Search

Kenali Manfaat dan Risiko Water Birth

Water birth atau kelahiran dalam air adalah salah satu teknik yang dipercayai membantu mengurangkan rasa kesakitan di saat melahirkan bayi. Kaedahnya di mana ibu berada di dalam tub (tab) atau pool (kolam) berisi air hangat. Proses meneran adalah didalam air Setelah bayi keluar, beliau terus akan dibawa ke permukaan air. Proses melahirkan anak di dalam air ini mungkin akan diikuti oleh kelahiran plasenta sama ada di dalam atau di luar air. Baca lebih lanjut untuk kenali manfaat dan risiko water birth.

Manfaat Water Birth

Water birth adalah kaedah melahirkan di dalam air yang dikenali sebagai dapat mengurangkan rasa sakit bersalin oleh ramai ibu. Kaedah bersalin di dalam air ini menjadi semakin popular sejak ramai artis lokal dan juga luar negara menggunakannya. Namun, ini bukanlah satu tanda tanya kerana kaedah ini memang dikenali dapat mengurangkan rasa sakit bersalin. Berikut adalah beberapa manfaat kelahiran normal di dalam air.

1. Membantu mengurangkan rasa sakit

Berdasarkan pengalaman yang pernah dialami oleh wanita yang melahirkan normal dalam air, mereka mengakui bahawa proses melahirkan amat menenangkan. Ketika sedang mengalami kontraksi, berendam di dalam tab/kolam yang berisi air dapat membantu ibu merasa lebih relaks dan tenang.Air juga dipercayai dapat menurunkan kadar hormon yang berkaitan dengan stress. Ini kerana ianya merembeskan endorfin yang dapat mengurangkan rasa sakit.

Selain itu, kehadiran suami, anak ataupun keluarga rapat sangat membantu mengurangkan rasa sakit atau tertekan.

2. Dapat mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit

Dapat mengurangkan penggunaan ubat-ubat analgesic seperti epidural dan ubat-ubat narkotik melalui kaedah ini. Ini kerana dalam suasana yang tenang di saat melahirkan dapat mengurangkan rasa sakit semula jadi semasa kontraksi berlaku. Ini sangat membantu ibu meningkatkan tumpuan proses kelahiran selain daripada memberi rasa tenang.

3. Posisi bersalin lebih bebas dan selesa

Antara faktor utama mengapa ibu memilih kaedah bersalin normal didalam air ialah kerana ingin mendapatkan posisi yang paling selesa ketika kontraksi dan juga sewaktu proses kelahiran. Selain itu, apabila berada di dalam air badan kita akan menjadi ringan. Jadi, mudah untuk memilih posisi yang paling menenangkan seperti melutut, bertinggung dan sebagainya.

Risiko Water Birth

Antara risiko yang perlu dihadapi oleh ibu yang memilih melahirkan anak secara normal di dalam air adalah komplikasi yang tidak dijangka. Ini terutamanya situasi bayi ketika dilahirkan mengalami masalah dan sebagainya.

Apatah lagi ibu yang mempunyai masalah semasa kehamilan seperti darah tinggi, kencing manis, bayi songsang, saiz bayi besar atau terlalu kecil dan pelbagai lagi. Antara risiko yang boleh berlaku ketika kelahiran normal dalam air adalah:

1. Penggunaan air yang tidak bersih atau suhu yang tidak sesuai

Ditakuti air yang digunakan telah tercemar atau tidak disterilkan.Selain itu suhu air di dalam tab/kolam perlulah 37 darjah celsius. Ianya tidak boleh terlalu panas atau terlalu sejuk.

Selepas kelahiran adalah dibimbangkan bayi yang baru dilahirkan terdedah atau tertelan dengan air yang sedia tercemar.

2. Risiko tali pusat terputus

Situasi yang tidak dijangka ialah apabila tali pusat bayi terputus semasa kelahiran. Ini boleh mendatangkan risiko serta bahaya kepada bayi memandangkan mereka memerlukan oksigen. Sekiranya oksigen kurang, ianya boleh menyebabkan bayi lemas.

