Search

8 Cara Memilih Krim Stretch Mark yang Halal

Pemilihan produk yang benar-benar dijamin halal adalah sangat penting tau, mama! Lagi-lagi jika anda sedang hamil dan menyusu badan. Kita harus menjadi lebih teliti dengan penggunaan bahan di dalam produk yang digunakan setiap hari seperti produk penjagaan kulit krim stretch mark. 

Untuk pengetahuan semua, perkataan halal itu sendiri berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Manakala takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah produk atau bahan yang digunakan tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak. 

Ianya juga tidak boleh mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis dan tidak bersih mengikut Hukum Syarak. Contohnya ia tidak boleh mengandungi sebarang bahan yang berasal daripada haiwan seperti lemak haiwan, darah dan banyak lagi. Selain itu, ia juga tidak boleh mengandungi bahan berbahaya seperti alkohol, air kencing dan lain-lain. 

Tambahan pula tempat, cara dan bagaimana produk itu diproses perlulah dalam keadaan bersih dan menggunakan apa-apa alat yang bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak. Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar tidak mengandungi bahan yang dilarang oleh agama Islam. 

Kepastian Status Halal di Malaysia

Di Malaysia, dalam mendapat kepastian status halal sesuatu produk, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menjalankan pengauditan dokumentasi dan lapangan di kilang yang memohon pensijilan Halal Malaysia berlandaskan konsep halalan toyibban iaitu bersih, suci dan selamat. 

Pengauditan ini bermula daripada proses semakan dokumentasi bagi bahan ramuan yang terlibat dan sistem yang dijalankan oleh pihak syarikat sehingga pengauditan lapangan yang akan melibatkan 4 peringkat iaitu:

  1. Ketika proses penerimaan bahan mentah 
  2. Semasa pemprosesan 
  3. Kaedah penyimpanan 
  4. Cara pengedaran produk 

Pihak syarikat yang ada mematuhi piawaian halal seperti yang termaktub dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Standard yang berkaitan adalah layak menerima sijil halal dan boleh menggunakan logo halal Malaysia pada pembungkusan produk dan premis makanan. 

8 Cara Memilih Krim Stretch Mark yang Halal

Untuk para mama yang hamil, pastinya memerlukan krim stretch mark bagi mengurangkan kesan regangan dan dapat melegakan rasa kegatalan. Jadi apakah ciri-ciri yang perlu ada pada produk stretch mark bagi menyakinkan kita ianya betul-betul halal?

1. Mempunyai logo pengiktirafan halal

logo halal malaysia

Untuk menyakinkan penggunaan sesuatu produk, kita perlu pastikan terdapatnya tanda halal di pek pembungkusan. Seperti di Malaysia, logo halal adalah daripada pihak JAKIM. Manakala untuk Indonesia, ianya daripada Majelis Ulama Indonesia (MUI). Peranan JAKIM dan juga MUI adalah sama sebenarnya iaitu bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah benar-benar halal dan sekiranya benar, pihak agensi ini akan memberi pengiktirafan melalui pemberian pensijilan halal serta logo halal perlu dipamerkan di pembungkusan produk tersebut. 

Seperti yang kita maklum, Lembaga Kajian Makanan, Dadah dan Kosmetik, Majlis Ulama Indonesia (LPPOM MUI) merupakan agensi yang bertanggungjawab menyediakan pensijilan halal di Indonesia. Seperti juga di JAKIM, untuk dapatkan label logo halal dari LPPOM MUI ni prosesnya bukannya mudah. Produk harus melalui pelbagai peringkat pensijilan produk yang prosesnya agak panjang, bukan itu sahaja ianya juga melihat dari segi kredibiliti pengeluar dan proses pembuatannya juga. Untuk lebih rasa yakin mama juga boleh menyemak jika krim stretch mark yang anda gunakan adalah halal di laman web rasmi LPPOM MUI dan JAKIM.

Perlu diingatkan tidak semua krim stretch mark adalah berstatus halal. Mama perlu peka dan mengambil tahu kenapa dan bagaimana sesuatu produk itu boleh mendapat pengiktirafan halal. Ianya tidak mudah seperti disangka. 

