Ibu yang melahirkan bayi pada bulan Ramadhan tentu akan mengorbankan ibadah puasanya. Apatah lagi proses kelahiran itu sendiri memerlukan banyak tenaga dan kekuatan diri dari dalam. Dan ibu wajib mendapatkan nutrisi yang baik serta badannya perlu berada di dalam keadaan yang sihat. Sedangkan jika berpuasa untuk ibu yang baru lepas melahirkan akan cenderung berasa lemah di dalam badan.
Selain itu, selepas ibu melahirkan anak, mereka sebenarnya dalam tempoh penyesuaian memberikan susu kepada bayi. Apatah lagi bayi yang berumur kurang daripada 1 bulan, mereka akan kerap menyusu dan mudah lapar. Ibu yang menyusu juga mempunyai selera makan dan minum yang lebih tinggi dan mereka tidak boleh berada di dalam keadaan yang lemah. Ini kerana jika ibu berkeadaan lemah, ianya pasti akan mempengaruhi penyusuan susu ibu sekaligus menganggu diet makanan bayi.
Di dalam syariat Islam itu sendiri, mengandung dan menyusukan anak adalah bentuk keuzuran yang mengharuskan mereka berbuka puasa.
Kelebihan Bersalin Di Bulan Ramadan
Tidak dinafikan ramai yang merasakan bersalin di waktu bulan Ramadhan adalah agak sukar. Ini kerana kita perlu memikirkan puasa yang perlu diganti, persiapan raya yang perlu diuruskan dan pelbagai lagi. Namun hakikatnya berpeluang melahirkan anak di bulan Ramadhan sebenarnya adalah satu rahmat yang sangat besar. Tidak semua ibu berpeluang merasainya.
1. Melahirkan adalah ibadah
Pada bulan Ramadhan, semua umat Islam bersaing dalam melaksanakan ibadah mereka. Bulan yang dikatakan dapat menggandakan pahala dalam ibadah yang dilakukan. Sekiranya anda berpeluang melahirkan di bulan Ramadhan, maka ia akan menjadi bentuk ibadah bagi anda di bulan istimewa ini iaitu jihad yang sangat besar untuk seorang ibu bertarung nyawa melahirkan anak.
Perjalanan ibu yang perlu melalui proses kehamilan, melahirkan dan penyusuan adalah salah satu perjuangan rohani di jalan Allah SWT. Sudah tentu ada banyak perkara dan kesukaran yang perlu dihadapi. Kehadiran si kecil adalah hadiah yang cukup istimewa Allah SWT berikan kepada seorang ibu.
2. Doa yang Dimakbulkan
Apabila ibu melalui proses kehamilan selama 9 bulan lamanya, pasti ketika proses melahirkan, anda akan meletakkan harapan yang tinggi untuk bayinya. Ini terutamanya dalam mendoakan agar proses kelahiran menjadi mudah, mendoakan kesihatan serta kesejahteraan bayi yang bakal dilahirkan.
Seorang Ibu pasti akan berdoa bersungguh-sungguh memandangkan bulan Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana tuhan akan melapangkan rezeki kepada setiap hambanya. Selain itu, anda juga boleh mendoakan kebaikan dan kesihatan diri sendiri agar dapat menjadi ibu yang baik pada bayinya yang dikasihi.
3. Menanam Rasa Kesabaran
Selepas melahirkan, ibu akan melalui proses penyusuan bayinya secara esklusif. Dan semasa menyusu, anda disarankan untuk tidak berpuasa. Anda mungkin merasa sedih kerana tidak dapat melaksanakan ibadah Ramadhan seperti ahli keluarga yang lain. Akan tetapi secara tersirat ini adalah proses untuk menanamkan rasa kesabaran yang sangat tinggi.
Apabila anda sudah boleh menggantikan puasa yang biasanya akan diganti pada bulan selain daripada bulan Ramadhan yang lebih banyak ujian serta cabarannya. Apatah lagi pada masa yang sama perlu menjaga dan menyusukan si kecil. Hadapilah dengan sabar dan tabah kerana ianya pasti memberi 1001 kenangan yang hebat ~ Memori melahirkan bayi di bulan Ramadan, bulan istimewa.
Cara Ganti Puasa Buat Ibu Yang Masih Ada Darah Nifas
Selepas bersalin, biasanya akan berlaku penumpahan darah dari rahim selepas proses kelahiran. Darah yang keluar dari rahim ini dikenali sebagai darah nifas. Hukum berpuasa jika ada darah nifas adalah haram ianya sama seperti seperti kedatangan haid.
Jadi ini adalah antara cadangan yang boleh anda lakukan jika masih mempunyai darah nifas di bulan Ramadhan.
1. Ganti Puasa Pada Keadaan Sudah Bersedia
Sememangnya menjaga dan menyusukan anak memerlukan banyak tenaga. Oleh itu, anda tidak digalakkan boleh berpuasa apatah lagi dalam keadaan masih ada darah nifas. Ianya haram untuk berpuasa.
Namun seperti yang kita maklum sekiranya seorang wanita itu melahirkan anak pada bulan Ramadhan dan mempunyai hutang puasa, tentu saja hutang tersebut harus segera dilunaskan apabila keadaannya mampu dan ada jangka waktu untuk membayarnya. Sememangnya tidak dibenarkan menunda pembayaran hutang tersebut jika tiada asbab yang tidak membolehkan ibu itu menggantikannya. Contohnya seperti penyakit kronik dan sebagainya.
Jadi, apabila darah nifas sudah tiada dan anda sudah benar-benar kuat dan bersedia, dengan segera bolehlah ganti puasa seperti yang dituntut oleh agama.
2. Membayar Fidyah
Bagi ibu yang memerlukan rawatan perubatan atau mengalami keuzuran setelah melahirkan dan tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan. Sebenarnya, boleh diganti dengan membayar fidyah atau memberi makan kepada mereka yang memerlukan mengikut jumlah hari yang tidak berpuasa.
Cara membayar fidyah adalah berdasarkan satu cupak makanan ruji tempatan, seberat 600 gram.
Harap artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menerangkan keistimewaan seorang wanita melahirkan anak di bulan Ramadhan. Moga Ramadhan tahun ini memberikan kenangan yang manis buat kita semua. Bagi ibu yang baru melahirkan anak pada bulan yang suci ini adalah satu hikmah yang hebat! Tahniah diucapkan!
Ibu jangan lupa untuk jaga kesihatan juga ya dalam menjalani ibadah puasa ni! Harus diingatkan juga untuk selalu mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat, dan menjauhkan diri daripada semua toksin yang memudaratkan dalam kehidupan seharian anda dengan beralih kepada produk yang semulajadi dan selamat.
Untuk produk penjagaan wanita hamil dan menyusui yang Selamat, Semulajadi dan Halal, pilihlah Mama’s Choice kerana ianya sudah semestinya dipercayai oleh ramai Mama diluar sana! Boleh dapatkan di Shopee dan Lazada, ya!
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3