Search

Cara Penjagaan Rambut Gugur Semasa Mengandung

Pasti ramai mama bersetuju apabila kita kaitkan rambut itu adalah mahkota wanita, Jika rambut sihat dan lebat, walaupun tanpa solekan, ibu tetap akan tampil cantik dan menawan. Begitu juga ketika waktu hamil, rambut mama masih memerlukan penjagaan cuma ianya perlu dilakukan dengan cara yang selamat. Ada juga sesetengah ibu hamil mengalami masalah keguguran rambut. Jangan risau! Teruskan membaca untuk ketahui cara penjagaan rambut gugur semasa mengandung.

Penjagaan Rambut Asas untuk Wanita Hamil 

Seperti mana-mana bahagian badan yang lain, rambut boleh tumbuh dengan baik jika ia diberi nutrisi yang betul. Semasa hamil banyak nutrien akan diserap oleh janin jadinya, untuk sesetengah ibu mungkin mengalami masalah keguguran rambut yang teruk dan rambut menjadi tidak bermaya. 

Jika mama mengalami masalah seperti di atas, apakah yang boleh dilakukan? Adakah mama masih boleh mengembalikan kecantikan rambutnya? Mestilah boleh, mama! Ikuti beberapa langkah mudah penjagaan rambut dengan cara yang selamat khas untuk mama yang sedang hamil. 

cara penjagaan rambut gugur semasa mengandung

1. Cuci rambut 

Ibu perlu mencuci rambut menggunakan syampu yang sesuai. Ia perlu dilakukan dengan kerap supaya rambut anda bebas daripada kelemumur, lebih-lebih lagi jika anda kerap berpeluh. Kekerapan mencuci adalah mengikut jenis rambut yang dimiliki. Sekiranya rambut cukup lembap, ia boleh dilakukan setiap hari. Tetapi jika rambut agak kering, adalah disyorkan untuk mencuci rambut 2 hari sekali sahaja. 

2. Melembapkan rambut 

Perapi rambut adalah produk penjagaan rambut yang setiap ibu hamil wajib ada. Jangan katakan, “Saya telah mencuba segala cara untuk mengatasi masalah keguguran rambut” jika mama tidak menggunakan perapi rambut dengan kerap. ☝🏻

Anda akan dapat merasai sendiri perubahan ketara pada rambut dengan penggunaan perapi rambut setiap hari, ini kerana dengan perapi rambut ianya boleh: 

  • Memperbaiki kutikula rambut yang terbuka. 
  • Mengekalkan kelembapan rambut agar lebih kuat dan tidak rapuh. 
  • Memaksimumkan penyerapan kebaikan syampu yang digunakan sebelum ini. 
  • Memberi lapisan kepada rambut untuk melindungi daripada kerosakan akibat penggayaan (styling) dan pencemaran. 
  • Mengurangkan kekusutan dan keguguran rambut.

Baca juga: Tips Memilih Perapi Rambut Terbaik Untuk Masalah Rambut Gugur

3. Menyuburkan rambut 

Setelah rambut anda bersih dan lembap, sudah tiba masanya untuk memberikannya khasiat tambahan dengan penggunaan serum atau tonik. Serum atau tonik rambut mengandungi nutrien tambahan yang boleh merangsang pertumbuhan rambut, menjadikannya tebal dan mudah diurus. 

Semuanya Sudah Dilakukan Tetapi Rambut Masih Gugur? 

cara penjagaan rambut gugur semasa mengandung

Mungkin punca masalahnya terletak pada pilihan produk penjagaan rambut harian mama seperti jenis syampu, perapi rambut dan juga vitamin rambut yang digunakan.

Syampu, perapi dan vitamin rambut di pasaran umumnya mengandungi bahan kimia yang kuat seperti: phthalates (parfum), SLS (agen pembuih), silikon dan paraben (pengawet). Bayangkan jika bahan ini diserap ke dalam rambut setiap hari. Daripada ianya sihat, rambut mama akan menjadi kering, rapuh dan gugur. 

Bahan-bahan ini juga boleh mengganggu hormon dan kesihatan wanita hamil dan juga bayi dalam kandungan. Oleh itu, mari kita semak semula produk penjagaan rambut yang mama gunakan! 

Lebih banyak produk penjagaan rambut semulajadi yang anda gunakan, lebih sihat rambut anda!

