Search

Tips Memilih Perapi Rambut Terbaik Untuk Masalah Rambut Gugur

Pernahkah anda mengalami masalah keguguran rambut? Contohnya ketika bangun pagi, kelihatan rambut penuh bergumpal pada bantal. Ataupun ketika sedang menyikat rambut, kelihatan rambut banyak terlekat di sikat yang digunakan. Tahukah anda pemilihan perapi rambut yang sesuai adalah salah satu cara untuk atasi masalah rambut gugur? Baca lebih lanjut untuk ketahuinya!

Keadaan ini pastinya memberi rasa tidak senang kepada kita. Ini kerana apabila lama-kelamaan kepala kita akan kelihatan seperti botak disebabkan berlakunya rambut gugur yang kerap. Jadi, kita perlu fikirkan cara penyelesaian bagi mengatasi masalah ini.

Antaranya kita perlu menggunakan produk penjagaan rambut yang terbaik. Bukan sahaja dari segi pemilihan syampu, bahkan perapi juga perlulah yang dapat merawat dan mengurangkan masalah keguguran rambut.

Punca Rambut Gugur

Rambut gugur boleh berlaku disebabkan oleh faktor penuaan ataupun berlaku secara tiba-tiba. Terdapat kes keguguran rambut yang kekal dan ada juga yang bersifat sementara. Antara faktor yang menyebabkan keguguran rambut adalah seperti berikut:-

1. Genetik

Penyebab keguguran rambut yang paling biasa terjadi adalah disebabkan oleh faktor genetik dan seiring juga dengan bertambahnya usia. Pada kulit kepala yang normal, setiap kali rambut gugur ia akan diganti dengan rambut yang baru.

Tetapi pada mereka yang mewarisi masalah keguguran rambut ini kebiasaannya rambut baru yang tumbuh adalah lebih halus dan nipis. Ada juga yang tidak akan tumbuh terus.

2. Masalah kesihatan

Keadaan kesihatan juga boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut. Contohnya, orang yang menderita beberapa penyakit seperti tiroid, autoimun, jangkitan kulit kepala, barah, tekanan darah tinggi, dan masalah jantung. Mereka yang perlu melalui rawatan kimoterapi, pastinya akan mengalami masalah keguguran rambut yang ketara.

Sesetengah ubat-ubatan boleh menggalakkan keguguran rambut. Terutamanya ubat untuk cairkan darah dan ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta-blockers. Ubat-ubatan lain yang mungkin menyebabkan keguguran rambut termasuk methotrexate yang biasa digunakan untuk merawat keadaan reumatik dan beberapa keadaan kulit, litium untuk rawatan gangguan bipolar, ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen.

3. Perubahan hormon

Kehamilan adalah satu contoh perubahan hormon yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih kerap selepas bayi dilahirkan dan bukan semasa mengandung.

Ketika wanita hamil, melahirkan, berhenti menggunakan pil kontraseptif atau memasuki fasa menopaus akan berlakunya perubahan hormon dalam tubuh yang menjadi punca keguguran rambut. Perubahan hormon dalam bentuk apa pun sebabnya, terutamanya penurunan kadar estrogen boleh mengganggu kitaran hidup rambut untuk sementara waktu.

4. Keadaan psikologi

Apabila anda mengalami tekanan emosi misalnya disebabkan oleh beban kerja, kehilangan seseorang yang dekat dan apa sahaja yang membuatkan emosi anda terganggu. Keadaan ini boleh menyebabkan tubuh akan berhenti sementara untuk proses tertentu seperti pengeluaran rambut. Pertumbuhan rambut akan kembali normal setelah tekanan hilang.

Biarpun tekanan emosi bukan faktor kuat yang menyebabkan keguguran rambut tetapi ia tetap boleh berlaku, Biasanya apabila dirujuk pada psikologi, antara soalan yang juga akan ditanya, “Adakah anda mengalami masalah keguguran rambut?”.

5. Diet Makanan Berkhasiat

Mengamalkan diet yang berlebihan juga boleh menyebabkan rambut gugur. Ini kerana diet yang kurang dengan sumber nutrisi seperti protein, zat besi dan nutrien lainboleh menjadi antara faktor keguguran rambut sering berlaku. Sekiranya anda tidak mendapat protein yang cukup dalam diet anda, tubuh anda akan mengambil protein tersebut dengan mematikan pertumbuhan rambut. Ini boleh berlaku kira-kira dua hingga tiga bulan selepas penurunan dalam pengambilan protein.

6. Penggunaan produk perawatan dan penggayaan rambut yang tidak sesuai

Membuat penggayaan rambut dan rawatan rambut bertahun lamanya boleh menyebabkan rambut anda gugur. Contoh-contoh gaya rambut ekstrem termasuk braids ketat, weaves rambut serta penggunaan pelindung kimia untuk meluruskan rambut anda. Begitu juga dengan rawatan minyak panas atau apa-apa jenis bahan kimia yang keras atau tinggi boleh menyebabkan keguguran rambut.

