Ibu pernah dengar mengenai eklampsia? Ianya adalah antara penyakit yang paling ditakuti semasa hamil.
Eklampsia merupakan serangan sawan akibat tekanan darah tinggi ketika hamil. Penyakit ini agak serius kerana ibu boleh mengalami pelbagai masalah termasuklah kerosakan organ seperti otak, hati dan ginjal. Selain itu, eklampsia juga boleh menyebabkan pendarahan, koma, strok dan kematian. Anak di dalam kandungan juga boleh mengalami masalah pramatang dan kematian. Perlu diingatkan, eklampsia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa dan di mana sahaja.
Menurut pakar perubatan, eklampsia ini bermula dengan masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi ketika hamil. Terdapat tiga kumpulan pesakit darah tinggi ketika mengandung ini iaitu hipertensi yang telah sedia ada sebelum hamil, masalah hipertensi yang bermula setelah hamil (selepas kandungan berusia 20 minggu) dan pra-eklampsia. Penyakit hipertensi dalam ketiga-tiga kumpulan ini perlu dikawal dan diubati kerana jika tidak, eklampsia atau sawan akan datang mendadak.
Wanita yang Berisiko Tinggi untuk Mendapat Eklampsia Semasa Hamil
Berikut adalah kumpulan wanita hamil yang berisiko tinggi untuk mendapat pra-eklampsia dan eklampsia:-
- Hamil pada usia belasan tahun dan 40 tahun ke atas.
- Hamil kali pertama.
- Pernah mengalami pra-eklampsia/eklampsia dalam kandungan sebelumnya.
- Mempunyai saudara, adik-beradik atau ibu yang pernah mengalami pra-eklampsia.
- Mengalami obesiti dengan BMI>30.
- Wanita yang sudah pun mengalami hipertensi dan kencing manis sebelum hamil.
- Wanita yang hamil kandungan kembar atau molar (uri besar).
- Mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil.
- Kehamilan yang dilakukan melalui telur penderma atau inseminasi tiruan.
- Menghidap anemia.
- Mempunyai sistem imun yang lemah.
Apakah simptom eklampsia Semasa Hamil?
Antara simptom eklampsia yang boleh dikenal pasti seperti:-
- Sakit kepala.
- Mengalami masalah penglihatan, termasuk episod kehilangan penglihatan atau penglihatan kabur.
- Pandangan bercahaya/silau.
- Sakit tengkuk.
- Loya atau muntah.
- Pedih ulu hati.
- Rasa kurang sihat.
- Tekanan darah yang tinggi.
- Bengkak di muka dan tangan.
- Penambahan berat badan yang berlebihan.
- Kesukaran membuang air kecil.
- Sakit perut, terutamanya di bahagian atas kanan perut.
Jika ibu ada yang mengalami simptom seperti di atas, perlulah ke hospital serta merta bagi mendapatkan pemeriksaan segera. Walaubagaimanapun, ramai juga pesakit pra-eklampsia dan eklampsia yang tidak mempunyai apa-apa simptom atau gejala. Jadi, ibu kena ambil tahu dan peka apa yang berlaku sekiranya ada perubahan pada diri.
Punca Berlakunya Eklampsia Semasa Hamil
Pada dasarnya, eklampsia mempunyai simptom yang sama dengan pra-eklampsia. Perbezaannya adalah bahawa eklampsia disertai dengan serangan kekejangan. Eklampsia adalah sesuatu yang boleh berlaku selepas melahirkan. Ini juga mungkin lanjutan dari pra-eklamsia yang tidak dirawat dengan baik semasa kehamilan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi eklampsia selepas kelahiran (postpartum) termasuk:
1. Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi boleh merosakkan arteri dan saluran darah. Kesannya, aliran darah ke seluruh badan menjadi tidak lancar. Otak, paru-paru dan jantung tidak dapat berfungsi secara optimum. Ini juga menjadi punca mengapa boleh menyebabkan serangan kekejangan.
2. Proteinuria
Secara amnya, preeklamsia akan mempengaruhi fungsi buah pinggang. Ini juga boleh menyebabkan masalah proteinuria. Untuk info, proteinuria terjadi disebabkan oleh air kencing mengandungi jumlah protein yang tidak normal. Ini juga menjadi tanda-tanda penyakit buah pinggang.
Ginjal bertugas menapis sisa dari darah dan mengeluarkan air kencing dari sisa badan. Namun, pada masa yang sama buah pinggang juga berusaha mengekalkan nutrien dalam darah seperti protein untuk disalurkan semula ke dalam badan.
Sekiranya penapis buah pinggang atau glomeruli mengalami masalah/rosak, protein boleh bocor atau keluar dari saringan dan seterusnya dikeluarkan melalui air kencing. Penemuan protein dalam air kencing adalah salah satu tanda yang penting dalam mendiagnosis preeklamsia pada wanita hamil. Sekaligus boleh menyebabkan serangan eklampsia.
Apa kesan eklampsia pada janin?