2. Komposisi ramuan selamat dan semulajadi

ramuan selamat dan halal

Ada juga yang mempertikaikan tentang kenapa ramuan yang tidak halal tidak boleh digunakan walaupun hanya pada bahagian luaran? Tetapi perlu diingatkan setiap komposisi ramuan yang digunakan perlulah benar-benar selamat dan tidak mempunyai unsur-unsur daripada sumber yang haram dan bahaya. Walaupun tidak dimakan secara langsung seperti makanan, bahan ini boleh masuk ke dalam badan jika ia diserap oleh kulit dan boleh masuk ke dalam saluran darah. 

Menurut MUI, beberapa bahan yang dihukum haram sebagai bahan penjagaan diri dan kecantikan, antaranya seperti: 

  • Gliserin haiwan, iaitu lemak gliserin yang diambil daripada haiwan 
  • Plasenta. Biasanya boleh didapati dari manusia, kambing atau lembu. 
  • Sodium heparin yang datangnya dari khinzir 
  • Alkohol yang daripada industri arak/khamr. 

3. Tidak semua produk alkohol adalah haram

alkohol tidak semestinya haram

Menerusi sumber dari laman web rasmi MUI, alkohol yang bukan diperbuat daripada industri arak sama ada hasil sintesis kimia atau penapaian dianggap halal untuk digunakan sebagai bahan kosmetik atau rawatan badan yang lain. Dengan kata lain penggunaan alkohol yang tidak membahayakan kesihatan. 

Ramuan yang menjadi haram apabila ianya boleh memabukkan dan sebagainya. Selain itu, sebarang produk yang dicemari sumber haram juga diharamkan pengambilannya. 

Dalam sesetengah gabungan komposisi produk, alkohol dalam kosmetik atau penjagaan badan ianya lebih berfungsi sebagai pelarut atau bahan yang menjadikan produk menyerap lebih cepat ke dalam kulit. Selagi ianya tidak merbahayakan dan selamat digunakan tidak menjadi masalah. 

Namun, adalah lebih baik kita memilih krim stretch mark yang langsung tidak mempunyai kandungan alkohol sama sekali.

4. Terdaftar di Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain berstatus halal, krim stretch mark juga perlu dipastikan benar-benar selamat digunakan. Salah satu penanda aras keselamatan produk ialah produk ini telah lulus ujian seperti yang disyaratkan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdapat beberapa peringkat ujian akan dilakukan bagi menentukan sama ada semua komposisi yang terkandung dalam produk adalah benar-benar selamat untuk digunakan dalam tempoh jangka masa panjang. Nombor KKM selalunya adalah tertera pada pembungkusan produk. 

Anda boleh menyemak jika jenama krim stretch mark anda tersenarai dalam kelulusan KKM di sini.

5. Semak kredibiliti pengeluar

kredibiliti pengedar untuk disahkan halal

Perlu juga diberi perhatian kepada pelbagai maklumat yang tertera pada pembungkusan produk stretch mark. Mama boleh melihat sendiri formulasi bahan yang digunakan, secara tidak langsung kita boleh lihat dari segi ketelusan dan kredibiliti pengeluar produk dalam berkongsi maklumat tentang komposisi bahan yang digunakan.

Begitu juga dengan adanya kaedah penggunaan yang disyorkan. Paling penting perlu dilihat pada tarikh akhir penggunaan produk. Ini bagi memastikan krim stretch mark yang digunakan adalah selamat. Sekiranya ada tarikh pembuatan dari kilang ianya lebih bagus dan lebih menyakinkan. 

6. Semak melalui badan pensijilan yang berkaitan

Jika produk stretch mark tersebut tidak mempunyai lesen di Malaysia, di luar negara juga terdapat beberapa institusi rasmi yang boleh mengeluarkan pensijilan halal. Seperti Indonesia, yang mempunyai pensijilan LPPOM MUI atau Kumpulan Pengguna Muslim di Amerika Syarikat. Kedua-dua institusi ini telah mendapat lesen sebagai institusi antarabangsa yang boleh menyediakan senarai produk kecantikan dan diri yang mendapat status halal. 

7. Pilihan bahan yang semulajadi

Adalah lebih mudah jika mama memilih krim stretch mark yang memang dihasilkan daripada bahan semulajadi. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia yang agak kontroversi dari segi hukum halalnya. Selain lebih memberi keselesaan ianya juga tidak mendatangkan kesan sampingan. Kebiasaannya, krim stretch mark yang semulajadi selalunya menggunakan bahan-bahan semulajadi daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan bukannya haiwan. 

