Search

Peranan Suami Ketika Isteri Hamil: 5 Sentuhan Bahagiakan Isteri

Sentuhan suami terhadap isteri terutama yang sedang hamil untuk mengungkap perasaan cinta dan kasih sayang bukan sahaja membawa kelebihan buat kedua-duanya bahkan ia dikatakan antara petua keharmonian rumah tangga dan mengurangkan rasa tekanan. Satu kajian telah dijalankan dan mendapati peranan suami ketika isteri hamil yang ditunjukkan melalui sentuhan boleh memberi kesan langsung kepada kesihatan ibu dan bayi di dalam perut. 

Ya, apabila ayah menyentuh ibu, bayi juga akan dapat merasakan sentuhan ayahnya sebelum dia dilahirkan. Sentuhan ini juga merupakan salah satu momen ikatan antara ayah dan bakal bayi yang akan dilahirkan.  

Pelukan bukan sahaja setakat perkongsian emosi sahaja, malah lebih daripada itu. Pelukan boleh menunjukkan sokongan emosi sekaligus memberi rasa ketenangan. Tidak dinafikan hormon kehamilan yang sentiasa turun dan naik adakalanya menjadikan hidup ibu hamil menjadi sedikit huru-hara dan tertekan. Sekurang-kurangnya dengan sentuhan, rasa prihatin, dan bersedia mendengar keluhan membuatkan ibu tidak lagi berasa sendirian. Dan inilah ciri-ciri ayah yang diinginkan oleh semua ibu! 

Bagaimana Suami Memainkan Peranan Ketika Isteri Hamil? 

peranan-suami-ketika-isteri-hamil-5-sentuhan

Sentuhan bukan sahaja pada pelukan. Malah terdapat pelbagai jenis sentuhan yang boleh dilakukan oleh suami kepada isterinya saat hamil. Ada 5 sentuhan yang dapat suami lakukan serta praktikkan secara rutin setiap hari buat isteri yang sedang hamil bagi mengurangkan rasa tekanan. 

Pertama, mengusap di bahagian punggung sebelum tidur. Ini dapat membantu ibu hamil untuk tidur lebih mudah mengikut posisi awal yang paling selesa. 

Kedua, urutan di bahagian betis. Sebenarnya, semakin besar kandungan ibu hamil, semakin kerap ibu akan mengalami rasa sakit kaki. Ini disebabkan oleh kaki ibu perlu menampung berat badan yang semakin meningkat. Ayah boleh mengurut dengan tekanan lembut terutamanya pada bahagian betis. Namun, harus kami ingatkan ayah untuk tidak digalakkan mengurut telapak kaki atau menggunakan kaedah refleksologi. Ini kerana urat di bahagian kaki biasanya dihubungkan dengan pelbagai saraf di dalam badan. Melainkan urutan jenis ini telah disyorkan oleh doktor atau pakar. 

Ketiga, usap kepala mama dengan penuh kasih sayang dan cium dahinya. Ini adalah satu cara bagaimana suami dapat menunjukkan rasa prihatin terhadap apa yang telah ibu lalui. Lakukan perkara ini semasa anda meluangkan masa bersama, berbual ataupun ketika sedang mendengar keluhannya. 

Keempat, letakkan tangan anda di perut mama. Berkomunikasi dengan bayi di dalam kandungan. Secara tidak langsung, ia akan wujudkan satu ikatan dan perhubungan di antara ayah dan bayi. Contohnya, berbual dengan bayi anda dengan mengatakan padanya untuk memudahkan mama yang akan melahirkannya nanti. Ataupun beri kata-kata semangat yang indah untuk tidak sabar menemuinya kelak. 

Kelima, urut dengan tekanan yang lembut dan dapat memberi keselesaan. Ini sangat penting ya! Ini kerana jika tekanan yang terlalu kuat dapat merangsang kontraksi pramatang bagi wanita yang sedang hamil. Pastikan ayah tahu bahagian mana yang dibenarkan untuk mengurut. Biasanya, urutan terbaik adalah di bahagian dagu, leher dan betis. 

Lakukan lima sentuhan hebat di atas pada isteri tercinta pastinya sewaktu tempoh kehamilan mereka dan akhirinya dengan pelukan hangat, supaya mama tidak akan berasa keseorangan dan sentiasa rasa ditemani serta disayangi. 🥰

Ayah hebat, pilih yang terbaik. Buat yang tercinta dan masa depan keluarga.

Urutan Selesa Dengan Mama’s Choice Relaxing Massage Oil

peranan-suami-ketika-isteri-hamil-5-sentuhan-produk
JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Relaxing Massage Oil | RM43.90 RM34.90

Untuk memaksimumkan kehebatan lima sentuhan di atas, kami syorkan mama dan ayah untuk menggunakan minyak urut yang selamat terutama buat ibu hamil dan menyusu badan. Antaranya ialah Mama’s Choice Relaxing Massage Oil yang dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi. Walaupun ianya dihasilkan sebagai minyak urut, ia juga boleh dititiskan ke dalam diffuser sebagai aromaterapi. Pssttt… Ayah pun boleh gunakan minyak urut ini tau! 

Dihasilkan daripada 3 bahan utama iaitu lavendar, minyak oren dan minyak limau gedang. Terdapat banyak kebaikan dalam setiap ramuan utama Mama’s Choice Relaxing Massage Oil ini. 

Lavender 

Lavender merupakan bahan asas minyak urut yang sangat hebat. Ia sangat wangi dan juga terkenal dengan ramuan terapi yang dapat membantu menghilangkan tekanan dan kegelisahan, mengurangkan ketegangan serta mengurangkan sakit belakang. 

Minyak oren 

Minyak daripada buah oren ini adalah pelembap semula jadi, terkenal dengan khasiat sebagai pelembap dan dapat melembutkan kulit kering . 

Minyak limau gedang (grapefruit) 

Limau gedang ataupun Grapefruit adalah buah sitrus yang mempunyai aroma segar, manis dan menyegarkan. Sangat bagus untuk meningkatkan mood dan tenaga anda, terutamanya pada hari-hari ketika ibu merasa sedikit letih.  

Klik gambar di bawah untuk mendapatkan minyak urut Mama’s Choice atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi kami dan juga Lazada!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now