Syampu dan Perapi Rambut yang Selamat untuk Wanita Hamil 

cara penjagaan rambut gugur semasa mengandung
JIMAT 34% untuk Mama’s Choice Hair Loss Bundle | HANYA RM121.90 RM79.90

Memilih syampu dan perapi rambut yang bebas daripada bahan kimia berbahaya dan mengandungi nutrien semula jadi adalah cara terbaik untuk memulihkan kecantikan rambut mama. 

Mama’s Choice Shampoo dan Conditioneradalah rangkaian penjagaan rambut yang dirumus khas untuk merawat masalah rambut wanita semasa hamil dan selepas bersalin. Kedua-dua produk ini mengandungi kiwi, candlenut dan kacang hijau yang berfungsi secara semula jadi untuk menyuburkan dan menguatkan akar rambut serta merangsang pertumbuhan rambut baru.

Menguatkan Rambut dengan Penggunaan Serum Rambut 

cara penjagaan rambut gugur semasa mengandung

Bukan sahaja mama perlu menggunakan syampu dan perapi rambut, anda juga boleh menjadikan rambut lebih sihat dan memulihkan kekuatan rambut dengan penggunaan Mama’s Choice Strengthening Hair Serum. Vitamin rambut yang berasaskan tumbuhan ini kaya dengan manfaat candlenut, kiwi, dan kacang hijau yang sesuai untuk semua jenis rambut. Paling penting ianya adalah 100% selamat untuk wanita hamil dan menyusu. 

Dengan formulasi yang mudah diserap dan hebat, Mama’s Choice Hair Strengthening Serum dapat menyihatkan, menguatkan, dan melindungi rambut dan kulit kepala. Hasilnya, keguguran rambut akan berkurangan sehingga 71% dan rambut anda akan tumbuh lebih lebat! 

Cuba sendiri dan rasai perubahan ketara dalam kecantikan rambut anda selepas menggunakan rawatan rambut Mama’s Choice yang ternyata lebih selamat, halal dan semulajadi! 

Tips Ekstra Penjagaan Rambut Semasa Mengandung

1. Bolehkah ibu hamil mewarnakan rambut? 

Adalah disarankan untuk menunggu selepas trimester pertama sebelum ibu hamil terdedah kepada bahan kimia. Dan sebelum mewarnakan rambut mama, pastikan produk yang digunakan adalah bebas ammonia, bebas paraben dan bebas PPD. 

2. Apakah teknik syampu yang betul? 

Sebaiknya gunakan air bersuhu sederhana hingga sejuk untuk mencuci. Ini kerana air panas boleh merosakkan lapisan rambut ibu. Semasa proses mengeringkan, elakkan menggosok rambut ibu dengan tuala terlalu kuat. Sebaiknya hanya tepuk secara perlahan-lahan. 

Selain itu, anda disarankan untuk menghilangkan kekusutan rambut sebelum syampu. Caranya dengan menyikat rambut sebelum syampu. Jika anda syampu rambut ketika rambut masih lagi kusut, ia boleh menyebabkan lebih banyak berlakunya keguguran rambut. 

3. Bolehkah saya menggunakan alat pelurus atau pengering rambut? 

Sebaiknya berhenti buat sementara waktu menggunakan alat penggayaan rambut yang menggunakan haba selagi rambut anda masih gugur dan rosak. Jika rambut sudah kembali sihat semula, mama boleh guna sekali sekala selepas memakai serum rambut. 

4. Apakah pilihan makanan terbaik untuk mengatasi masalah rambut? 

Mama disarankan mengambil makanan yang tinggi protein seperti ikan, kekacang, soya dan daging. Makanan tinggi protein kaya dengan vitamin B12 yang dapat membantu menguatkan dan pertumbuhan rambut yang sihat. 

Demikian tips dan maklumat tentang penjagaan rambut yang selamat untuk ibu semasa hamil. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda! Klik gambar di bawah untuk mendapatkan serum rambut kami atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi dan Lazada.

cara penjagaan rambut gugur semasa mengandung

SHARE THIS POST

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Featured Article
Card image
Kepala Bayi Leper? Itu Namanya Flat Head Syndrome
Learn more
Card image
Relieving Breastfeeding Pain: The Common Causes and...
Learn more
Card image
Tips To Breastfeed Your Teething Baby Comfortably
Learn more
Card image
Best Food To Eat To Prevent Stretch Marks
Learn more

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now