Adakah anda mengalami keguguran rambut selepas bersalin? Jangan panik kerana keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara biasa dan ianya dikenali sebagai telogen effluvium. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah punca dan bagaimana anda boleh merawat masalah rambut gugur selepas bersalin, teruskan pembacaan mengenainya di dalam artikel ini.
Telogen effluvium adalah keadaan di mana keguguran rambut sementara yang mungkin disebabkan oleh tekanan yang melampau, kejadian yang menyebabkan trauma atau oleh perubahan hormon. Menurut American Osteopathic College of Dermatology, kitaran pertumbuhan rambut normal terdiri daripada pertumbuhan rambut, rehat seketika untuk beberapa bulan, keguguran dan pertumbuhan semula.
Baca juga: Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Semasa Menyusu
Tetapi dengan telogen effluvium, ianya akan mengalami “kejutan pada sistem” yang menyebabkan keguguran rambut yang banyak. Ini terjadi untuk ibu selepas melahirkan anak di mana rambut gugur dalam kadar yang banyak secara tiba-tiba.
Tahap estrogen berada di keadaan tinggi semasa kehamilan. Itulah sebabnya rambut kita kelihatan lebih tebal. Namun, setelah proses kelahiran, tahap estrogen akan berkurang. Perubahan tahap hormon inilah yang menyebabkan telogen effluvium.
Perbezaan Antara Telogen Effluvium dan Jenis Keguguran Rambut Lain
Keguguran rambut lain antaranya seperti alopecia iaitu gangguan autoimun yang biasa. Namun, tidak seperti telogen effluvium, keguguran rambut alopecia adalah tidak sekata dan hanya melibatkan satu ruang yang sama besar seperti saiz duit syiling. Antara perkara lain yang membezakan keguguran rambut selepas bersalin dan alopecia adalah seperti berikut:
- Rambut gugur biasanya di bahagian atas kulit kepala.
- Keguguran rambut yang kelihatan semasa mencuci atau menyikat rambut
- Rambut kelihatan kering dan mudah tercabut/putus.
Baca juga: Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin. Ini yang Sebenarnya Berlaku!
Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin
Rambut gugur selepas bersalin biasanya akan menjadi ketara pada empat bulan selepas melahirkan dan akan berlangsung selama kira-kira enam bulan. Jadi jangan bimbang, ibu akan tidak menjadi botak. Menjelang ulang tahun pertama anak anda, semua akan kembali normal. Tetapi jika ia adalah effluvium telogen kronik, ia mungkin memerlukan proses pemulihan yang lebih lama sedikit.
Tidak ada rawatan khusus untuk telogen effluvium, tetapi masih banyak cara untuk merawat rambut anda dalam tempoh ini. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dicuba di rumah bagi mengawal keguguran rambut selepas bersalin:
1. Lakukan Creambath atau Hair Mask
Melakukan Creambath atau memakai hair mask adalah antara kaedah yang terbaik bagi membantu menyuburkan rambut anda! Produk dengan vitamin A, vitamin E, biotin, dan folat dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut. Tambahan pula, ia dapat membantu menjadikan rambut anda kekal kuat.
Terdapat banyak pilihan mask rambut di pasaran, tetapi pilihan terbaik adalah yang menggunakan bahan semula jadi. Bahan lazim yang sering digunakan untuk creambath atau hair mask adalah lidah buaya kerana kebaikan di dalamnya. Lidah buaya sangat bagus untuk menguatkan rambut, mengawal rambut berminyak serta memberi kelegaan kepada kegatalan di kulit kepala.
2. Gunakan syampu & perapi rambut khas untuk rambut gugur selepas bersalin
Walaupun terdapat banyak syampu dan perapi rambut untuk menangani masalah keguguran rambut, tidak semuanya selamat selamat untuk ibu menyusu. Kebanyakan produk rambut menggunakan bahan berbahaya seperti paraben, SLS/SLES dan triclosan. Oleh itu, pemilihan syampu dan perapi rambut dengan teliti adalah penting untuk ibu menyusu dan hamil!
Atas sebab inilah Mama’s Choice Treatment Shampoo dan Treatment Conditioner adalah pilihan yang terbaik buat anda. Ianya dirumus khas dengan ekstrak kiwi, candlenut dan aloe vera semulajadi yang membantu mengatasi keguguran rambut dengan menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
3. Berhenti menggunakan alat penggayaan rambut
Sekiranya anda mengalami keguguran rambut selepas bersalin, anda dinasihatkan untuk mengelak menggunakan alat pelurus rambut (hair straightener) dan curling iron. Alatan penggayaan rambut yang panas boleh menyebabkan kerosakan rambut. Terutamanya jika terlalu panas, ianya boleh memburukkan lagi masalah keguguran rambut anda.
4. Gunakan Serum Rambut Gugur
Serum rambut khusus boleh digunakan bagi membantu mengatasi keguguran rambut. Penggunaan serum rambut gugur dapat menyuburkan dan meningkatkan kesihatan rambut anda secara keseluruhan.
Masalah rambut gugur selepas bersalin boleh mengurangkan rasa keyakinan seseorang. Tetapi, jangan risau ibu-ibu sekalian. Seperti yang kita semua ketahui, tekanan juga boleh mempengaruhi hormon anda dan memburukkan lagi masalah keguguran rambut yang dialami.
Sebaiknya, nantikan kehadiran bayi baru anda dan nikmati setiap saat sebagai ibu! Biarpun anda akan mengalami masalah keguguran rambut selepas proses melahirkan.
Memperkenalkan Mama’s Choice Strengthening Hair Serum
Mama’s Choice Strengthening Hair Serum dapat mengurangkan keguguran rambut hingga 71% apabila digunakan secara konsisten! Diperbuat khas daripada bahan semula jadi seperti Kiwi, Green Pea dan Candlenut yang kaya dengan vitamin serta terkenal dalam membantu mengurangkan keguguran rambut dan pada masa yang sama dapat menguatkan akar rambut dengan berkesan. Apa yang lebih istimewa tentang Mama’s Choice Strengthening Hair Serum ini, ianya adalah serum tanpa bilas – menjadikannya sesuai untuk ibu bekerja yang sibuk!
Selain kemampuannya untuk mengurangkan keguguran rambut, serum rambut kami juga dapat merangsang pertumbuhan rambut baru dengan memberi khasiat pada kulit kepala hingga ke hujung rambut anda. Tidak kira apa masalah atau jenis rambut yang anda anda alami, Mama’s Choice Strengthening Hair Serum adalah penyelesaiannya!
Ini kerana serum rambut kami bebas dari bahan kimia berbahaya seperti paraben, alkohol dan silikon yang boleh mengeringkan rambut anda dengan teruk! Dan yang paling penting, Mama’s Choice Strengthening Hair Serum ini diuji secara dermatologi jadi, ianya 100% selamat digunakan untuk kulit sensitif, ibu menyusu dan ibu hamil. 💗
Untuk hasil maksimum bagi mendapatkan rambut sihat, kuat dan tebal semasa hamil dan menyusu, adalah disyorkan untuk anda menggunakannya bersama Mama’s Choice Treatment Shampoo and Mama’s Choice Treatment Conditioner. Jimat sehingga 34% lebih banyak apabila anda mendapatkan Hair Loss Haircare Essentials Bundle yang merangkumi satu set syampu, perapi dan serum rambut kami.
Produk-produk ini boleh didapatkan dari laman web rasmi Mama’s Choice, Shopee dan Lazada.
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3