Ada juga hal-hal yang menjadikan ekstrak daripada enzim atau zat daripada haiwan yang sentiasa menjadi perdebatan halal atau haram ialah: 

  • Adakah haiwan tersebut merupakan haiwan yang terang-terang dianggap najis dan haram untuk dimakan contohnya babi dan anjing. 
  • Jika haiwan yang digunakan dikategorikan halal, adakah proses penyembelihan haiwan mengikut syariat agama Islam ataupun tidak.

8. Cruelty-free 

cruelty-free logo

Memilih krim stretch mark yang bebas daripada kekejaman terhadap haiwan (cruelty-free) juga amat disyorkan tau, mama! Ini bermakna krim stretch mark yang mama gunakan itu bebas daripada kekejaman terhadap haiwan atau eksperimen terhadap haiwan, baik dalam proses pembuatan, pengujian dan pemprosesan bahan mentah. 

Salah satu cara untuk sahkah jika krim stretch mark yang mama gunakan itu adalah cruelty-free atau tidak ialah dengan semak jika ianya mempunyai logo pensijilan Leaping Bunny (pada produk yang ‘vegan’) dan logo Animal Cruelty-Free (ACF) yang dikeluarkan oleh People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).

Jadi secara tidak langsung kandungan didalam krim stretch mark akan lebih mudah diserap dan kesihatan kulit sentiasa terjaga. Pelbagai jenama yang sememangnya cruelty-free akan mencari bahan sintetik dan alternatif lain yang lebih natural dan selamat untuk menghasilkan warna menarik yang terkandung dalam produk penjagaan diri dan kecantikan yang dihasilkan. 

Mama’s Choice menawarkan produk penjagaan yang halal, selamat dan semulajadi. Seluruh komposisi dalam produk kami adalah dipilih daripada bahan semulajadi yang berkualiti, teruji, dan disahkan halal secara rasmi daripada MUI. 

Temui Stretch Mark Cream yang Halal Pertama di Malaysia

stretch mark cream halal pertama di malaysia
Klik untuk JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Stretch Mark Cream | HANYA RM41.90 RM32.90

…..

Ya, betul mama! krim stretch mark kami adalah produk pertama di Malaysia yang disahkan halal secara rasmi. Pensijilan halalnya didaftar di MUI dan diiktiraf oleh KKM. Ini kerana kami tidak langsung menggunakan bahan yang terlarang atau membahayakan ibu dan bayi! Formulasinya hanya diperbuat daripada ekstrak semulajadi tumbuh-tumbuhan seperti aloe vera, minyak zaitun dan minyak jojoba yang mampu mengekelkan kelembapan kulit dan mengurangkan kegatalan kulit dengan selamat.

Lebih menarik lagi, ianya diformulasikan dengan inovasi baru iaitu Lipobelle™ Soyaglycone yang diperolehi daripada kacang soya yang mampu menebalkan kulit anda sehingga 12% untuk melindungi kulit anda daripada meregang secara berlebihan! Ia juga mampu meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit anda.

Dari segi pemprosesannya pula, kami sangat teliti dalam pemilihan bahan daripada sumber yang sahih dan diyakini halal. Oleh itu, Mama’s Choice Stretch Mark Cream ini tidak mempunyai sebarang toksin berbahaya seperti paraben, SLS, alkohol dan ianya telah diuji secara dermatologi di makmal Singapura supaya ianya selamat digunakan untuk semua mama! Jadi, mama tidak perlu bimbang jika anda mempunyai kulit yang sensitif! 🥰

Kami sangat utamakan ketelusan dalam ramuan yang digunakan dalam setiap produk kerana kami tahu perjalan kehamilan bukanlah perkara yang mudah dan kami ingin bantu mengurangkan sedikit kerisauan anda. 💖 Jadi, semua bahan yang kami gunakan untuk krim stretch mark ini telah pun kami senaraikan di laman web rasmi untuk rujukan anda. Anda boleh klik di sini untuk rujuk.

Untuk dapatkan Mama’s Choice Stretch Mark Cream, anda boleh pergi ke Shopee, Lazada atau laman web rasmi kami, ya!

Kami harap selepas ini, mama tidak perlu bimbang lagi jika produk penjagaan anda adalah disahkan halal atau pun tidak. Mama hanya perlu ikut 8 langkah di atas untuk semak!

stretch mark cream halal pertama di Malaysia

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now