Keduanya samada pra-eklamsia dan eklampsia boleh mempengaruhi keadaan plasenta, iaitu organ yang menyalurkan oksigen dan nutrien dari darah ibu ke janin. Apabila tekanan darah terlalu tinggi, plasenta tidak dapat berfungsi dengan optimum.
Sekiranya nutrien dan oksigen tidak mengalir sepenuhnya ke janin melalui plasenta, ini pasti akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan janin di dalam rahim. Contohnya, keadaan bayi yang dilahirkan dengan berat lahir rendah (berat tidak normal), kelahiran pra-matang, kemerosotan plasenta, keguguran ataupun kematian ketika kelahiran.
Tidak dinafikan bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang boleh juga mengalami masalah kesihatan yang lain.
5 cara untuk mencegah eklampsia semasa hamil
1. Mengambil aspirin dalam dos yang rendah
Aspirin berperanan mencegah pembekuan darah dan menyelesaikan masalan saluran darah yang sempit. Mengambil aspirin pada dos yang rendah juga dapat mengurangkan risiko kematian janin akibat eklampsia, mengurangkan risiko kelahiran pra-matang serta dapat mencegah terjadinya gangguan plasenta.
Contohnya, pengambilan low-dose aspirin 75mg boleh membantu untuk mengelakkan pra-eklampsia. Sesetengah pakar perubatan juga menyarankan pengambilan dos rendah aspirin dimulakan ketika usia kandungan 12 minggu.
2. Sentiasa menjaga tekanan darah
Wanita yang mempunyai sejarah hipertensi sebelum hamil harus menjaga tekanan darah bagi mengurangkan risiko eklampsia. Mengekalkan tekanan darah dapat dimulakan ketika merancang kehamilan sehingga melahirkan.
Selain itu, semua ibu hamil yang mempunyai masalah darah tinggi hendaklah mengambil ubat secara berdisiplin. Ubat seperti methyldopa misalnya sudah lama digunakan dan selamat untuk ibu dan anak. Walaupun begitu, ibu haruslas sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor dalam mengambil apa jua ubat.
3. Ambil makanan tambahan dan vitamin
Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil makanan tambahan yang mengandungi arginin dan vitamin terutama yang bersifat antioksidan dapat membantu mengurangkan risiko preeklampsia dan eklampsia. Terutama jika pengambilan ini bermula dari kehamilan 24 minggu.
Pakar perubatan juga menyarankan ibu yang berisiko tinggi mengambil pil kalsium 1.5- 2.0gram setiap hari.
4. Atasi dengan kelahiran awal
Melahirkan bayi dengan segera (kelahiran awal) adalah salah satu penyelesaian yang boleh disyorkan untuk mereka yang mengalami masalah pra-eklampsia dan eklampsia. Walaubagaimanapun, doktor juga harus mempertimbangkan tahap bahaya penyakit dan kematangan bayi samada sesuai atau tidak untuk melalui proses kelahiran awal. Ini bagi memastikan tiada masalah yang berlaku semasa proses kelahiran.
Sekiranya doktor mendiagnosis wanita hamil dengan pra-eklampsia ringan, mereka akan terus memantau keadaan ibu dan pada yang sama akan diberikan ubat untuk mencegahnya berubah menjadi eklampsia. Ini bagi membantu menjaga tekanan darah dalam jarak yang lebih selamat sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.
Dalam kes pra-eklampsia yang serius, bayi akan dilahirkan walaupun belum ada tanda-tanda ibu akan bersalin. Biarpun jika bayi belum matang, doktor akan menyarankan kelahiran bayi untuk menyelamatkan ibu. Perancangan rawatan adalah bergantung kepada usia kehamilan dan juga tahap penyakit yang dilalui.
5. Jalani gaya hidup sihat
Ini juga merupakan langkah pencegahan terbaik. Ibu haruslah sentiasa berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan nasihat serta jalani gaya hidup sihat setiap hari.
Biasanya, wanita hamil yang mengalami masalah pra-eklampsia akan dinasihatkan untuk berdiet atau meneliti semula khasiat nutrien yang masuk ke dalam badan. Pastinya, makanan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi seperti makanan segera, kulit ayam, makanan yang mengandungi pemanis buatan, dan kafein haruslah dielakkan.
Anda juga harus berehat sepenuhnya dengan posisi mengiring ke kiri untuk mengekalkan kedudukan janin di dalam rahim. Ibu juga digalakkan untuk minum air setiap hari. Digalakkan mengambil air putih/mineral.
Jaga Kesihatan, Mama!
Gaya hidup sihat bukan sahaja pada makanan bahkan ibu harus memilih produk yang selamat digunakan semasa kehamilan. Terutamanya, produk penjagaan diri seperti syampu, sabun, losyen dan pelbagai lagi.
Untuk produk penjagaan wanita hamil dan menyusui yang Selamat, Semulajadi dan Halal, pilihlah Mama’s Choice kerana ianya sudah semestinya dipercayai oleh ramai Mama diluar sana! Boleh dapatkan produk kami di laman Shopee dan Lazada.
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3