkan rambut menggunakan pengering. Masalahnya ibu menggunakan pengering rambut dengan kelajuan dan suhu yang tinggi. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya menggunakan pengering rambut pada suhu yang tinggi boleh merosakkan rambut.

Satu eksperimen telah dijalankan dan didokumenkan di dalam Hair Shaft Damage from Heat and Drying of Hair Dryer, rambut yang dikeringkan pada variasi panas yang berbeza, iaitu, 47 ° C, 61 ° C, 95 ° C,. Dan didapati rambut yang menggunakan pengering rambut bersuhu 95 ° C mengalami perubahan dari segi struktur ultra, morfologi, kandungan kelembapan dan warna rambut.

Akibatnya, penggunaan pada suhu paling tinggi mengalami perubahan negatif pada setiap helai rambut. Untuk itu, ibu adalah disarankan untuk menggunakan kelajuan rendah hingga sederhana (yang dapat disesuaikan pada menu pilihan pengering rambut) dengan jarak 15cm dari rambut dan perlu lakukan gerakan berulang kali (tidak boleh statik).

3. Pengambilan makanan yang sihat

Rawatan rambut bagi mereka yang berhijab tidak akan berkesan sepenuhnya sekiranya ibu tidak mengambil makanan yang sihat dan kaya dengan nutrisi. Ibu disarankan mengambil makanan yang tinggi dengan protein seperti susu, kekacang, avocado dan sayur-sayuran hijau. Selain itu, ibu juga boleh menggunakan produk penjagaan rambut yang dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi.

Namun, bagi ibu-ibu yang hamil atau sedang menyusu pastinya tidak mahu mengambil risiko dengan mencuba pelbagai jenis penjagaan rambut yang boleh membahayakan diri dan janin atau si manja. Ini terutama sekiranya produk yang digunakan adalah dari bahan-bahan yang tidak selamat.

Jadi apakah bahan-bahan yang sebenarnya selamat digunakan ibu yang sedang hamil dan juga yang sedang menyusukan anak. Ya! Kita perlu produk yang menggunakan bahan-bahan yang semulajadi.

JIMAT 33% untuk Mama’s Choice 2-in-1 Haircare Series | HANYA RM77.90 RM51.90

Antara yang sangat disyorkan adalah produk Mama’s Choice Treatment Shampoo yang telah terbukti secara klinikal selamat digunakan oleh ibu hamil dan sedang menyusukan anak. Mama’s Choice Treatment Shampoo mengandungi tiga bahan semulajadi utama yang berfungsi menguatkan dari akar rambut sehingga ke hujung rambut.

Bahan semulajadi yang terdapat didalam formulasi Mama’s Choice Treatment Shampoo seperti:-

  • Kiwi bagus untuk merangsang pertumbuhan rambut baru
  • Candlenut (kukui) membantu menguatkan akar rambut sekaligus mengurangkan masalah keguguran rambut
  • Green Pea dapat memperbaiki dan memelihara kesihatan rambut.

Di samping itu, Mama’s Choice Treatment Shampoo ini juga bebas daripada bahan-bahan merbahaya seperti SLS/SLES, Ammonia, Parabens dan pewarna.

Syampu kami juga telah melalui penyelidikan dan ujian klinikal di Singapura dan terbukti ianya bebas dari racun berbahaya serta selamat digunakan bukan sahaja ibu bahkan seisi keluarga.

4. Jangan ikat rambut terlalu ketat

Rambut gugur juga boleh dikurangkan sekiranya ibu tidak mengikat rambut dengan terlalu ketat. Sudah menjadi kebiasaan, sebelum memakai anak tudung kita akan mengikat rambut bagi memastikan ianya tidak terkeluar daripada hijab yang dipakai. Namun, masalahnya jika kita mengikat rambut dengan terlalu ketat boleh menyebabkan kerosakan pada rambut. Ini kerana ikatan yang ketat pada rambut akan menarik akar rambut tersebut, sehingga membuatkan akar rambut itu lemah. Jadi sebaiknya jarakkan sedikit ikatan tersebut dengan kulit kepala

Ianya juga boleh mencetuskan gangguan kulit yang dikenali sebagai Alopecia Traction. Untuk pengetahuan ibu, Alopecia Traction adalah keguguran rambut disebabkan oleh ikatan ketat yang menyebabkan ketegangan berpanjangan atau berulang pada kulit.

Bukan hanya masalah keguguran rambut bahkan keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah kegatalan, kemerahan dan keradangan pada folikel rambut. Solusinya, ibu boleh mengikat rambut tetapi tidak boleh terlalu ketat cara yang paling baik hanya sepitkan sahaja.

5. Bebaskan rambut di rumah

Rambut juga perlukan kebebasan. Jika berada didalam rumah tanpa perlu berhijab. Ibu bolehlah lepaskan rambut secara bebas. Jika boleh rambut jangan diikat bagi memastikan rambut boleh mendapatkan pengudaraan.

Wanita yang berhijab juga berhak untuk kelihatan cantik dari luar dan dalam pada apa jua keadaannya. Apatah lagi semasa mereka hamil dan menyusu. Nah! Jangan lupa untuk gunakan Mama’s Choice Treatment Shampoo yang dapat membantu ibu semua untuk tampil berseri dan lebih yakin diri. Untuk lebih penjimatan, anda boleh dapatkan set Mama’s Choice 2-in-1 Haircare Series yang merangkumi syampu dan juga perapi rambut, dan JIMAT 33% lebih banyak! Boleh dapatkannya di Shopee dan juga Lazada ya, mama!

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now