Ini kerana amalan menggunakan bahan-bahan kimia, minyak panas sebenarnya boleh menjejaskan akar rambut. Dan apabila kerap menggunakannya, kesan yang boleh dihadapi adalah rambut anda mungkin tidak akan tumbuh kembali.

Petua Mencegah dan Mengatasi Masalah Rambut Gugur

  • Terapkan diet yang sihat. Elakkan diet berlebihan sehingga tidak mengalami kekurangan nutrisi. Diet yang betul bukan sahaja bagus untuk memiliki rambut sihat, malah untuk kesihatan keseluruhan juga. Antara makanan yang disaran pengambilannya bagi memastikan rambut mendapat nutrisi secukupnya adalah seperti salmon, yogurt, bayam, daging tanpa lemak, bijirin yang kaya dengan zat besi, dan pelbagai lagi.
  • Kurangkan penggayaan rambut ekstrem seperti menggunakan besi rata (alatan pemanasan), pengering rambut, atau pewarna rambut. Jika mahu mewarnakan rambut elakkan menggunakan ramuan yang mengandungi bahan kimia. Adalah lebih baik menggunakan bahan semualajadi seperti daun inai.
  • Elakkan mengikat rambut terlalu ketat. Apabila terlalu ketat boleh menyebabkan rambut tercabut dari akarnya. Mengikat dengan ketat juga boleh menyebabkan kepala terasa sakit disebabkan oleh tekanan dari kulit kepala.
  • Cari punca masalah tekanan yang dialami. Sekiranya disebabkan oleh hormon atau situasi dari sesuatu, cuba kawal dan elakkan. Rujuk pada doktor jika perlu terutama yang berkait dengan hormon. Jangan terlalu risau kerana ia bersifat sementara.
  • Rawat rambut dengan produk yang baik dan banyak manfaatnya. Contoh seperti pemilihan syampu, perapi, dan serum rambut yang sesuai dan selamat, tanpa bahan yang berbahaya.

Petua Memilih Perapi untuk Rambut Gugur

Apabila anda menyedari rambut mula gugur. Ini menandakan rambut anda juga memerlukan penjagaan tambahan agar tidak rapuh. Syampu sahaja sebenarnya tidak mencukupi dan anda memerlukan perapi yang terbaik khas untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

Secara umumnya kelebihan penggunaan perapi rambut:-

  • Menjaga kelembapan rambut agar lebih kuat dan kurang rapuh.
  • Memaksimumkan penyerapan faedah syampu yang digunakan sebelumnya.
  • Memberi lapisan kepada rambut untuk melindungi daripada kerosakan.
  • Mengurangkan masalah rambut kusut dan keguguran rambut.

Bukan itu sahaja, penggunaan perapi juga dapat melindungi rambut dari kerosakan akibat sinar matahari dan pencemaran udara yang berlebihan. Tetapi paling penting anda haruslah memilih perapi yang menggunakan bahan semulajadi dan selamat. Apatah lagi ketika anda sedang hamil atau menyusukan bayi.

Malangnya terdapat beberapa jenis bahan kimia yang sering dijumpai dalam perapi rambut di pasaran jari ini. Antaranya seperti: sulfat (SLS/SLES), alkohol, paraben, pewarna, pewangi, natrium klorida, dan Diethanolamine (DEA) dan Triethanolamine (TEA). Bahan-bahan ini boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan rapuh. Selain itu, penggunaan jangka panjang juga boleh memudaratkan kesihatan.

Petua terbaik untuk memilih perapi yang bagus bagi mengelakkan masalah keguguran rambut adalah dengan memberi perhatian dan mengelakkan mengandungi bahan-bahan seperti diatas. Menggunakan produk yang mengandungi bahan semulajadi boleh menjadikan rambut lebih sihat dan bermaya.

JIMAT 33% untuk Mama’s Choice 2-in-1 Haircare Series | HANYA RM77.90 RM51.90

Antara perapi yang sangat disyorkan adalah Mama’s Choice Treatment Conditioner. Perapi ini didatangkan bersama dengan formula khas yang kaya dengan bahan semulajadi seperti kiwi yang kaya dengan zink (mineral utama untuk menjaga kesihatan rambut dengan menguatkan akar), candlenut (dikenali sebagai buah keras/kemiri bagi membantu mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur) dan kacang hijau untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut.

Untuk penjagaan rambut yang lengkap, anda boleh menggunakan perapi rambut kami bersama Mama’s Choice Treatment Shampoo. Ianya bukan sahaja membersihkan rambut anda tetapi ia juga mampu menguatkan dan menyuburkan akar rambut anda kerana ia dirumus khas dengan ramuan semulajadi yang dapat merangsang pertumbuhan rambut dengan sihat.

Jangan lupa juga untuk dapatkan Mama’s Choice 2-in-1 Haircare Series ini dan nikmati penjimatan hebat melalui Shopee dan juga Lazada!

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now