3. Mengundang masalah pernafasan

Kelahiran normal di dalam air boleh berlakunya masalah aspirasi meconium. Di mana bayi secara tidak sengaja tertelan atau terminum mekonium iaitu najis pertama bayi yang ada pada air ketuban semasa proses bersalin. Keadaan ini boleh memberi masalah pada sistem pernafasan bayi.

4. Kurang bilangan pakar untuk menemani sepanjang proses bersalin

Paling ditakuti, sekiranya ibu mempunyai perkembangan proses bersalin yang kurang baik (poor progress in labour). Persediaan rapi serba-serbi semasa proses bersalin perlu dilakukan. Ini bukan sahaja melibatkan peralatan dan mental bahkan mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini turut perlu bersedia sama.

Cuma persoalannya, adakah kehadiran bilangan pakar memang mencukupi sepanjang proses kelahiran didalam air? Ini kerana jika bersalin di hospital bukan sahaja perlu mempunyai peralatan yang lengkap. Kehadiran doktor, bidan serta jururawat terlatih juga haruslah bersedia untuk menyambut bayi.

water birth

Namun di Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah melarang kaedah kelahiran di dalam air sejak tahun 2016 lagi. Banyak kriteria dan prosedur yang perlu dikaji sebelum mendapatkan kelulusan kelahiran normal di dalam air terutama di hospital-hospital swasta.

Antara kriteria yang dicadangkan termasuk hanya ibu mengandung yang tidak mempunyai sebarang komplikasi sahaja dibenarkan menggunakan kaedah ini. Menurut Dato’ Dr Noor Hisham, hospital terbabit perlu mempunyai peralatan sesuai yang digunakan untuk memantau perkembangan ibu dan bayi ketika proses kelahiran.

Menurut sumber portal myhealth, antara ibu yang layak melahirkan anak di dalam air adalah termasuk:-

  • Ibu-ibu yang sihat dengan tiada komplikasi mengandung sewaktu peringkat “term” (cukup bulan/matang)
  • Mengandung seorang anak (bukan anak kembar)
  • Tiada faktor-faktor risiko atau masalah-masalah sewaktu bersalin
  • Mempunyai air ketuban yang jernih (clear liquor)
  • Tiada lain-lain keperluan untuk “electronic fetal monitoring” (EFM) secara berterusan semasa bersalin.

Untuk pengetahuan semua, EFM berterusan boleh dilakukan secara telemetri dan ini membolehkan ibu-ibu bersalin melalui proses rendaman air hangat, tetapi khidmat ini tidak semestinya ada di semua pusat-pusat bersalin.

water birth

Adalah sangat penting ibu membuat keputusan sebelum memilih kelahiran normal di dalam air. Selain daripada risiko, ibu-ibu juga perlu mengambil kira tentang persediaan yang benar-benar rapi termasuklah kepakaran yang membantu jika berlakunya perkara yang tidak diingini.

Jaga Kesihatan, Mama!

Sekarang, Mama telah mengetahui manfaat dan juga risiko kaedah kelahiran di dalam air. Semoga artikel ini dapat membantu dan mengurangkan kekeliruan anda!

Jangan lupa ya Mama untuk selalu menjaga kesihatan ketika hamil ini sehingga hari anda untuk melahirkan tiba. Harus diingatkan juga kepada Mama untuk makan makanan yang berkhasiat, bersenam dan menjauhkan semua toksin yang memudaratkan dalam kehidupan seharian anda dengan beralih kepada produk yang semulajadi dan selamat.

Untuk produk penjagaan wanita hamil dan menyusui yang Selamat, Semulajadi dan Halal, pilihlah Mama’s Choice kerana ianya sudah semestinya dipercayai oleh ramai Mama diluar sana! Mama boleh dapatkan di Shopee dan Lazada, ya!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now